Followers

Wednesday, January 30, 2013

Apa Nak Buat Jika Terkena Merkuri Termometer (Check Suhu Badan) Yang Pecah ?

Assalamualaikum......

Kejap tadi cikgu terbaca kat status kawan di facebook. anaknya terpecahkan termometer klinik yg ada merkuri tu. Err tau tak termometer klinik tu macam mana? Yang doktor selalu guna untuk check suhu badan tu la. Tengok gambar ni......

ni salah satu contoh termometer klinik. Kat hujung bawah termometer tu kan ada merkuri. Kalau merkuri tu pecah tersangatlah BAHAYA walau pun kandungannya sikit saja. Merkuri ni beracun tau. Sekiranya benda yang sama berlaku pada anak kita atau pun kita sendiri, sila ambil langkah2 berikut dengan segera :


1. Suruh anak banyak berkumur-kumur. Periksa mulut sekiranya ada luka. If ada luka kat 

mulut atau badan terus bawa ke hospital/klinik

2. Buka tingkap, pintu, jika ada aircond atau kipas tutup semua. Biar udara beredar 

semulajadi. 

3. Jangan Vacum tumpahan merkuri tu.(panas sedutan vacum buat merkuri senang 

meruap!) - bahaya!

4. Kalau ada glove guna glove. kutip merkuri tu perlahan2 sbb merkuri ni bila disentuh dia 

pecah-pecah.Lebih baik letak sulphur atas merkuri tu dan kutip perlahan.

5. Letak dalam beg kertas/plastik. ikat atau balut semula. Buang atau tanam lebih selamat.

6. Bawalah anak itu ke hospital untuk pemeriksaan...

7. Pantau kesihatan anak dalam masa 2 minggu. Lihat sekiranya ada ciri-ciri mual, muntah,

 demam atau lemah -lemah tubuh badan terutamanya bahagian kaki.


Psssssttttt cikgu dulu masa tingkatan satu pernah la curi2 buat eksperimen kat rumah. Senyap2 masuk dalam bilik amik termometer dalam laci. Maklumlah baru lepas belajar sains bab termometer. Terlupa pulak termometer yg kat rumah tu utk check suhu badan. Mana boleh guna utk check suhu air baru mendidih. Elok cikgu letak jer termometer tu, bebuli yg ada merkuri tu pecah. Panik tak hengat la wehhh. Merkuri jatuh merata2 atas lantai. Kerana panik cikgu lupa merkuri tu beracun. Siap kutip dengan tangan lagi tau. Pastu siap belek2 lagi rupa merkuri tu. Bila merkuri jatuh, dia akan jadi bebola kecil. Sebenarnya tak boleh sentuh tanpa lapik. Mujur la tak jadi apa2 kat cikgu....syukur sangat. So tolonglah simpan termometer tu kat tempat selamat dari anak2. Tak pun cakap siang2 kat anak bahayanya merkuri tu. Kalau pecah, jangan kutip atau jangan masukkan dalam mulut. Uiii sangat la bahaya !!

10 comments:

Umialya said...

biasanya untuk anak2 kecil, kita just letak bawah ketiak jer, pastu +6...

nurbijen said...

merkuri mmg sgt bahaya, kalau tak silap boleh menyebabkan mandul....

Saya mmg tak guna termometer jenis mcm tu, lebih suka yg digital sbb more accurate :)

Ooo, anis dulu pun nakal ea? eksited punya pasal hingga buat eksperimen kat rumah, ekekke... rumah saya dulu langsung xde termometer... huhuh, kesian, kan?

Unknown said...

oooo.. Mcm 2.Tq sharing.

Aisy Nasiha said...

ilmu baru ni... saya tak pernah terfikir tentang perkara ni...bila dah tahu bolehla beringat ingat bila guna..

j.e.h.a.n. said...

thanks info yg sgt berguna tu ceqgu..pernah dgr juga pasal bahayanya merkuri tu, tp krg alert =(

CeqGu said...

nur: hehe bukan nakal,tp excited nak mengkaji namanya tu kui kui kui.....nur parents anis keje hospital memang ada la termometer tu kat rumah

nea lopah:welcome

jehan:sama2 jehan, tempek utk panduan sendiri dan kawan2. mana lah tahu kan benda nak jadi....

CeqGu said...

aisy:sama2

OKje said...

yelah budak2 budak.... nak jadi saintislah sangat.....hehe...

lupalah ceqgu.... bahaya boleh jadia apa yeh?

CeqGu said...

okje: merkuri tu beracun.....tak sure plak jadi macam mana kalau terkena

Mimie said...

panduan yg bagus utk sy nih...manalah tau kan...leh la berjaga jaga lpas nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...