Followers

Monday, December 17, 2012

Pisau Terbang!




Kisah ni dah lama berlalu. tapi setiap kali cikgu tengok terung mesti teringat balik kisah pisau terbang ni. Masa tu cikgu masih lagi belajar di UTM. Cikgu menyewa dengan kawan-kawan kat Taman Skudai. Seronok jugak duk kat luar campus ni. Boleh la nak asah2 bakat memasak.


Satu hari tu, kami riuh rendah kat dapur nak masak kari ke apa ntah. Tapi antara bahan yang ada tu adalah terung. Masa duk tengah nak belah terung tu, cikgu duk cerita la kat kawan tentang ulat bulu dan konco2nya. Semua menatang yg ala-ala ulat dan cacing tu memang adalah musuh tradisi cikgu. Eeeee geliiii!


 
Tengah syiok-syiok bercerita sambil belah terung tu, kawan cikgu ssengaja pi usik  dan nasib tak baik memang makhluk tu ada bertenggek sopan kat dalam isi terung di tangan cikgu. Apa lagi terkejut la wehhh. Terjerit terlolong tak hengat donia la. Itu tak pe lagi lah, yg paling dasyat siap baling terung tu depan kawan. Hamekkkk sape suruh usik hahahaha


Kawan cikgu pun jerit jugak lah kan. Siap lari n marah2 lagi. Nak tau kenapa?  Lepas baling tu baru cikgu sedar, rupanya bukan terung yg kena baling, tapi pisau!  Ya Allah nasib baik la pisau tu terbang tak kena kawan tu huhuhuhu

Moralnya, jangan sesekali usik cikgu anis dengan ulat dan konco2nya terutama waktu cikgu anis pegang pisau hohohoho. kalau berani, try ler buat hehehe





6 comments:

umialya said...

dasyat sungguh

Oyis said...

ya Allah, bahaya nya!!!

CeqGu said...

umialya & oyis : huhuhu tindakan refleks seorang yg gelikan ulat

IntaNBerliaN said...

Ya Allah.. bahaya tu baling pisau..

syafisyifa' said...

Hihi...tak sengaja terbaling tu hihi

CeqGu said...

pejah : hohoho memang tak sengaja pun pejah. tindakan luar kawal orang terkejut huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...