Followers

Wednesday, January 23, 2013

Cara Firas Mintak Maaf

Assalamualaikum...

Sollallah A'la Muhammad, Sollallah Alaihi wa sallam.......
Indah jer di subuh hari bila dengar selawat ni dari masjid.....

Salam maulidurrasul buat semua......
Semoga di hari kelahiran Nabi yang kita kasihi ni kita tak lupa hadiahkan selawat buat baginda
yang telah berjuang menyebarkan syiar islam dalam serba kepayahan dan ujian.

Kat brunei ni dah lama persediaan sambutan maulidurrasul dibuat. 
Kat tv RTB (radio televisyen Brunei) pun dah lama duk siar tentang maulidurrasul.
kat sini kalau bab2 majlis keagamaan ni memang diaorang amik serius sikit.
Kat masjid contohnya, macam2 program ada.
Pastu satu lagi cikgu perasan, setiap sambutan atau perayaan tu mesti ada lagu yg diaorang cipta.
Contohnya masa hari keputraan sultan, macam2 lagu puji-pujian duk main kat tv.
Sebulan jugak la boleh layan hehehe.

Eh sebenarnya entry ni nak buat catatan tentang perkembangan firas yg terkini hehe
Alhamdulillah firas sekarang dah pandai mintak maaf kalau buat silap.
Macam biasa la mama dia kan suka nyanyi lagu rock bila dia buat perangai.
Tapi lepas tu cikgu akan suruh dia mintak maaf.
Kekdah ni bukan saja bagus utk anak, tapi bagus jugak utk ibu2 yg mudah jadi mak lampir macam cikgu ni hehehe...
sejukkkk hati gitu.


Memula cikgu ajar dia salam sambil cium tangan tanda mintak maaf.
Bila dia dah mahir, cikgu ajar dia ucap sorry pulak.
So sekarang ni bila cikgu kata firas minta maaf dengan mama.
Dalam duk nanges2 tu dia boleh berenti dan amik tangan mama dia untuk salam
Cium tangan mama dan ucap 'sowwyy' huhuhu mama terharu sangat2.....
Tersentuh jiwa raga tengok budak umur setahun jagung pandai mintak maaf
Terus hati jadi sejuk dan berbunga2....
Peluk cium sudah semestinya...............
Mama bangga dengan firas...........
Kalau lah firas ada adik, harap adik2 firas pun bagus macam abang dia ni  hihihi
moga sampai bila2 firas ringan mulut dan hati utk mintak maaf bila buat silap yer...
Aaminnn.

Anak soleh kesayangan mama dan ayah........muahhh

10 comments:

umi alya said...

manisnya..

QasehnyaRania said...

alhamdulillah :D
semoga firasa membesar menjadi anak yg soleh .amin..

salam maulidul rasul ;D

Mama Adam said...

bagus firaz...
bila kecik2 dah dididik, insya allah dah besar nanti sebati dalam jiwa

Ummi Iman said...

Mmg sejuk hati bila anak buat mcm tu.. Mmg kena ajarkan. Semoga terus mcm tu hingga dewasa

intanfirdaus247 said...

salam anis..comelnya Firas pakai songkok...tomeinya mintak maaf yer dia...alalala..muah!

Mimi Azirah said...

alololo...cweetnye

CeqGu said...

baru jer tadi tempek citer ni lepas tu tetiba bila suruh mintak maaf firas cium tgn n xckp sowi..tp dia pi baca bismillah plak huhu...konpius la tu

nurbijen said...

mmg besar pengaruh ucapan sorry, kan? bila anak2 sedang gaduh bagai nak rak, saya akan masuk campur dan buat keputusan yang siapa yg salah kena say sorry. Skrang, tak perlu jadi hakim pun mereka dah pandai say sorry sesama mereka... kdg2 gaduh juga bila si abang atau si kakak refuse to say sorry... huhuhu

CeqGu said...

betul nur, memang benda ni kena ajar dari awal. Bukan apa, bleh latih lembutkan hati anak2 sekali

Saya Disini said...

comei

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...