Followers

Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

Kuzi Ayam Berjala dan Sosej Bersos Tiram

Assalamualaikum

Hari ni saja nak tayang roti jala dan kuah kuzi ayam kat kak kak jemah.
Pernah makan kuzi ayam tak? Haaa ni masakan kelate mari. Opsss jangan tanya resepi sebab seumur hidup cikgu anis, cikgu tak pernah masak kuzi ni. Yang kat dalam gambar ni kawan cikgu yang bagi. Murah rezki kami anak beranak semalam keh keh keh. Tenkiu yer Kak Ni. Sedap 'sengoti' kuah kuzi Kak Ni ni.



Plan asalnya nak menjala roti pagi ni. Tapi semalam dah terima kuzi ayam yg marbeles tu, cikgu terus tukar plan menjala di malam hari. Nasib ler si bujang kecik tu lena diulit mimpi. Kalau tak, mau koyak rabak jala cikgu huhuhu. Tak sangka la menjadi jugak menjala di hotel kikiki.

Kuzi ayam ni selalunya jadi hidangan utama di pagi raya. Dibuat makan bersama roti kosong atau pun roti jala. Nak buat kuzi ayam ni memang renyah kak kak jemah oiii. Errr itu pada orang yg agak malas dan kurang pandai masak macam cikgu ni la. Orang yg pandai masak tu tentu ler kata elehhhh petik jari tingggg terus jadi kuzi ayam kan kan kan. 



Haaa yang ni pulak menu breakfast di kala malas. Ni bukan kuzi sosej yer kak kak jemah. Yang ni soses bersos tiram nama diberi hehehehe. Sonang jo nak buatnya. Tapi rasanya sedapppp! Ni cilok idea adik cikgu punya hehehe. 
Caranya senang jer, sosej tu dikelar2. Pastu goreng ler dengan sedikit mentega/minyak masak. Dekat2 nak masak, buh la sos tiram kat sosej tu. Kacau2 sekejap, taruk ler bawang besar. Dah agak2 bawang tu layu, bleh ler angkat dan ngapppppppp.....Burrpppp!! Kenyang perut hehehehe

Ok tu jer nak citer....

Tuesday, May 21, 2013

Tak Jadi Kembang!

Assalamualaikum

Aduhaiii semalam memang la menyebabkan diriku ini hilang mood.
Semalam tengok suami member dok puji masakan isteri dia kat fb, cikgu pun jadi semangat nak masak sedap2 utk en asben. Sekali sekala nak rasa gak lobang hidung ni kembang kikiki.

Memandangkan Firas buat perangai skit. 
Jadinya cikgu plan nak buat nasi goreng yg paling sedap di atas muka bumi ini muahahaha.
Nasi goreng pun nasi goreng lah yer. Yang penting sodappp! Plannya nak makan dengan ayam bakar. Makanya cikgu perapkan dulu ayam bakar tu. 

So dalam pukul 3ptg, cikgu tanak nasi. Nak masaknya malam. Sengaja la tanak nasi awal cikit. Lepas tanak nasi tu, cikgu ajak firas pi beli barang skit kat bawah. Sejam lebih jugak la 'menyoping'. Balik2 tengok lampu periuk nasi dah kat warm. OK nasi dah masak jap lagi lah tutup suisnya. Nak kemas barang2 yg dibeli dulu.

Malam pun menjelma. Jeng jeng jengggggggggg..... Firas pun dah tido.
Cikgu pun bersilat nasi goreng la kat dapur. Siap tumis segala mak nenek, sampai la turn nak buh nasi. Bukak2 tudung, huk alohhhhhhhhhhhhhh nasi mantahhhhh la pulok! Apa sudah jadi ni ???. Renung dan tenung dengan muka comey skit dari ikan kering, rasa2nya cikgu lupa tekan button cook la kat rice cooker tu. Warm memanjang la jadinya tadi. Sebab tu la nasi tu mantah jer. Bila dah masak, adusssssssss lembekkk la pulak. Nak masak nasi lain rasa sayang, so guna la jugak nasi lembek tu. Hati masa tu memang dah ke laut hitam dah la. Dah la en asben anti dengan nasi lembek. Sabo jer lah. Sib baik ada ayam bakar. Harap2 dapat membuka selera en abangku.

Bila time hidang, en abangku dah tunjuk reaksi tak best huhuhu. Dah agak dah sebab nasi tu. Mujur ler ayam bakar menjadi. tapi bila cikgu ngap, ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnn! hehe. MASIN! Sudahnya lobang hidung cikgu tetap kekal kempis. 

Sapo la nak puji kan kalau dah masak cenggitu. If masuk masterchef pun gerenti terus terkeluar......huhuhuhu. Mesti chef jo komen cenggini "ni ler nasi goreng paling tak sedap dan ayam bakar paling masin yg pernah saya makan. Maka pada malam ini, saya terpaksa menyingkirkan cikgu anis dari program ini. Apa pun saya harap cikgu anis takkan putus asa untuk terus belajar buat nasi goreng " Huwaaaaaaaaaa!

Wednesday, February 13, 2013

Sedapnya Makan Pagi di Kelantan

Assalamualaikum

Dah breakfast ker?
Pagi ni cikgu nak tayang menu breakfast kat kampung....
Biasala bila balik kg, macam2 teringin nak makan.
Rindu wooo nak makan nasi berlauk ikan tongkol, nasi kerabu, laksam, nasi impit, pulut pagi, nasi dagang.....
tu belum masuk bab kuih lagi, kuih cek mek, taik itik bla bla bla...
Huihhh kelantan memang kaya dengan macam2 jenis makanan.
Cuma nasi lemak jer yg susah skit nak jumpa.Bukan la tak der, nak cari yg sedap tu susah skit.
Dulu2 cikgu selalu beli nasi lemak Kak Wok. Tak tau la sekarang ada lagi ke tak.
Makcik asben plak kalau datang kelate mesti singgah makan gulai itik serati kat satu kedai di Pengkalan Chepa. Cikgu tak teringin plak nak rasa itik serati tu. Terbayang2 itik tu duk cari makan kat longkang. Eeeeeeee

Oklah jom jamu mata menu bekfes cikgu pagi ni......errr ada ke yang terliur? hehehe

pulut errr pulut apa dah namanya...pulut pagi ker



nasi berlauk ayam


sape pernah makan nasi ni. Ini namanya nasi tumpang. Sedapppp!

kat area kampung cikgu ada satu gerai jual nasi berlauk ayam bakar. Perghhhhh sedap sengoti (sungguh). Selalu cikgu makan sebungkus tu tak cukup. Tapi bila teringat pesan rasulullah, berhenti makan sebelum kenyang, jadi cikgu tahan ler nafsu. Makan sebungkus jer la......jauh dari gemuk dan segala penyakit hehehe







Thursday, January 31, 2013

Apa Tu ???

Assalamualaikum......

Boring dah terbaring jer...... 
nak tanya sape2 tahu tak apa dalam gambar ni .......

*


*


*



Klu : Dari kumpulan tumbuhan......

Hehehe...... ada tak sape2 berani teka??  Tak berani nak janji hadiah sebab hutang kak tini dengan um pun belum langsai, tapi kalau ada rezki insyaAllah...... kalau tak der hadiah, kira suka suki main teka teki jer lah yer......... aci tak ? hehhee

Wednesday, January 30, 2013

Sedap Sungguh Triple Chocolate Muffin Ni...

Assalamualaikum.....





sape pernah makan Triple Chocolate Muffin macam kat atas ni ???
Seriussss cakap memang sangat SEDAP rasanya. Sesuai sangat2 dengan namanya Triple Chocolate Muffin.
Sekali makan, rasa nak beli lagi. Kat bahagian atas muffin ni ada taburan bar2 coklat gitu.
Bila makan memang terasa ala2 triple chocolate kak-kak Jemah oiii..... mmmmmmmmmmm lazat sungguh !!
Kalau nak tau kat mana cikgu beli sila tengok gambar ni.....

+


+


+



Hehehe....... Cikgu beli dalam flight Air Asia daaaa....
Kedai kat atas udara la pulakkkk. Tak tau lah kat daratan nak cari kat mana muffin sedap ni.
Kalau sape2 jumpa jgn lupa bagi tau cikgu yer.

Lupa nak bagitau, harganya ialah RM7. Dah namanya pun triple kan, harga apa2 barang kat atas udara pun cenggitu la jugak hohohoho. Sekali sekala Kak Jemah teringin nak makan boleh ler. 


Tuesday, January 29, 2013

Siapa Pernah Makan Stick Noodle ?

Assalamualaikum.....

Haaa pernah dengar tak stick noodle ? cikgu pestaim kenal stick noodle ni. Al kisahnya semalam elok jejak kaki jer ke brunei, cikgu singgah cari bahan masak2 sikit. Maklumlah kat dalam peti dan gobok tu dah kurang stoknya. Teringat plak nak goreng mee untuk buat breakfast. Cari punya cari mee kuning yg biasa duk beli tu, tak dak la pulak. 

Tuan kedai pun suggest stick noodle ni. Erkkk ada tulisan cina la pulak !



Terus rasa nak cancel. Tup tup nampak logo halal kat bawah ni. Haaa tok sah pelik la logo tu tak macam logo halal yg biasa kita tengok. Memang lain la sebab ini produk singapore dan tanda halal tu pun Singapore mari :) Bila dah yakin, terus sambar dua paket sbb sebungkus mee ni cikgu kira2 dapat la dua orang makan jer.



Bila cikgu pk pk kan, macam bagus jugak beli mee kuning yg kering ni. Boleh simpan lama nak banding dengan yang biasa tu. Rasanya pun lebih kurang jer. Cuma yang leceh skit, nak kena rebus dulu. Ala bukan susah mana pun nak rebus. Just rebus macam spagetti tu jer. Taruk air dan minyak sikit, if nak rasa masin2 skit taruk la garam.


Ini ler rupa stick noodle yang dah direbus selama 4-5 minit tu. Bila dah lembut cepat2 angkat, tos dan curahkan air sejuk (air paip) dan tos sekali lagi. Mana ada susah pun kannn kak2 Jemah sekalian.....hehehe 
Pernah jumpa tak mee kuning kering ni kat Malaysia? Kalau tak der kena borong lebih skit buat balik Malaysia. Mana tahu kot2 ada kak Jemah yang nak beli dengan cikgu hahahaha....

Tuesday, January 8, 2013

Makanan Sedap Yang Wajib Makan di Brunei

Assalamualaikum.....


Hari ni nak cerita bab makanan pulak. Hurmmmm yummyyy yummmyyy.......... nasi katok dan nasi ayam penyet antara makanan yang tentu cikgu akan rindu serindunya bila dah balik msia huhuhu.
Makanan orang Brunei ni sebenarnya lebih kurang sama cam kita jugak la. Kita makan nasi, diaorang pun makan nasi jugak. Mee goreng, roti canai, tapai, seri muka, keropok lekor semua tu ada jer kat sini. Bezanya keropok lekor kat sini frozen punyalah hehehehe......

Antara makanan yang femes emes kat Brunei ni ialah.........

NASI KATOK:

 
 Nasi Katok. -credit to foodkings.blogspot.com

Inilah makanan yg paling murah kat sini. $1 jer sebungkus. Nasi katok ni sebenarnya nasi putih + ayam goreng + sambal. Sayur ke ulam ke takder. Boleh pilih nak sambal pedas atau sambal manis atau campur kedua2nya sekali. Cikgu selalu amik sambal campur, sedappp! 

Sekali tengok macam nasi lemak kan. Bila dah buka, eh eh nasi katok rupanya keh keh keh. Kata en suami, nasi ni diberi nama katok sebab dulu2 orang pi jual nasi ni dengan cara katok (ketuk) pintu rumah orang. Wallahua'lam betul ke tak. Nasi katok ni bukan untuk makan breakfast jer, tapi utk lunch sampai la ke dinner. Banyak tempat ada jual nasi katok ni. Tapi antara yang glamer ialah Nasi Katok Mama kat bandar dan Nasi Katok Kaka di Jerudong. Cikgu lebih suka nasi katok Kaka ni....besttt.



AMBUYAT :

credit to http://mahligai69.blogspot.com

Kalau datang ke brunei tak sah kalau tak mencuba makan ambuyat. Ambuyat ni dibuat dari tepung sagu/ambulung dan dibancuh dengan air panas kalau tak silap. Bukan calang2 orang bleh makan ambuyat ni. Cikgu sampai ke sekarang pun tak pandai2. Tak boleh dimakan dengan sudu atau garpu yg biasa tu. Ada penyepit khas untuk makan benda ni. Kepit , gulung, cicah, telan........haaa cenggitu la caranya, tak payah kunyah2, telan saja hehehe. Ambuyat ni tawar mcm nasi. Biasanya akan ada pencicah dan lauk pauk. Cikgu tak berapa gemar sangat ambuyat ni sebab asyik fail nak menggulungnya



TUMPI :


Pernah dengar nama Tumpi? Haaa yang ni cikgu suka dan tengah nak menuntut ilmu cara nak buat tumpi. Tumpi ni sejenis roti garing yang dimakan dengan kuah sambal atau kari. Kalau orang yg pandai buat, tumpi ni rangup sangat. Bila makan krup krap krup krap bunyinya. Bestttt! Hari tu cikgu makan tumpi ni kat Restoran Tarindak. Perghhhhh tumpinya sebesar pinggan, makan sekeping dah kenyang. Kari ayam plak fuhhh sedap betul. Memang kena la dengan tumpi tu.


Nasi Ayam Penyet pun ada kat sini tau.Tapikan cikgu rasa yang kat sini punya lagi sedap la dari kat Malaysia. Mungkin cara perapan ayam dan jugak resepi sambal tu yg tak sama. Nak nak kat sini memang ramai chefnya dari Indonesia. Ayam penyet ni kan asalnya dari Indonesia. Mungkin sebab tu la sedap kot. Sape datang sini bleh try nasi ayam penyet di Restoran Tarindak kat bandar dan Restoran Pondok Sari Wangi di Gadong . Memang sedap. Kalau tak sedap, gerenti diaorg dah tukar tukang masak baru hehehehe


Yang ni pulak Kelupis. Dibuat dari beras pulut  dan santan, kemudian dibalut dengan daun nyirik. Kelupis ni ala2 pulut panggang yg tak der inti.

cenggini la rupanya kalau dibukak bajunya opssssssss cekcinyeeee hehehe. Kuih kelupis ni biasanya dimakan dengan kari ayam baru sodap.




JELURUT/ SELURUT/CELURUT :

Jelurut
Kuih ni pun sedap. Rasa dia lebih kurang macam 'tepung bungkus' (orang kelate tau kot kuih ni). Bezanya hak ni tak dak inti kelapa. Kosong semata dan bahan asas nak buat jelurut ni ialah tepung, gula dan santan. Jelurut ni dibalut dalam daun nipah.

Cukup dulu la kot. Karang muntah hijau korang baca entry ni hehe. Sebelum terlupa cikgu nak bgtau, semua yg cikgu tempek ni bleh didapati di pasar malam Gadong. Setiap malam ada. Pasar malam tu sebelah jer dengan Wet Market Gadong dan tak jauh dari Gadong Mall. Nanti la cikgu citer next entry tentang tempat2 tu. Byee













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...