Followers

Tuesday, January 8, 2013

Makanan Sedap Yang Wajib Makan di Brunei

Assalamualaikum.....


Hari ni nak cerita bab makanan pulak. Hurmmmm yummyyy yummmyyy.......... nasi katok dan nasi ayam penyet antara makanan yang tentu cikgu akan rindu serindunya bila dah balik msia huhuhu.
Makanan orang Brunei ni sebenarnya lebih kurang sama cam kita jugak la. Kita makan nasi, diaorang pun makan nasi jugak. Mee goreng, roti canai, tapai, seri muka, keropok lekor semua tu ada jer kat sini. Bezanya keropok lekor kat sini frozen punyalah hehehehe......

Antara makanan yang femes emes kat Brunei ni ialah.........

NASI KATOK:

 
 Nasi Katok. -credit to foodkings.blogspot.com

Inilah makanan yg paling murah kat sini. $1 jer sebungkus. Nasi katok ni sebenarnya nasi putih + ayam goreng + sambal. Sayur ke ulam ke takder. Boleh pilih nak sambal pedas atau sambal manis atau campur kedua2nya sekali. Cikgu selalu amik sambal campur, sedappp! 

Sekali tengok macam nasi lemak kan. Bila dah buka, eh eh nasi katok rupanya keh keh keh. Kata en suami, nasi ni diberi nama katok sebab dulu2 orang pi jual nasi ni dengan cara katok (ketuk) pintu rumah orang. Wallahua'lam betul ke tak. Nasi katok ni bukan untuk makan breakfast jer, tapi utk lunch sampai la ke dinner. Banyak tempat ada jual nasi katok ni. Tapi antara yang glamer ialah Nasi Katok Mama kat bandar dan Nasi Katok Kaka di Jerudong. Cikgu lebih suka nasi katok Kaka ni....besttt.



AMBUYAT :

credit to http://mahligai69.blogspot.com

Kalau datang ke brunei tak sah kalau tak mencuba makan ambuyat. Ambuyat ni dibuat dari tepung sagu/ambulung dan dibancuh dengan air panas kalau tak silap. Bukan calang2 orang bleh makan ambuyat ni. Cikgu sampai ke sekarang pun tak pandai2. Tak boleh dimakan dengan sudu atau garpu yg biasa tu. Ada penyepit khas untuk makan benda ni. Kepit , gulung, cicah, telan........haaa cenggitu la caranya, tak payah kunyah2, telan saja hehehe. Ambuyat ni tawar mcm nasi. Biasanya akan ada pencicah dan lauk pauk. Cikgu tak berapa gemar sangat ambuyat ni sebab asyik fail nak menggulungnya



TUMPI :


Pernah dengar nama Tumpi? Haaa yang ni cikgu suka dan tengah nak menuntut ilmu cara nak buat tumpi. Tumpi ni sejenis roti garing yang dimakan dengan kuah sambal atau kari. Kalau orang yg pandai buat, tumpi ni rangup sangat. Bila makan krup krap krup krap bunyinya. Bestttt! Hari tu cikgu makan tumpi ni kat Restoran Tarindak. Perghhhhh tumpinya sebesar pinggan, makan sekeping dah kenyang. Kari ayam plak fuhhh sedap betul. Memang kena la dengan tumpi tu.


Nasi Ayam Penyet pun ada kat sini tau.Tapikan cikgu rasa yang kat sini punya lagi sedap la dari kat Malaysia. Mungkin cara perapan ayam dan jugak resepi sambal tu yg tak sama. Nak nak kat sini memang ramai chefnya dari Indonesia. Ayam penyet ni kan asalnya dari Indonesia. Mungkin sebab tu la sedap kot. Sape datang sini bleh try nasi ayam penyet di Restoran Tarindak kat bandar dan Restoran Pondok Sari Wangi di Gadong . Memang sedap. Kalau tak sedap, gerenti diaorg dah tukar tukang masak baru hehehehe


Yang ni pulak Kelupis. Dibuat dari beras pulut  dan santan, kemudian dibalut dengan daun nyirik. Kelupis ni ala2 pulut panggang yg tak der inti.

cenggini la rupanya kalau dibukak bajunya opssssssss cekcinyeeee hehehe. Kuih kelupis ni biasanya dimakan dengan kari ayam baru sodap.




JELURUT/ SELURUT/CELURUT :

Jelurut
Kuih ni pun sedap. Rasa dia lebih kurang macam 'tepung bungkus' (orang kelate tau kot kuih ni). Bezanya hak ni tak dak inti kelapa. Kosong semata dan bahan asas nak buat jelurut ni ialah tepung, gula dan santan. Jelurut ni dibalut dalam daun nipah.

Cukup dulu la kot. Karang muntah hijau korang baca entry ni hehe. Sebelum terlupa cikgu nak bgtau, semua yg cikgu tempek ni bleh didapati di pasar malam Gadong. Setiap malam ada. Pasar malam tu sebelah jer dengan Wet Market Gadong dan tak jauh dari Gadong Mall. Nanti la cikgu citer next entry tentang tempat2 tu. Byee













14 comments:

umialya said...

sib baik akak tak ngidam.. kalu tak susahkan..

azeanty anuar said...

sedap eh ambuyat?

CeqGu said...

kak tini: kalau ngidam kena datang brunei la hehehe

azeanty: ambuyat tu sendiri rasa tawar jer. sedap ke tak bergantung pada lauk2nya. tapi tekak saya tak berapa suka ambuyat huhu

Saya Disini said...

1 je sy pernah tngk..tumpi tu..yg lain firsttime dengar

NoEn said...

ilmu baru
pelik2nya nama kuih dia
hihi

CeqGu said...

SayaDisini: ^_^

Noen: tu belum dengar diaorang cakap lagi....sampai sekarang sy susah nak paham hehe

ieda said...

wahh banyak jenis kan dik
nama pelik2 ..
tapi lebih kurang macam di malaysia juga ;)

Aisy Nasiha said...

bila lah sya nak boleh makan ni? ada yang menarik perhatian tu..

Ummu Muhammad said...

nantilah kumpul duet nk g brunei..orag kate dalam kapal terbang pun best kalau ke brunei..betul ke nis?

sri shah said...

Ambuyat,kt dlm msiapn ada juga.. Dkt sabah n sarawak pn pemes makan ambuyat.. Kt labuanpn ada juga.. Cumany berlainan cara hidangan..

IsabellaIdura said...

Saya baru nak pergi. Cecari restoran ni. Nanti g boleh try. Jemput dtg http://isabellaidura.blogspot.com. saya kawan awak 142.

ehsan said...

Assalam...

Kisah Nasi Katok tu bukan org pergi jual rumah ke rumah..

Cerita nya... satu ketika dulu... ada rumah org ni jual nasi dgn ayam dan sambal. suatu malam..dah tutup warong kat rumah dia tu...org yg lapar nak beli ni..pegi ketuk je kat jendela dapur dia lah. bila org rumah tu bukak...rupanya ada org dtg nak beli nasi.

so dari situ bermula lah nama Nasi Katok. Katok tu ada lah Ketuk. mcm kita Ketuk pintu rumah org.... mcm tu lah...

and ambuyat tu..kat sabah sarawak pun memang ada

jelurut tu..jugak kueh tradisi Labuan...

sama je sebenarnya..sebab labuan sabah sarawak dulu under pemerintahan Brunei...so makanan kurang lebih je sama hehehe

Ahzan Bakrin said...

Adalg yg sgt famous di kalangan masyarakat Brunei iaiatu LAMPAM sejenis makanan dari nasi yg dicampur sdkt garam dn kelapa di gaul dn di panaskan atas pan dgn api sederhana panas

titisbear chan said...

Saya dari indonesia, terima kasih atas infonya, membantu tugas kuliah saya ☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...