Followers

Tuesday, January 29, 2013

Selamat Akhirnya

Assalamualaikum


Alhamdulillah akhirnya kami selamat jejak kaki semula ke bumi Brunei. 
Huhuhu tak puas lagi rasanya nak lepak2 kat rumah sendiri.
Memang sangat lah semput masa yang ada.
Sampaikan janji cikgu kat ummu muhammad dan umi alya (errr bila plak janji dengan umi alya hihi) tak dapat jugak ditunaikan.
Baru teringat kat malaysia cuti thaipusam, pejabat pos tutup daaaa
Sori yer, cikgu usahakan dilain waktu pulak yer..........harap bersabar dan jgn mareeee

Balik kali ni kami naik Air Asia. Flight jam 6.45 pg. 
Amik flight paling awal sebab en suami keja hari ni. Kesian sungguh.
Dah la penat drive dari ipoh ke shah alam semalam belum hilang. Jam wooo sepanjang highway.
Sampai kat rumah dah 10.30 malam. 
Nak kena bangun pulak pukul 3.30 pagi sebab nak bertolak ke LCCT pukul 4 pg huhuhu.
Tak sangka ramai betul manusia di pagi buta kat LCCT tu.
Siap ada yg berselimut bagai ala2 popia kat atas lantai. Kesian plak tengok.

Sebagai kenang-kenangan utk kesekian kali....cewahhh
cikgu abadikan bumi brunei dari udara plak....
pssstttt depa pesan dah suh off kan segala mak nenek alat elektronik.
cikgu ja buat2 degil hihihi.........
Haaa jangan sesapa berani tiru tau. Ini special case punya.
Cikgu ja yang boleh buat, anak murid NO! NO! NO!.....paham semuaaaaaa???? kekekeke



Tak sure ni Miri ke Brunei. Miri dengan Brunei dekat sesangat.


Ni memang sah sah brunei sebab dah tak jauh dari airport 



Masih tertanya2 sungai ke tasik tu.....



Kata firas gambar pompuan yg tengah letak beg tu Mama, lelaki yg duk pakai jaket tu Ayah dan gambar baby tu Firas hehehe....... hurmm nampaknya Firas dah bleh bezakan lelaki dan perempuan, orang dewasa dan kanak2. Abang dan kakak pun dia dah boleh bezakan..... alhamdulillah dah makin besar anak mama ni :)

10 comments:

Mia Kassim said...

Alhamdulillah selamat sampai....Cam sekejap jak cuti2 kan...

umi alya said...

Maknanya Firas perlukan teman sepermainan dah tu.. Cikgu Anis fahamkan maksid akak??

CeqGu said...

mia: huhuhu memang sekejap jer pun huwaa

kak tini: ehemmm paham jerr hehe...mmg dah nak sangat2 kak, tapi firas ni selalu kacau daunn huk huk huk

izan mama mia said...

baru terbaca kat sidebar tuu..kita hampir sebaya..beza setahun je rupanya..ehe...

wah cantik view dari atas yaa

CeqGu said...

izan:hampir tu maknanya izan lagi muda la ye? hik hik hik

Nora Karim said...

Alololo... comeinya firas... :)

IntaNBerliaN said...

alhamdulillah... selamat semuanya

wan nurul hezrina abd halim said...

alhamdulillah selamat semua..nnt kim salam ngan org2 brunei

hainom OKje said...

Rupanya ramai jugak manusia ni yg nak terbang ek ceqgu pepagi ni.....

lain kali ambik cuti panjanglah ceqgu barulah abe tu tak penat....hehe...

dapat tgk brunei kat sini pun jadiklah...

Mimi Azirah said...

Alhamdulillah selamat smpi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...