Followers

Tuesday, January 8, 2013

Ayam Kicap Jawa yang Sedap

Assalamualaikum...........

Korang masak apa tengahari ni? Cikgu ingat nak buat sambal telur jer. Versi tak pedas hehehe. Kalau buat pedas karang si bujang teruna tu tak leh makan plak. Cikgu perati dia suka lauk yang kaler2 merah ni. Patut la warna merah ni dikatakan pembuka selerakan.

Semalam cikgu pestaim masak Ayam Kicap Jawa. Ish boleh tahan sedap rasanya. Lain sikit dari yg pernah cikgu buat. Ayam Kicap Jawa ni ala2 kering skit, manis2 masam dan berempah. Memang sedapnak nak makan dengan sambal belacan. Perghhhh . Kalau nak tau macam mana cikgu buat sambal belacan, klik SINI.  Sedappp wooo....


Kalau belum ada idea nak masak menu lunch hari ni. Bleh cuba masak resepi Ayam Kicap Jawa ni.......






Resipi Ayam Masak Kicap Jawa

Bahan-bahan :-

Bahan A
1/2 ekor ayam - cikgu goreng dulu. resepi asal tak goreng pun

Bahan B
2 sb ketumbar - digoreng tanpa minyak @ dikisar
1 sb jintan manis - digoreng tanpa minyak @ dikisar
1 1/2 sb lada hitam - dikisar
1 sb lada putih  - dikisar

Bahan C
4 biji bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih  - dihiris
3 inci halia - dihiris
Bunga lawang/kayu manis

Kicap 
2 sb gula
Garam
Asam keping
Minyak untuk untuk menumis- jgn banyak (diulang kata)
Cara-cara:
  • Kisar bahan B - ketepikan
  • Tumis bahan C - sehingga layu atau kekuningan
  • Masukkan bahan A - ayam dengan ditambah sedikit air selama 4 minit
  • Masukkan bahan B - gaul sehingga sekata ayam tadi
  • Kemudian baru masukkan kicap, gula, asam keping kedalam periuk ayam tadi masaklah sehingga mendidih 
  • Matikan api dan boleh lah dihidang

6 comments:

intanfirdaus247 said...

Amboeh sedapnya ayam kicap masak jawa diaaa…terliur nya….hari ni bawak bekal macaroni goreng untuk bekpes punya…lunch nasi dengan ayam kicap juga tapi ayam kicap yang mixed dengan mcm2 bahan..dah tatau nak bg nama apa dah..hehe

Chekgu Azrine said...

Opss..baru terpkir malam ni nak buat ayam masak kicap..bolehla cuba resepi ni ek..tq cekgu

Kesuma Angsana said...

sedapnyer... gambar2 di blog KA mungkin x boleh di copy paset but boleh copy dari sumber di link yang KA sertakan last sekali di N3 ye

umialya said...

anak2 suka..

QasehnyaRania said...

as-salam akak :D
aym masak kicap pekena dengan sambai belacan memang masuk ;D


layan ..hihihi
tetiba teringin plak..

CeqGu said...

intan: ooo itu namanya ayam kicap macam macam hehehe

KA: ok thanks KA

kak tini: budak2 mesti suka kicapkan

QR:wsalam.........memang sodap dik ...layan jgn tak layan heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...