Followers

Thursday, January 17, 2013

3 Warna Terbaik Untuk Cat Rumah

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah selamat sampai ke rumah setelah bertapa kat bilik hotel selama 3 hari. Masa kat hotel sempatla godek2 gambar hiasan dalaman rumah. Kalau teringat kat rumahku syurgaku di shah alam, maka jari ni rajin skit mecari tips2 nak jadikan rumah cantik. Yer la tengok orang lain ada rumah cantik, cikgu pun teringin jugak nak rumah cikgu cantik hihihi. Cikgu minat modern style. Tapi kalau sape2 pi rumah cikgu, korang takkan jumpa tang mana spot modern style tu hehehe. 

Ni ada 3 cadangan warna cat utk ruang tamu, bilik tidur dan dapur. Hurmmm terasa cam nak cat baru jer bilik tidur kat bawah tu. Dindingnya dah naik kulat gara2 tukar kepala paip baru. Konon2 nak DIY la kan, sekali tak kemas air pun mula keluar dan meresap ke dalam dinding....hurmmm sedih sungguh tengok .....jom2 tgk warna apa yg cikgu jumpa untuk .............


Ruang Tamu


www.casablander.com

Hijau (warna peberet cikgu ni hehehe) warna yang cukup sesuai untuk ruang tamu yang biasanya menjadi ruang yang pertama ditemui ketika memasuki rumah. Dikatakan hijau ni sesuai untuk ruang tamu kerana warna hijau ni melambangkan KETENTERAMAN dan RASA SENTOSA. Ala-ala segarrr gitu la kot noooo hehehe. So tetamu yang datang ke rumah pun rasa tenteram jer sampai tak nak balik ke rumah sendiri hohohoho. Susah jugak tu kikiki.....




Bilik Tidur


Ungu atau lavender paling sesuai untuk bilik tidur memandangkan warna ini sangat MENENANGKAN. Warna ungu akan memberikan rasa SELESA dan TENANG. Tapikan, cikgu rasa cam susah la nak matchkan warna cadar kalau dinding buh cat ungu ni.... hehehe padahal tak pandai nak match. Apa pun cikgu tak nafikan warna purple memang sesuai utk bilik. Dah terbayang2 dalam kepala ni. Alamakkk terus rasa ngantuk la hehehe





Dapur & Ruang Makan





Jingga atau warna oren pula amat serasi dengan ruang makan. Warna oren akan MEMBANGKITKAN SELERA dan MEMBANTU PENGHADAMAN ketika menikmati hidangan setiap hari. Hurmm sape2 yang tgh diet sila jangan buh kaler oren, karang sia sia la diet korang. Satu lagi warna merah pun dikatakan boleh membangkitkan selera makan. Hati2 yer sape2 yg tengah diet tu hehee

Sumber : dekorumah.blogspot.com


Banyak dari hasil pembacaan cikgu, warna ni dikatakan boleh memberi kesan pada emosi, persepsi dan mood. Teringat dulu kawan cikgu selalu cakap, kalau hari Isnin dia pakai baju bunga2 kaler lembut, memang mood dia macam hampeh. Moody memanjang katanya. So dia memang elak lah dari pakai baju tu pada hari Isnin hehehe. Macam2 kan, cikgu tak tau nak komen betul atau tak. Tapi rasanya setiap warna ni memang ada aura tersendiri....

10 comments:

intanfirdaus247 said...

3 3 kaler tu saya minat ceqgu oiiii….errrmmm duk brunei somi keja sana ka? Umah shah alam sapa duk? Kat seksyen berapa? Rajin juga duk pi shah alam..kak saya duk kota kemuning….

aTieYusof Family said...

wahhh... bagus nya tip nak warna rumah ni kan cikgu??.. boleh apply kt rumah sndiri nti...:)

Fiza Rahman said...

Kaler yg cantik2. Suka kaler hijau & purple tu.

RedRose said...

sukanya tiga2 kaler tu.
Hijau nampak fresh, lavender nampak very calm, oren nampak ceria sgt.
But kalau rumah ada kaler mcm2 gitu, xsure my hubby will approve it or not.
coz he's da kind of man yg tak brp nak seni. T__T

Warna Warni Kehidupan said...

cantik nya.. tenang je.. bila lah boleh deco2 rumah lawa cam tu..

izan mama mia said...

wah...nak kena ikut laa nie..warna2 ceria kan..br hidup lebih ceria..nnt dh pindah rumah sendiri boleh buat

umialya said...

dinding umah ni buruk sgt dah, bilalah nak cat baru??

Kesuma Angsana said...

mmg cantik ler ceqgu hehehe

CeqGu said...

intan:haah ikut suami keja sini. umah cikgu kat area subang, Denai Alam tau ka?La ni umah tu malaikat ja yang duduk hohoho....

fiza,redrose,: ramai rupanya peminat hijau,sat gi pi umah geng2 blogger, tengok2 ruang tamu seme kaler hijau hahaha

k.tini,izan,atie: pasni sila la cat rumah masing2 hihihi

KA:semestinya hehe

Ummu Muhammad said...

bestnye..tpi tulah ongkosnye tk brp banyak heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...