Followers

Monday, January 14, 2013

Cara Menentukan Kesuburan Wanita Untuk Hamil dan Merancang Keluarga



Lendir Serviks Penanda Kesuburan Wanita


Check waktu subur adalah cara paling mudah dan tak perlu apa2 kos perbelanjaan bahkan kita boleh check sendiri. Tak payah susah2 nak jumpa doktor. Kalau kita tahu cara nak check kesuburan dengan betul, mungkin peluang utk hamil tu cerah. Selain tu ia juga berguna utk sesiapa yang nak merancang keluarga tanpa ambik sebarang ubat. Ni cikgu nak share apayg ditulis oleh Dr.Zubaidi............

 Kata Dr. Zubaidi sebelum membuat analisa sendiri, seseorang wanita haruslah membasuh tangannya dahulu untuk mengelakkan jangkitan kuman. Lendiran cervical mucus ini biasanya mudah didapati dalam keadaan mencangkung.

1.Masukkan jari telunjuk ke dalam vagina sehingga merasakan sesuatu yang agak pejal. Itu adalah pangkal rahem (cervix). Putarkan jari di situ dan keluarkan jari bersama dengan lendiran.

2. Lendiran itu perlu dipegang dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. Kemudian renggangkan kedua-duanya untuk menganalisa kepekatannya.

3. Jika terdapat kekeringan di bahagian kemaluan (vulva) dan hanya sedikit lendiran mucus, jangan paksa diri untuk terus melakukannya. Ini boleh mencederakan vagina.

4. Tidak perlu menggunakan bahan pelincir seperti KY Jelly untuk tujuan ini kerana ia akan mengelirukan keputusan. Kekeringan ini bermakna seseorang itu belum lagi mengalami ovulasi. Maka kemungkinan untuk hamil adalah rendah.

5. Jika lendiran cervical mucus itu agak kental dan pekat, berwarna putih atau warna krim, ini bermakna seseorang wanita itu menghampiri waktu ovulasi. Jika direnggangkan antara kedua jari , ianya mudah putus. Kemungkinan untuk hamil adalah rendah, namun semakin lama semakin banyak kuantiti lendir dan lendirannya akan bertambah pekat dan jernih.

6. Jadi jika lendiran cervical mucus itu telah berubah menjadi warna jernih, licin dan mudah direnggangkan, ini bermakna wanita itu mengalami ovulasi. Ramai wanita yang menggambarkan lendiran cervical mucus ini sebagai warna ‘putih telur’.
Ketika ini, lendiran itu boleh direnggangkan antara jari telunjuk dan ibu jari sebanyak beberapa sentimeter sebelum ianya putus. Jumlah kuantiti lendiran itu digambarkan sebagai paling banyak apabila seseorang wanita terpaksa menukarkan pantyliner beberapa kali dalam sehari.Inilah masa di mana peluang untuk hamil adalah amat tinggi. Keadaan lendiran sebegini sesuai untuk sperma hidup sehingga 72 jam.

7. Walau bagaimanapun analisa ini haruslah dilakukan ketika di awal pagi kerana lendiran cervical mucus menjadi bertambah banyak berbanding dari waktu-waktu lain.

8.Jangan lakukan analisa ini selepas melakukan jima bersama suami. Ini kerana lendiran sperma masih berada di dalam vagina isteri untuk beberapa hari. Maka keputusan mungkin mengelirukan, sama ada ianya lendiran cervical mucus atau lendiran sperma.

9. Analisa ini juga mengelirukan dan tidak memberikan analisa yang baik jika ada jangkitan kuman pada vagina, atau wanita itu memakan beberapa ubatan moden dan herba atau wanita itu mengamalkan ubat (pil atau suntikan) perancang keluarga. Ini semua akan mengubah kepekatan lendiran cervical mucus itu.

Jika terdapat masalah untuk mendapatkan lendiran cervical mucus itu, silalah berjumpa dengan doktor untuk berbincang mengenai cara yang lain bagi menentukan kesuburan. Namun begitu ia dapat dibantu dengan mengamalkan ekstrak Kacip Fatimah 30mg sehari, selama beberapa bulan.

Wallahu a’lam.


15 comments:

Oyis said...

hoih kembang (geli, loya) la tgk gmbr tu, org tgh mkn ni kak anis weih. btw, hok sendiri ke tu?

QasehnyaRania said...

tenq cikgu :D

eh..eh..akak asai kedah jugak ke?

Mimie said...

tanjat pulak tgk gambar tuh...pe2 pun info yg bgus nih

CeqGu said...

Ciksu: mak akak orang langkawi,ayah kelate....akak plak ic kod 03 hihi....tp bleh sembang dua2 loghat

Mimie: pssssstt sama lerr......tp pk2 kalau letak ni lg mudah orang nak tahu camner rupanya

CeqGu said...

Oyis: huk alohhh yg pi tgk time mkn sape suruh hahaha. Hoitttt tak der maknanya nak tempek hak sdiri hihihi.....gambar tu dari pesbuk doktor la;p

LYAfrina said...

perkongsian y amat menarik..
tp satu.. mmg xkan merani nk masukkan jari telunjuk.. huhu

Aisy Nasiha said...

Saya pernnah terdengar fakta ni tapi bila baca entry awak tg siap ada pic ni baru lagi jelas tentang ni...

nurbijen said...

info menarik, tapi tak pernah cuba lagi.... gerun la nak buat mcm tu, hehehe

CeqGu said...

LYAfrina: huhuhu kan....ngeri la pulak rasanya

aisy: moga jadi panduan utk semua ^_^.

nurbijen: hehehe.....tapikan rasanya tak perlu masukkan pun boleh tahu kot....

Unknown said...

saya dah pun terhingin Nk mengandung. ..Tp blm ada rezeki LG...dah 6bulan pernikahan saya

Unknown said...

saya dah pun menikah 5bulan yg lalu Tp sampai Sekarang blm pun saya Dapat melihat tanda tanda kehamilan. .
cedeh sangat

Mazni Azmi said...

==================================
==================================
TQ UNTUK CARA TENTUKAN KESUBURAN
==================================
==================================
Terima kasih atas artikel yang bagus ni.

Tapi ngeri tengok gambar tu. Hehe, tengah makan pulak ni.

Memang lengkap dengan maklumat nak tentukan kesuburan. Hihi.. ngeri sih gambar tu.

Selain keturunan, cara hidup tak sihat pun boleh sebabkan ketaksuburan. Makan banyak fast food. Berat badan obesiti.

Faktor makanan memang banyak beri kesan susah dapat anak. Nak subur pun kena makan makanan berkhasiat juga

lagi best Selain usaha cara fizikal, kita pun kena banyakkan doa pada Allah swt.

++++++++++++++++++++++++++++++++++
CONTOH DOA DIDALAM AL QURAN UNTUK ZURIAT
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Doa untuk dapat zuriat, Doa Nabi Zakaria Surah Maryam ayat 4-5

“Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku.

Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu…”


Elok amalkan bersama Doa dari Surah Al-Furqan : 74

Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata:

“Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami

Perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.

===================================
3 TIPS MUDAH HAMIL TINGKATKAN KESUBURAN
===================================

Semoga perkongsian ini membawa manfaat ek.
(\(\
( -.-) RING3
o__(")(") DARI MAZNI

(\_/)
(='.'=) HELLO3
(")_(")

CeqGu said...

bunda caca: sabar ye bunda...5 bulan tu masih awal lagi. jgn sedih2 enjoy dulu perkahwinan yg masih baru tu...dah dapat anak, life jadi tunggang terbalik....hehe...anggaplah tempoh penantian ini satu hadiah dari allah utk bunda dan suami menikmati suasana honeymoon hidup berdua:) jgn putus asa tauu!

mazni: terima kasih atas perkongsian yg sangat baik ni:)

Adila said...

teranjat tengok gambar tu.. huhu..ramai juga kawan-kawan kita yang masih belum dapat baby..banyakkan sabar dan berusaha.. insyaAllah rezeki tu pasti ada nnt.. mekasih atas info nak cepat hamil.. cuma loya tekak tengok gambar tu..hehe

sarahfaizaah said...

salam..sy nk share sikit cara mudah & murah utk check kesuburan kite.

caranye dgn menggunakan 'ovulation predictor kits) atau singkatannye OPK.

OPK (Ovulation Predictor Kits)
Mengesan waktu subur bg yg merancang utk hamil atau mengawal kehamilan secara semulajadi

UPT (Urine Pregnancy Test)
Mengesan kehamilan di awal kehamilan

💲OPK 10pcs = RM12
💲UPT 10pcs = RM10


📱Whatsapp 019-9882709

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...