Followers

Thursday, December 27, 2012

Kelemahan dan Kekurangan Stroller Ringan Graco Citilite-R

assalamualaikum...

selamat pagi semua......
semalam cikgu dah share ttg kelebihan graco citilite-r. Sape teringin nak tahu klik SINI. so pagi ni nak share ttg kekurangannya plak. harap2 dapatla membantu sape2 yg tengah fenin nak beli stroller^_^



KELEMAHAN:

- bila ubah handle yg membolehkan baby mengadap kita, agak kurang best nak tolak terutamanya time nak corner2 sebabnya kalau korang perasan, roda depan jer yg boleh pusing2. Roda hak belakang tu satu arah jer sama ada ke depan atau ke belakang. So bila tukar kedudukan, roda yg belakang tu akan jadi yg depan. Sebab tu susah nak corner2. Errr paham ke tak ni. Harap2 bleh bayang la yer.

-saiznya agak kecik. bila firas baring untuk tido, kakinya tak boleh diluruskan mcm tido atas katil tu. Tergantung2 la kat bawah if tak guna penutup kaki pada stroller tu. Tapi better dari McLaren Volo rasanya, sebab yg tu tak ada penutup kaki. (errr yer ker. tak pernah guna pun Mc Laren Volo.rasanya kebanyakkan stroller ringan memang kaki anak akan tergantung2 kot). Cumanya bila firas makin panjang, penutup kaki tu tak leh nak guna pun. Kalau Mc Laren Techno tu memang selesa la anak tido sebab kaki anak yg umur setahun lebih takkan tergantung2. Tapi stroller tu agak berat, 7kg kalau tak silap.

-Memandangkan handle stroller ni jenis satu pemegang (sila rujuk gambar), so susah skit la nak gantung barang. Kena beli penyangkut barang la if nak sangkut apa2. Tapikan handle yg mcm Graco ni rasanya lebih rilex dari yg dua pemegang tu. Ni pendapat cikgula.
satu handle dan dua handle

- bar boleh dibuka tapi tak leh tanggal terus. kiranya tergantung2 kat tepi stroller. Mungkin nak elak dari hilang kot. Nampak kurang kemas skit la tapi tak mengganggu pun.

- pd bar stroller lama ada penyedal celah kangkang which is sangat berguna untuk halang anak dari gelongsor keluar dari stroller. Nak nak time anak mengamuk, sangat la berguna benda tu hohoho. Graco punya ada jugak, tapi dipasang asing. Kena ikat dulu kat pinggang anak, agak leceh skit la. Cikgu rasa benda tu lagi selamat kalau dipasang terus kat bar. Hari tu, firas mengamuk dan akhirnya menggelongsor kot celah bar tu sebab kami tak ikat dia. Nasib baik la bukan atas escalator huhu. Dah la si kecik tu tak suka kena ikat. Sbb tu la kami pulun cari yg ada bar.

-stroller ni bukan jenis lipat payung mcm McLaren, so agak memakan space bonet kete!Tp kata en asben masih bisa di atur dong. Pokoknya harus ditebang..........oppsssss!!!.Hari tu kami balik mesia dengan satu beg beroda saiz sederhana dan satu beg kecik + stroller cap ayam, masih lagi muat nak buh Graco ni. Yg penting kena pandai susun.

-Last sekali, manual dia dalam bahasa korea daaaaa (er yer ker korea,memandai jer cikgu ni). Langung tak der dalam bahasa inggeris. Bhs Melayu jauh sekali la. So terpaksa la buat2 paham bahasa korea....huhu .Tak pun suruh jer wife eli iskandar translatekan. Dia  kan duk belajar kat Korea hehehe

ok tu jer kekurangan yg ditemui setakat ini. bye

7 comments:

umialya said...

ada jugak erk..

CeqGu said...

semestinya hehe

hainom OKje said...

He..he... dah lama tak de stroller ni.... zaman anak kecik dulu OKje pakai stroller murah je...maklum le zaman tu masing2 gaji cukup2 makan je... budak2 sekarang untung! stroller cantik2...
ceqgu cuti tanpa gaji eh.... teman husband keje kat ne?

CeqGu said...

wahhh musti gaji okjer skrg terlebih mkn sudah, bak sini cikit hihihi.haah,kita amik unpaid leave. teman asben keja kat brunei ni jer hohoho....

IntaNBerliaN said...

sy dulu time alisha, hrpkan abg ipar bg sbb dia ada 2... dia beli 1, opis bg 1... jimat duit... hihii

CeqGu said...

akak takder plak dpt stroller huhu...terpaksa la beli sndiri

Zeze Aiza said...

Tq bg info.. sgt2 membantu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...