Followers

Monday, January 7, 2013

Tentang Brunei

Assalamualaikum.....

Dah dekat2 nak balik mesia baru nak buat entry ni hahaha......

Sape tak tahu Brunei negara kaya dengan minyak kan. Sultannya plak pernah dinobatkan sebagai orang terkaya di dunia (eerrr yer ker, rasanya betul dah). Psstttt cikgu pernah tengok Sultan Hassanal Bolkiah depan mata, hensemmmmm walau pun umur dah 60-an!!!

credit to forbes.com

Penduduk tetap negaranya pulak majoriti Islam. India tak pasti ada ke tak, tapi yg pastinya kat sini memang tak sambut Deepavali. Tahun Baru Cina dan Christmas memang ada sebabnya kat Brunei ni ramai sangat pekerja dari Indonesia dan Filipina.

Kalau korang singgah kat mana2 kedai di brunei ni, rata2 jurujualnya orang Filipina tak pun indonesia mari. Tapikann, mat mat indonesia kat sini hencem2!! putih melepak. Yang rupa ala2 model pun ada! Mungkin kat sini depa kerja kat dalam ekon kot huhuhu. Kat brunei ni payah la nak cari tempat yg tak dak ekon. Rumah buruk tunggu nak roboh pun pakai ekon ye! Rumah yg kat atas air di Kg. Ayer tu pun semua pakai ekon tauuu!! Rumah cikgu kat mesia nu pun tak dak ekon........huhuhu.....
credit to lunalanun.blogspot.com


Kat sini, orang brunei lebih prefer keja gomen sbb banyak benefitnya. Siap boleh dapat tanah tuuuuu. Kalau tak silap loan pun tak dak interest......untungkan.......sebab tu lah rumah diaorang besar2. Setakat 6,7 bilik tu biasalah. Masa memula datang sini, melopong ja mulut tengok rumah besar2. Kalaulah pekerja gomen kat mesia pun dapat buat loan tak dak interest kan syiokk huhuhu



Kete kat sini pulak murah-murahhhhh. Geram tengok. Sebuah rumah jarang nak nampak ada satu kete. Cikgu suka sangat kira kete kat porch diaorang......hehehe banyakkk. Motor memang payah la nak cari kat sini. Kecuali motor kuasa besar dan motorboat hehehehe. Setakat motor kapcai tu memang jarangggggg la nak nampak. Kalau tetiba ada kat jalan raya tu rasa cam pelik pulak hihihi.

Kalau nak datang brunei utk shopping, rasanya tak berapa nak sesuai. Kat sini lebih mahal walau pun kebanyakkan barang2nya dari malaysia dan singapore. Matawang kat sini pun lebih tinggi dari malaysia, $1 = RM2.40 gitu. Tapi orang kata kain silk dubai lebih murah kat sini. Yer la kot nooo. Cikgu tak pernah beli kain silk kat mesia, so tak leh komen lebih. Kedai jahit baju pulak memang berlambak kat sini. harga upah baju kurung biasa selalunya $15 dan ke atas. Kalau baju melayu (kat sini depa panggil baju cara melayu) plak $18.

Makanan kat sini pun kira okla. Nasi paling glamer dan  murah kat sini boleh dapat dengan harga $1 jer. Namanya nasi katok hehehe. Kat sini ada dua pasar. Satu pasar Gadong. Hak ni kiranya pasar besar lah, semua benda ada jual kat sini. 


Tapi kalau nak seafood yg fresh, kena pi pasar Jerudong. Pasar ni memang tepi laut. Petang2 memang jem nak2 hari minggu. Ikan naik je ke darat, orang pun pakat serbu. Tapi kat sini ikan2 mahal sikit. maybe sebab fresh la kot. Yg kat Gadong tu biasanya ikan dari Sabah sbb tu lagi murah. Tp tetap lebih fresh dari ikan kat pasar di malaysia huhu.



Cukup dulu la setakat ni.......nanti sambung lagi crita tentang Brunei ni......bye


5 comments:

intanfirdaus247 said...

ceqgu...good info!:)

j.e.h.a.n. said...

bestnya..nak p juga Brunei, org kata Brunei tak de perompak..yeke??

amirini said...

Menarik... Harap ceqgu dpt post tmpt visit sbb brunei ni antara destinasi percutian AmiRini

NoEn said...

teringin nk pegi brunei
masa sekolah dulu ad sorang budak brunei (mak ayah dia org m'sia keje kat brunei)...mmg glamer habis la budak tu..semua org kenal dia

CeqGu said...

intan:thanks^_^

jehan: hehehe......lagi kan kat mekah pun ada pencuri.....apa tah lagi kat sini. tapi tak teruk macam kat tempat kita. kes bunuh2,culik2 ni tak pernah dengar. tapi kes kecurian mmg ada. ceqgu la salah sorang mangsanya huhuhu.tapi bukan orang brunei yg buat,tp orang asing.

amirini: insyaAllah, mmg ada dalam perancangan nak update tempat2 menarik di sini

noen: hehe maklum la asal sebut brunei orang ingat kaya raya. orang susah pun ada jugak kat sini, tapi tak melarat macam kat tempat kita. Kerajaan byk bg bantuan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...