Followers

Thursday, December 6, 2012

TIPS UNTUK UP KAN TRAFFIC ATAU PENGUNJUNG KE BLOG ANDA

Seronoknya la tengok blog-blog kawan yang dapat bayaran  ribu riban dari Nuffnang . Bukan senang rupanya. Dah berpeluh ketiak menaip pun belum tentu dapat hasil. Bukan nak kata ribu riban, sen pun tarak huhuhu.......... 

Sebelum ni cikgu tak amik pusing pun tentang Nuffnang ni........apa benda pun tak tahu. Cikgu baru tiga empat hari register dengan Nuffnang ni. Yang cikgu tau berblog sambil menjana fulus ler hehehe. Ala tak payah la sape-sape nak menilai blogger tu ikhlas ke tak ikhlas ke menulis kat blog. Itu hak masing-masing. Sape nak hasilnya, sila daftarkan diri kat Nuffnang contohnya. Sape tak nak, diam diam sudah. 

So sekarang ni agak teruja la skit menghapdet blog. Tapikan satu haper pun tak paham sebenarnya hehehe. Mujur ler ada cik Zaila dan kak ina yang rajin layan pertanyaan cikgu. Lepas satu ...satu soalan ditanya. Lepas ni cikgu bleh panggil Zaila cikgu lah........................cikgu anis jadi anak murid pulak hehehe. Terima kasih banyak-banyak yer cikgu Zaila n kak Ina KL:)...........

Dari pemerhatian cikgu secara kasar la kan................... kebanyakkan blogger2 yang dapat ribu riban ni semuanya punya kenalan yang ramai di alam maya........................pastu melarat pulak di alam nyata hehehe.................... dalam kata lain, glemer la. So bila dah glamer secara tidak langsung, makin hari makin ramai la nak terjah blog tu. Tapiiiii..........ha ada tapi pulak dah..................macam mana nak jadi glemer tu??? kena berbaik-baik dengan ikan gelamakah? hoohohoho sudah tentulah tidak. Bukan senang yer diaorang nak dikenali ramai. Kena USAHA !!! Sebab tu kalau korang perasan blogger2 yang terdiri daripada selebriti lebih senang nak dapat rating tinggi. So kita yang bukan retis n model dapur jer cam no pulak nak jadi glemer?

Haaaa kenalah jadikan blog kita tu MENARIK untuk orang nak singgah. Macam mana pulak nak buat blog jadi MENARIK tu???????????????? Ada banyak cara...........................kekadang kecantikan blog bukan faktor utama............tapi boleh juga jadi faktor penyumbang orang nak singgah. Jadi tak salah kalau kita rajin nak hias blog kita tu, cumanya jangan la sampai sarat sangat.............karang serabut pula mata nak tengok.......yer tak???

Berdasarkan pemerhatian cikgu la kan antara cara nak buat blog kita MENARIK ialah dengan menyediakan ENTRY yang best-best. So TAJUK ENTRY pun main peranan penting. Ala-ala orang jadi nak amik tahu gitu bila terpandang jer tajuk entry kita tu.  Pastu jalan penceritaan pun kena la buat orang syiok nak baca. Kekadang tak perlu nak tulis panjang-panjang pun. Tapi kalau kena gaya, panjang meleret-leret pun orang akan suka baca, yang penting kita pandai bermain ayat............ewahhh.......jangan mengayat pulak, tu dah citer lain hahaha.......

Satu lagi yang cikgu perasan kalau kita buat entry resepi pun insyaAllah ramai orang nak datang jenguk. Tapi kebiasaannya kalau nak buat blog resepi ni, kenalah ada gambar2 makanan yang CANTIK!.........rasa jatuh nombor dua yang penting orang tengok GAMBAR tu bikin air liur meleleh......hehehe. Ni pendapat cikgu la. So, apa lagi cepat2 la pi beli kamera canggih bapak punya besar tu hehehe........ macam cikgu setakat guna kamera henpon, decorate la makan tu cantik macam mana pun, makanan tu tetap nampak hambar huhuhuhu..................."banggg belikan la diriku kamera canggih barang sebijik"..................."ahhhhhhhhhhh tak der maknanye" ......hehehe agaknya itulah jawapan en suami hehehe.......................sebabnya dia tahu sangat bini dia ni jenis hangat2 taik ayam..............last2 kamera tu jadi bahan antik dalam almari kui kui kui............

Selain entry best, tajuk kaw, gambar cun.................korang jugak kena la rajin hapdet blog tu. Nak nak bila tengok traffic korang makin meningkat, maka usaha untuk hapdet blog tu pun kena la ikut meningkat sama. Sebabnya bila orang dah tertarik dengan blog kita, tentu orang akan rajin nak singgah kan..............tapi bila singgah asyik2 entry yang sama sampai berhari hari, makanya kita mungkin akan KEHILANGAN PEMINAT..............ewahhh macam retis gitu. Kes ni macam cikgulah. kekadang bukan berhari hari, berminggu2 dan berbulan-bulan tak hapdet hehehe.................pastu nak muncung bila tengok akaun nuffnang RM0.00. Mana la nak merasa rezeki nuffnang kalau dah pengunjung sehari pun susah nak cecah seratus orang!! Pengiklan tengok pun tak teringin nak sewa tapak kita untuk tempek iklan depa. So ada hati nak tarik muncung kat nuffnang..................hohoho................... haaa kepada yang belum tahu, nuffnang ni kalau ikut kefahaman cikgu la adalah orang tengah antara pengiklan dan juga blogger. If pengiklan tengok blog kita ada traffic yg baik dan content yang menarik serta sesuai, makanya diaorang akan sewa tapak blog kita untuk letak diaorang punya iklan. Nuffnang la yang akan uruskan semua tu......kita pulak tukang terima duit hehehe ........(kalau salah tlg betulkan yer).

satu lagi tips untuk yang baru-baru nak promote blog korang supaya jadi glemer macam blogger lain ialah rajin singgah kat mana-mana blog. Jangan singgah semata-mata, tinggalkanlah buah tangan sekali supaya next time dia pun rasa nak balas buah tangan kita tu. Cam no plak diaorang nak balas tu?? Diaorang akan singgah kat blog kita balik la. Kalau bernasib baik dia akan terus setia menyinggah kat blog tu.......lepas tu blog korang pun makin jadi buah mulut...............haaa dari buah tangan jadi buah mulut pulak kikiki.............makin ramai la yg nak singgah dan nak follow....

KESIMPULANNYA..........nak dapat duit,kenalah ada orang nak sewa tapak blog korang. Ibarat macam ni lah, korang nak letak iklan tentang kedai makan yang baru korang bukak........agak2 korang nak letak iklan tentang restoran korang tu kat mana? tentulah tempat yang ramai orang boleh tengok kan? takkan korang nak letak kat padang pasir atau kat hutan yang sah sah jarang orang nak pergi.........betul tak??? maka sebab tu lah kalau kita nak advertiser berminat dengan blog kita, jadikanlah ia MENARIK dan RAMAI PENGUNJUNG.........( cikgu pandai bagi nasihat jer.... blog sendiri pun tak laku huhuhu sedeyyyy)

Semua yang cikgu tulis ni adalah dari kepala dan mata cikgu.....................entah bleh pakai ke tidak cikgu pun tak tahu......hehehe. Ini baru sikit.....................sebenarnya kalau diikutkan kepada pembacaan cikgu, ada lagi banyak faktor dan cara untuk tingkatkan jumlah traffic ni................erkkk bukan traffic jem kat jalan raya yer.................traffic kat sini ialah bilangan pengunjung yg menjejak mata ke blog kita. Faktor lain tu cikgu tak berani lagi nak tulis sebab belum paham betul2. 

Oklah kalau dah paham skit2 bleh ler cikgu share lagi................hurmm harap2 adala orang yang suka dan jatuh hati dengan blog cikgu ni................huk huk huk................korang rajin2 ler singgah yer...........tinggalkan komen so boleh la cikgu singgah blog korang balik..............kalau tak tinggal jejak, camno cikgu nak tolong up kan traffic korang...........................okla byeeeeeeee

































8 comments:

ilarazali said...

haku lah tu yang kehilangan peminat. sesuka hati labu je nak hapdet ke idak. hahaha...

syafisyifa' said...

Kaklong leh download & guna appplication mcm fotoRus,,framemagic,photogrid...pjh guna ni utk intstagram...leh edit gmbr cantik2 wpun xda kamera.asalkan smartphone.

Insyaallah kami mai singgah blog kaklong.tolong menolong naikkan traffic blog klong

CeqGu said...

ila : hehehe bukan mu sorang ler....haku pun sama. kejap jer ni angin rajin nak hapdet nak nak tengok nuffnang RM0.00......malas haku nak layan......hehehe


pejah : ooo tak pernah try plak....tenkiu 4 sharing......n tenkiu jugak rajin singgah sini muahhh muahhh muahhhhh hehehe

IntaNBerliaN said...

a'aa betoi tu.. sy setuju dgn tips2 yg awk bagi ni :-)

CeqGu said...

ina : nak kena menuntut banyak dengan ina ni, tengok ramai jer peminat duk singgah hehe....

QasehnyaRania said...

ya beetul tu ;D

golek2 sampa sini dari blog intanberlian :D salam kenal :D

CeqGu said...

salam qasehnya rania.....:)
uiii ceqgu suka sangat la sapa2 yang bertandang kat sini.....baru la tak terasa macam duk pot pet pot pet sorang2 ehehe.....jemput dtg lagi na..

Fazlina said...

Salam..tq chegu ..sgt bermanfaat ilmu ni untuk newblogger macam saya

Jemput singgah ke www.anjungceria.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...