Followers

Wednesday, January 2, 2013

Pavlova dan Tips Nak Buat Pavlova

Assalamualaikum...



Jemput jamu mata hehehe......kurang cun skit sebab tak der buah strawberi, jenuh jelajah pasaraya. satu pun tak jumpa. Agaknya pokok strawberi belum berbuah kot. Ish tetiba teringat buah strawberi kat Plymouth. Murah-murah! Kalau la tahan lama, memang bawak balik Brunei.....^_^



Inilah pavlova untuk tetamu yang tak jadi datang. Maka selamatlah kesemuanya dalam perut tuan rumah hohoho .................apa macam?? ada terliur kaaaa? hihi




kasi potong sikit, tuan rumah nak ngap



opsss dah hilang dua slices ke dalam mulut tuan rumah



Strawberi tak der, ganti saja dengan buah ceri merah. Uiii lagi mahal reganya...........sekali sekala bleh ler beli




kasi close-up skit......................opsss ternampak blueberry yg kecut la pulak hahaha




sapa nak yang ni sila angkat jari????????? hehehe

Kalau sape2 nak try buat bleh ikut resepi ni. Ala sama jer sebenarnya dengan resepi kat blog2 lain tu. Yang ni cikgu amik kat youtube.

Bahan-bahan:
4 biji telur ayam - amik putihnya sahaja
3/4 cawan gula putih
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanilla
Buah-buahan yang masam

Caranya :
Pukul telur putih sampai berbuih dengan mixer dan masukkan gula. Putar lagi selama 8-10 minit (sila ikut arahan ni) sampai la dah jadi meringue bertanduk. Kalau tuang pun gerenti tak tumpah.

Lepas tu masukkan tepung jagung,cuka dan esen vanilla.Putar lagi selama 4 minit (sila ikut arahan ni). Masa ni, adunan meringue tu nampak macam berkilat2 dan lebih berat. Kalau masih cair, maknanya kena putar lagi. tapi kalau betul2 ikut time yg cikgu bagi tu, insyaAllah jadi.

Sesambil duk putar tu, panaskan oven suhu 150 darjah celcius. Bila adunan meringue dah siap, tuangkan atas dulang pembakar yg dialas dengan kertas minyak.

Ubah suhu oven kepada 120 darjah celcius. Bakar selama 1jam, guna api atas bawah dan letak ditengah2 oven. Lepas satu jam, sila check dulu pavlova tu dah mengeras ke belum. cucuk skit dengan pisau.kalau masih lembut sila tambah masa oven 30-45 minit lagi. Ni oven cikgu tau. Oven korang, cikgu tak sure la plak. Memang amik masa lama cikit sebab guna suhu rendah. Kalau guna suhu tinggi, ada kemungkinan pavlova belum keras, tapi kulitnya dah hitam. Nak selamat, guna suhu rendah tapi masa bakarnya lama.

Bila dah puas hati, tinggalkan saja pavlova tu dalam oven dengan pintu oven dibuka sedikit saja. Selalunya permukaan pavlova akan retak. Tok sah sedihla.....benda biasa pada pavlova sebab tu kena tutup plak dengan whipping cream.

Bila pavlova dah betul2 sejuk baru susun buah atas cream tu.Buah2 masam tu plak nak kurangkan rasa manis pavlova.
Siap!



































11 comments:

Mimie said...

sedapnye pavlova...bile la nk buat tak tahula

Anonymous said...

wah nampak sedap tu dear!

CeqGu said...

buat je petang ni hehehe

Umialya said...

sedap ke? akak tak pernah merasa & belum juga mencuba untuk buat sendiri

CeqGu said...

kak tini: kalau akak tak suka telur n tak tahan manis, mungkin tak berapa suka. kena makan dengan buah sekali baru tak rasa manis.asben anis suka pavlova ni

CeqGu said...

mrs valentine & kesuma : memang sodap hehe

Eliss said...

aduhai terliur jugak nampaknya. selalu order ajer.hehehe

Unknown said...

selalu nk try.. tp takut x jadi...

Unknown said...

wah terliur laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

CeqGu said...

izan: mai ler brunei kalau nak makan pavlova ni hehe

azeanty: insyaAllah jadi. yg penting ikut tips yg saya bg tu.

eliss : order mahal lor....pavlova ni mahal tang buah2annya tu. ish kalau duk obersi mesti murah je kan

@LeenShamsh said...

anis akak bace entry terus berdesup cari barang pavlova..nk buat da lame tgk entry anis lagi menggode..alhamdulillah menjadi tapi tak berape nk tinggi..nnati bak try lagi hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...