Followers

Friday, December 7, 2012

Hati-hati Membeli Ovalette

Assalamualaikum.....

Masak apa petang ni? Cikgu plan nak buat puding roti. Semalam kan cikgu buat roti kurang menjadi. Tak segebu roti yang cikgu pernah buat aritu. Makanya akan dikorbankan roti tu menjadi puding petang ni. Baru pasang ni ni. Entah buat ke tak pudingnya hehehehe....

Ok, cikgu ada nak share skit info yang sangat penting. Cikgu yakin ramai yang rajin masak kan. Tambah2 yang jenis rajin buat kek, sila la baca info berkenaan OVALETTE kat bawah ni. Info ni cikgu amik dari facebook Sahabat Halal Jakim.......

Nak buat kuih-muih utk minum petang ni?

PERHATIAN : Kepada anda yang menggunakan Ovalette sebagai bahan ramuan di dalam produk/masakan anda!

OVALATTE adalah bahan dalam Kategori SYUBHAH/MASYBUH kerana mengandungi bahan Mono and Diglycerides@ E471 - pengemulsi, yang boleh jadi datang dari sumber haiwan yang haram, haiwan yang tidak disembelih atau tumbuhan.

Nama lain yg digunakan ialah Sponge Gel/Quick 75.

Mono and diglycerides (E471 - Pengusaha tidak menggunakan label E471), rujuk note tentang E Code bagi yang belum jelas.

Bahan lain dalam ovalatte iailah Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine dan air.

PASTIKAN OVALATTE YG ANDA BELI MEMPUNYAI STATUS HALAL YG SAH DAN DIIKTIRAF.




Mujur la tertengok info ni. Ingat petang ni nak gi beli ovalette untuk buat eskirm. Terliur pulak nak makan eskrim..........hehehe. Kalau tak der tanda halal terpaksa la dikuburkan hasrat murni tu. Apa susah, eskrim halal berlambak kat kedai kan kan kannn hehehe

8 comments:

umialya said...

susah jugak ya..

psstt: rahsia ramai follower? ntah le saya x punyai jaw. pasti.

apa2pun saya akan masukkan juga link CegGu k dlm link saya jg sbg tanda prsahabtan d alam maya..

syafisyifa' said...

Kikki rajinnya buat askem....xpa bljar2 ambik tau psl wat askem....dapnya askem

CeqGu said...

umialya: tenkiu....kita kawan2 yer dari alam maya sampai alam nyata hehe

pejah: tengok resepi senang ja jadi teruja la nak buat...tapi tak buat2 pun lagi hehehe

QasehnyaRania said...

tenkiu kak :D

nak p check ovelet kat dapur..

#suami ciksu mmg seni..
sbb dulu belajar seni.. hihi

romantik tu boleh la.. ;D

CeqGu said...

ciksu: sama2....kat sini akak tak jumpa plak ovelet yg ada tanda halal huhu

Hanif Menhad said...

tq 4 da info

Hanif Menhad said...

tq

Zulkifli Yusof said...

bleh bgi cth brand ovalette yg halal & diiktiraf??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...