Followers

Monday, January 14, 2013

Bermalam Di Kuala Belait

assalamualaikum.....

malam ni sampai la rabu malam cikgu teman en suami bermalam di Kuala Belait. En. suami ada kursus kat sini. Kuala Belait ni adalah satu daripada empat daerah di Brunei. 3 lagi daerah ialah Bandar Seri Begawan, Tutong dan Temburong. Temburong ni kiranya kawasan hulu negara Brunei la.

Kuala Belait ni pulak kawasan minyak petroleum yg terawal di Brunei kalau tak silap. nak tanya en suami pun, dia dah lena dibuai mimpi. Kesian, balik jer dari ofis, bersiap2 plak ke sini. bukan dekat tau.Dari Bandar Seri Begawan (org sini panggil Bandar jer) ke Kuala Belait ni amik masa hampir dua jam. Kuala Belait ni dah tak jauh dari Miri. Dalam 30 minit sampai la cikgu ke Malaysia hehehe. Orang Brunei kerap jugak ke Miri sbb diaorang lbih untung shopping kat Malaysia sbb matawang diaorang lebih tinggi.

Malam ni dan malam2 seterusnya kami menginap di Hotel Riviera. Hotel ni  biasa2 jer. Perabot pun macam dah lama punya. Kami sampai tadi hujan tengah mencurah2. Dah la mata mengantuk, sekali pintu pulak tak dapat bukak. Lama jugak tunggu org hotel settlekan masalah pintu ni. Last2 kami itukar ke bilik lain. walau pun perabot so so jer, cikgu terkagum tengok bilik mandinya. Esok2 jer la cikgu tempek gambar ye.
Selamat malam, jgn lupa baca doa tido yer....

3 comments:

Saya Disini said...

:)

noris said...

org brunei bole cross suka2 ke masuk miri tu kak anis?

CeqGu said...

Noris: haah boleh masuk suka2,nanges2 pun boleh jugak hohoho. Mestila kena pkai passport darling

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...