Followers

Tuesday, January 29, 2013

Siapa Pernah Makan Stick Noodle ?

Assalamualaikum.....

Haaa pernah dengar tak stick noodle ? cikgu pestaim kenal stick noodle ni. Al kisahnya semalam elok jejak kaki jer ke brunei, cikgu singgah cari bahan masak2 sikit. Maklumlah kat dalam peti dan gobok tu dah kurang stoknya. Teringat plak nak goreng mee untuk buat breakfast. Cari punya cari mee kuning yg biasa duk beli tu, tak dak la pulak. 

Tuan kedai pun suggest stick noodle ni. Erkkk ada tulisan cina la pulak !



Terus rasa nak cancel. Tup tup nampak logo halal kat bawah ni. Haaa tok sah pelik la logo tu tak macam logo halal yg biasa kita tengok. Memang lain la sebab ini produk singapore dan tanda halal tu pun Singapore mari :) Bila dah yakin, terus sambar dua paket sbb sebungkus mee ni cikgu kira2 dapat la dua orang makan jer.



Bila cikgu pk pk kan, macam bagus jugak beli mee kuning yg kering ni. Boleh simpan lama nak banding dengan yang biasa tu. Rasanya pun lebih kurang jer. Cuma yang leceh skit, nak kena rebus dulu. Ala bukan susah mana pun nak rebus. Just rebus macam spagetti tu jer. Taruk air dan minyak sikit, if nak rasa masin2 skit taruk la garam.


Ini ler rupa stick noodle yang dah direbus selama 4-5 minit tu. Bila dah lembut cepat2 angkat, tos dan curahkan air sejuk (air paip) dan tos sekali lagi. Mana ada susah pun kannn kak2 Jemah sekalian.....hehehe 
Pernah jumpa tak mee kuning kering ni kat Malaysia? Kalau tak der kena borong lebih skit buat balik Malaysia. Mana tahu kot2 ada kak Jemah yang nak beli dengan cikgu hahahaha....

14 comments:

nea lopah said...

mmg selalu makan mee ni. Kitorang panggil mee lidi. hehehe.

umi alya said...

aiyooooooo jauhnya mau bawa mari itu mee, kat mesia banyak woo...

akak pernah masak, dulu2 masa student, sentiasa ada stok.

Mia Kassim said...

Rupa dia cam spaghetti kan....

Saya Disini said...

xpernh mkn

yan's cottage said...

tak pernah jumpa yang macam nie....mee sanggul tu...memang adalah jual kat sini....

Kesuma Angsana said...

KA x pernah cuba lah yng ni

wan nurul hezrina abd halim said...

tak pernah beli..selalu mee kuning jer..oklah dah cikgu tunjukkan.hehe

aTieYusof Family said...

wahh... mcm sedap je mee tu!.. colour pun cantik:)

Fiza Rahman said...

Tak pernah makan lah. Nak cari lah nnt. Better pakai mee stick nih kan. Mee biasa tu tak tahan lama.

Cikgu, betul ker car seat/baby carrier brand maxi cosi kat brunei murah?

hainom OKje said...

tak pernah jumpa sebab tak pernah cari... lepas ni bolehlah try cari ....
betullah ceqgu...kadang tu beli mee kuning buat stok...last-last masaknya tak tau bila...ha..ha. ke tong sampah jugak akhirnya...

❤Kamsiah❤ said...

mcm spageti pulak rupanya tu...

QasehnyaRania said...

as-salam cik manis ;)
amacam blk mesia..ada sronok ka ;)

ciksu blom penah makan lagi la ;)

CeqGu said...

sape2 blum cuba bleh la try,namaa melayunya mee lidi


ciksu: wsalm...mustila seronok hihi

fiza: err inda ku tahu bah harganya lagi murah di sini hihi....kat mesia berapa RM? nanti cikgu try survey tgk

Mimi Azirah said...

xprnh mkn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...