Followers

Tuesday, May 21, 2013

Tak Jadi Kembang!

Assalamualaikum

Aduhaiii semalam memang la menyebabkan diriku ini hilang mood.
Semalam tengok suami member dok puji masakan isteri dia kat fb, cikgu pun jadi semangat nak masak sedap2 utk en asben. Sekali sekala nak rasa gak lobang hidung ni kembang kikiki.

Memandangkan Firas buat perangai skit. 
Jadinya cikgu plan nak buat nasi goreng yg paling sedap di atas muka bumi ini muahahaha.
Nasi goreng pun nasi goreng lah yer. Yang penting sodappp! Plannya nak makan dengan ayam bakar. Makanya cikgu perapkan dulu ayam bakar tu. 

So dalam pukul 3ptg, cikgu tanak nasi. Nak masaknya malam. Sengaja la tanak nasi awal cikit. Lepas tanak nasi tu, cikgu ajak firas pi beli barang skit kat bawah. Sejam lebih jugak la 'menyoping'. Balik2 tengok lampu periuk nasi dah kat warm. OK nasi dah masak jap lagi lah tutup suisnya. Nak kemas barang2 yg dibeli dulu.

Malam pun menjelma. Jeng jeng jengggggggggg..... Firas pun dah tido.
Cikgu pun bersilat nasi goreng la kat dapur. Siap tumis segala mak nenek, sampai la turn nak buh nasi. Bukak2 tudung, huk alohhhhhhhhhhhhhh nasi mantahhhhh la pulok! Apa sudah jadi ni ???. Renung dan tenung dengan muka comey skit dari ikan kering, rasa2nya cikgu lupa tekan button cook la kat rice cooker tu. Warm memanjang la jadinya tadi. Sebab tu la nasi tu mantah jer. Bila dah masak, adusssssssss lembekkk la pulak. Nak masak nasi lain rasa sayang, so guna la jugak nasi lembek tu. Hati masa tu memang dah ke laut hitam dah la. Dah la en asben anti dengan nasi lembek. Sabo jer lah. Sib baik ada ayam bakar. Harap2 dapat membuka selera en abangku.

Bila time hidang, en abangku dah tunjuk reaksi tak best huhuhu. Dah agak dah sebab nasi tu. Mujur ler ayam bakar menjadi. tapi bila cikgu ngap, ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnn! hehe. MASIN! Sudahnya lobang hidung cikgu tetap kekal kempis. 

Sapo la nak puji kan kalau dah masak cenggitu. If masuk masterchef pun gerenti terus terkeluar......huhuhuhu. Mesti chef jo komen cenggini "ni ler nasi goreng paling tak sedap dan ayam bakar paling masin yg pernah saya makan. Maka pada malam ini, saya terpaksa menyingkirkan cikgu anis dari program ini. Apa pun saya harap cikgu anis takkan putus asa untuk terus belajar buat nasi goreng " Huwaaaaaaaaaa!

12 comments:

umi alya said...

laaaaa siannya, xper, usaha tangga kejayaan

Tuan Juhaida said...

Haha best betul bc citer anis ni...good luck ya cikgu anis...cuba lagi hihi komen dr chef ju hihi

Chekgu Azrine said...

Haha..lawak jugak erk cikgu ni..

nurbijen said...

hahahha, kelakar la anis ni..
lain kali sebelum masak kena betulkan niat... zikir byk2.... mesti nasi yg tak sedap pun jadi sedap berkali ganda :)

Ibu Lala said...

Alor ciannn.

Aisy Nasiha said...

Haha..hari serba tak jadi..saya pun pernah... Mmg rasa geram dgn kecuaian sdiri..

OneSimpleMother said...

hehehe.. akak pernah masak nasi goreng lembik. bukan lembik sebab nasi tu lembik. lembik sebab akak pi blend bawang segala tu dgn blender basah + air. tak pernah buat pun kerja ni. selalu rajin jer tumbuk guna lesung. hari tu malas lak.kat kampung pulak tu. nak bagi makan mak pak mentua lak tu. adoyaii... malu ai tau. tapi nasib mak mertua den ok jer.. lembik2 pun habis sekuali. hihihi..

QasehnyaRania said...

alolo..sian kat nya..

*morning cik manis.. how r u today...

Kesuma Angsana said...

lawak2 pagi2 ni yer ceqgu

rostina76 said...

hehehe!!!!citer suspen lagi cheqgu anis. tapi kros pernah gak mengalami nasib masak nasi lupa tekan button. huhu…….
btw seperti kata chef jo & the geng jangan berhenti memasak nasi goreng ye

intanfirdaus247 said...

masterchef anis telah tersingkir...lawak la anis cerita..duk gelak je baca

hainom OKje said...

haha...apa nak susah cafe hotel kan ada.....belasah ajelah kat situ hehe.
So apa jadinya ayam panggang yg masin tu ceqgu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...