Followers

Wednesday, January 30, 2013

Tips Melancong : Hati-hati Bila Pergi Melancong Ke Sini

Assalamualaikum

Masa dalam flight hari tu kan, cikgu sempat la baca tips2 melancong ke beberapa buah negara dlm majalah 3sixty.
Opsss bukan tips nak ke tempat menarik. Tapi lebih kepada waspada di tempat2 tertentu.Walau pun tips ni lebih byk ttg luar negara, tapi rasanya boleh gak dipraktik waktu melancong kat dalam negara.
Kalau lah ada kawan2 or sanak sedara yg terasa nak ke tempat2 yg cikgu tulis ni, harap2 dapat la berwaspada cikit yer....

Vietnam: 
-Isu Rompak/Pencuri-
Sape2 yg pi sini sebaik2nya tak payah la sewa kete. Kete yang disewakan nombor plat nya lain sikit. So orang tempatan bleh tau la yg bawak kete tu pelancong ke tak. Selalunya pelancong yg sewa kete ni mudah kena rompak. Biasalah tempat diaorang kan,mesti la diaorang tahu pelancong suka pi mana. Nanti diaorang pancitkan tayar ke contohnya pastu pura2 dtg nak tolong. Kita plak bila dah kete bermasalah cepat jer keluar. Akhirnya kena la rompak.

Tips: dinasihatkan kalau nak sewa kete tu sila deal betul2 dengan penyewa. jgn lupa amik no telefon diaorang in case kereta tiba2 ada masalah. Jangan sesekali keluar dari kereta sewa tu. Kalau nak keluar jugak cepat2 kunci kereta tu. Kekadang org yg pura2 datang nak tolong tu sengaja buat kita leka, diam2 kawannya masuk dalam kete dan amik barang berharga.


Tokyo, Japan:
-Sami Palsu-
cikgu dah lupa nama2 tempat yang disebutkan. Maklumlah ai kan lidah melayu huhu. Kalau pi sana pastu ada monk/sami yang tiba2 datang mintak sedekah, korang tak yah la layan. Sebabnya kalau betul2 sami, depa takkan pi mintak sedekah atau mintak apa2 makanan dari orang ramai. Kalau ada jugak yg buat mcm tu, sah sah la sami palsu namanya.

Tips: ignore jer diaorang. 


Filipina, Indonesia dan Malaysia :
-Isu Teksi-
Yang ni plak masalah teksi tak pakai meter. suka la sangat amik kesempatan nak nak kat pelancong asing. 

Tips : sila cari teksi yg pakai meter dan kalau boleh tanya kat hotel jarak tempat yg nak pergi tu jauh ke tak. 

Bangkok :


-Tawaran Pemandu Tuk Tuk dan Jualan Murah-
Hak ni cikgu pun pernah terkena tau. Kat hotel2 selalunya ada jer tuk tuk duk cari pelanggan. rega tuk tuk memang murah. Bayar 20 bath kononnya nak bawak pusing banyak tempat. Bila dah naik dia cakap ada tempat batu permata berkualiti tinggi ler sangat tgh sale. Sale tu hanya utk hari ini jer....tak nak beli cuci mata pun tak per katanya. Kalau korang pi sana tak berniat utk membeli atau tak buat sebarang kaji selidik kedai batu permata yg betul2 bagus, tak payah la pergi walau sales nya 70% sekali pun. cukup ler takat pusing2 dengan tuk tuk tengok keindahan bandar bangkok.

Tips: sila tolak segala bentuk offer nak bawak ke tempat jual batu permata atau kedai2 lain kecuali korang dah mmg tahu tempat tu jual barang baek punya. Selalunya driver tuk tuk ni akan dapat komisyen bila bawak pelanggan ke kedai batu permata tu. Harga batu permata tu bukan murah2 yer. Konon2 kualiti bagus tapi hampeh sebenarnya. Psssttttt cikgu pun dah terkena. Rega cincin ratusan hengget, bila keluar dari kedai jer baru perasan awat cam cikai sangat batu permata yg dibeli tu. Tadi kemain lip lap lip lap.

Kebanyakkan Negara:
-Polis Palsu-
Ada jugak rupanya polis palsu. Bahaya betul. Kalau pi ke tempat asing tetiba ada polis atau sape2 la mintak nak check duit yg kita bawak konon2nya nak bantu kita supaya tak dapat duit palsu, berhati2 la ye. Boleh jadi polis tu hanya palsu semata. Time kita keluarkan dompet, dia akan terus sambar dompet kita tu dan bawak lari.

Tips: Elak dari terus keluarkan dompet. Kalau didesak jugak, ajak polis tu ke balai polis berhampiran dan bg tau korang nak tunjuk duit2 tu kat balai polis. Atau pun korang kelentong jer dah ada polis sahkan duit korang tu tak palsu hohoho

Paris:
-Penyeluk Saku dan Peminta Sedekah-
Yang ni cikgu tambah sendiri. Kalau pi paris, sila berhati2 dengan kumpulan gipsi dan peminta sedekah. Gipsi selalunya akan dtg dekat kita beramai2 cthnya waktu nak cross jln . time2 tu kita tak perasan ada antara gipsi ni akan seluk beg sandang/poket seluar. Diaorang memang sgt pro mencuri. Peminta sedekah pplak,kalau dah bagi sorang, nanti akan datang la yg lain2 plak kerumun nak mintak duit jugak

Tips: sila pakai beg sandang ke depan, bukan di belakang yg selalu kita  pakai tu. kalau letak duit dalam beg sandang, letak kat bawah sekali. Kalau boleh jgn simpan semua duit kat satu tempat.Asing2kan lebih selamat.Yg peminta sedekah tu, ignore jer....lantak la depa nak marah pun.......bukannya kita paham pun hihi

13 comments:

aTieYusof Family said...

Wah bagus nya info ni.. boleh lah jadi kan panduan klu nak melancong ke mana2 (walau pun jarang)..:)

Kasih Salina said...

salam cikgu..boleh jadi rujukan tips yg cikgu kongsi..

cikgu tanya pemanggang ajaib kan, saya komen kat sini jer lah yer..

yg saya punya tu pemanggang ajaib vantage beli kat langkawi harga rm 95. besar sikit drpd pemanggang Ikan Ajaib yg menang glassware tu.

dah lama juga berkenan tp harga kalo bukan di langkawi sy tgk RM 199.

ni link kalo nak tgk rupa pemangang tu macam mana. http://www.kasihsalina.com/2012/04/kuali-tefal-dicari-pemanggang-serbaguna.html

Mama Zharfan said...

thanks for the info--yg vietnam&paris tu sgt betul :) sbb dh pernah sampai kat negara2 tu ;)

Kesuma Angsana said...

tq2 very good tips ni

umi alya said...

kat mana2 sama jer..

MaMa Rey said...

indo yang bagus..tak tau pula ada sami palsu..
polis palsu pun ada..huhu mcm2 betul manusai ni

intanfirdaus247 said...

macam2 kan,..tiap negara ada ja..seluruh dunia adaa ja manusia2 macam n..

hainom OKje said...

TQ ceqgu atas perkongsian tu... walaupun agaknya tah bilalah OKje nak sampai negara tu semua hehe..

CeqGu said...
This comment has been removed by the author.
CeqGu said...

KS: thanks

Mimi Azirah said...

tips yg bagus

ummiross said...

Tip yang sangat bagus ni CeqGu..

ummiross said...

Tip yang sangat bagus ni CeqGu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...