Followers

Monday, January 28, 2013

Tips Gantung Gambar atau Lukisan Di Dinding Rumah

assalamualaikum


Masih dalam mood nak deco-deco rumah. Terjumpa tips ni.....

  • Pastikan anda menyesuaikan gambar atau hiasan dengan latar dinding. Pilihlah gambar yang sesuai digandingkan dengan skima warna ruang atau tema dekorasi yang diingini. Jika memilih rona gelap pada dinding, pilihan terbaik ialah gambar atau lukisan daripada nada cerah.


  • Perkara utama yang harus difikirkan ialah setinggi mana gambar itu harus digantung. Untuk mendapatkan sesebuah ruang itu kelihatan cantik dan menarik pastikan anda meletakkan bingkai gambar atau lukisan pada paras penglihatan mata.





  • Pilihan perabot sama ada bergaya moden mahupun tradisional juga harus diambil kira supaya dapat menggambarkan keseimbangan lukisan atau gambar yang digantung. Pastikan saiz lukisan tidak melebihi 70 peratus kelebaran daripada perabot di ruang itu.





  • Gambar atau lukisan bersaiz besar cukup menjelaskan segala-galanya. Cara ini membantu ruang tidak dipenuhi dengan bingkai gambar atau hiasan yang menyerabutkan. Kehadiran gambar atau hiasan bersaiz besar sebenarnya menjadi titik tumpu sesebuah ruang.





  • Jika ingin menampilkan ketinggian dinding, gunakan susunan bingkai secara vertikal untuk koleksi gambar anda. 







  • Susunan secara horizontal pula menekankan kelebaran dinding.


  • *** Ni cikgu tolong promote. Tuan punya lukisan tu tak suruh pun hihihi. Tapi sbg tanda terima kasih sebab share tips yg berguna ni, cikgu share kan maklumat berikut kot2 la ada yg berkenan ....

    Kepada yang berminat boleh membuat tempahan/pertanyaan dengan 

    menghantar e-mail ke  luna_sharif@yahoo.com atau sms ke 019-426 5525. 

    Atau search di facebook 'Uniq Deco" untuk melihat katalog penuh. 


    24 comments:

    Umialya said...

    cantiknya..

    pssttt: naper tulisan kecit bangat? sian teman2 kita yg bermata 4..

    NoEn said...

    bab2 deco ni mmg fail...huhu :(

    ida =) said...

    Saya berkenan betul gambar ke3 tu. Nampak sgt cantik!

    intanfirdaus247 said...

    anisss.. kenitnya tulisan kat entry tu...huhu..mata i jadi sepet dah ni uuu

    Anonymous said...

    very gd tips tq

    Unknown said...

    menarik semuanya =)

    Aisy Nasiha said...

    frame tiga serangkai ni cantik kan? kat rumah saya ada satu, entah ok ke x cara saya letakkan benda ni...

    Mia Kassim said...

    Saya ni malas sikit nak mendekorasikan rumah....biar simple jak yang penting kemas...hehehe

    Kasih Salina said...

    cantiknya deco tu cikgu..tips yang berguna ni..

    Ruse Sulaiman said...

    Cantik lah rumah lps ni ;) tgk gambar2 tu cantik je..

    AtieYusof said...

    wahh... bagus tips ni cikgu..
    boleh apply kt pondok buruk kami tu..hehe

    yan's cottage said...

    salam cikgu....

    tq....bagi tips menarik hari nie....semuanya menarik....tertarik pula nak buat macam nie....

    Unknown said...

    nnt dah ddk rmh sendiri..boleh cuba tip ini

    ummiross said...

    Thank you CeqGu for the tip, nanti bolehlah praktik bila masuk rumah sendiri.

    CeqGu said...

    alololorrrr i'm sorryyyyyy.....tak perasan plak tulisan tu kecik cinonet... lepas terjumpa tips tu terus letak kat blog sebab nak baca balik. elok publish asben suh bersiap nak bertolak balik ke shah alam....kelam kabut tu yg tak perasan tulisan kecik...source pun lupa nak letak...huhu
    apa pun terima kasih kerana sudi baca....

    Mimie said...

    tips yg bagus n best

    Umialya said...
    This comment has been removed by the author.
    CeqGu said...

    erkkk..... depa rehat pukul berapa tu...dah lepas waktu sekolah kot kak....kalau waktu sekolah memang tak patut sangatlah.

    CeqGu said...

    mimi:jom ler pakat gantung gambar. rumah cikgu, punya la tinggi gambar en suami gantung.....nak cabut skru, mesti berlubang...last2 bior je la kat situ huhu

    Nora Karim said...

    Amboi cikgu dah mcm pereka dalaman dah... cantik2 gmbr kat atas tu...

    CeqGu said...

    hahaha nampaknya kena tukar profession dah ni hihi...ala cikgu cedok ilmu orang ja. xsabar nak balik hias rumahku syurgaku kat mesia nun

    Unknown said...

    cantik..:)
    kat rumah gambar anak2 je yg digantung..malas nak buat deko heheh..

    OKje said...

    sukanya tengok rumah cam tu... cuma tak menjadi je kalau rumah sendiri...hish... bilalah nak menjadinya pun tak tau!huhu

    Drill Lubang Skru @ Water Heater Area Putrajaya: 0176431977 said...

    Salam tuan blog, nak tumpang iklan sikit ye...

    Pemasangan Shower Water Heater / Drill @ Tebuk lubang Skru dinding konkrit, dinding jubin, pemasangan bracket TV, PEmasangan kipas siling, kipas dinding, pelbagai jenis lampu, pasang frame, cermin, rak dinding dan sebagainya.... Untuk Kawasan Putrajaya dan area bersebelahan dengannya...

    Sila lihat blogspot saya untuk info lanjut: http://shower-heater.blogspot.com
    atau boleh hubungi saya terus di 0176431977 (Call / sms / WhatsApp)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...