Followers

Tuesday, May 21, 2013

Nostalgia Misi Mencari Spec

Assalamualaikum.

Pagi ni tiba2 teringat waktu duk ipt dolu2. Time tu musim exam kalau tak silap. So cikgu ni kalau time exam mula la tak berapa nak lekat kat bilik. Errr bukan ke library ponnn, menyinggah kat bilik kengkawan ada la hik hik hik. Bukan ler pi pot pet pot pet. Bertandang tu selalunya sebab tak paham atau tak reti nak jawab soalan. Rajin khennnnn ai ni hehehe. Time exam baru kalut nak study.....kalau tak stado (tido) jer lah jawabnya.

Nak dijadikan cerita. Satu hari tu lepas cikgu balik ke bilik nak sambung study la kunun2nya. Tetiba baru teringat spec tak der kat mata. Dalam kekaburan tu duk cari la spec mata yg ntah letak kat mana. Sangatlah geram tau bg orang yg rabun mcm cikgu bila terlupa letak spec mata. Mata dah tak nampak, cam no nak cari. Sakit ati tau. Jenuh la pi ketuk bilik kawan2 yg cikgu pi singgah sebelum tu. Depa pun pakat kalut la tarik selimut, intai bawah katil, selongkar segala mak nenek semata2 nak cari spec si rabun ni. Malangnya tak jumpa jugak!

Pastu teman sebilik pun balik dari kuliah. Tengok cikgu tungging2 duk mencari spec, dia pun tolong la cari sekali. Tak jumpa jugak. Pelik bin ajaib betul. Sampai ke tong sampah cikgu cari tau. Last sekali kawan cikgu suh pi tengok kat toilet. Manalah tau kot2 spec tu berjalan sampai ke toilet ahakksssss. Hurmm cari punya cari tak der jugak.

Akhirnya tergaru2 kepala yg tak gatal la si rabun yg comey ni. Pastukan tetiba terasa macam ada sesuatu kat atas kepala disebalik rambut yg dah kusut masai. Ya rabbiiiiiiiiii, rupanya spec tu ada jer kat atas kepala ni. Elok jer dia bersimpuh kat situ. Adehhh cam no la bleh lupa cikgu letak kat situ .ala2 mcm pakai cekak rambut tu haaa. Haduiiii cikgu dengan kawan2 pakat duk gelak. Diaorang pun tak perasan. Tak pasal2 riuh satu aras dek kerana cikgu hilang spec hahaha.
Saper pernah jadi macam cikgu ni sila angkat tangan! Errrr tak nak ngaku pulak kak kak jemah ni hohoho

9 comments:

Kesuma Angsana said...

hahaha...

RedRose said...

hahaha...yup, I pun penah alami kejadian tu. but bukan dgn spec, with my purse. dah habis shopping, balik ke car park dgn girangnya. tetiba muka jadi pucat lesi meracau cari purse xde. Husband wat muka tonyok je padahal bini dah nak melalak ni. kita marah dia sbb xamik port, dia besokan bijik mata dia kat kita balik. tu yg awk kepit tu menda? odorono? huhuhu. malu cikgu oooiiii eventho dgn laki sendiri. kalau muka leh letak dlm dashboard...rasanya dh selamat ada kat dlm tu. keh keh keh

Tuan Juhaida said...

Hahaha klakar tp mmg pernah tjadi pd teman sebilik i

Ibu Lala said...

Ha ha ha. Kdg2 jd camtu gak.

aTieYusof Family said...

Hahaha..macam2 kan:)

nurbijen said...

hahahha, memang tak pernah ada pengalaman macam tu sbb tak pakai spek..

intanfirdaus247 said...

hahaha....rambut masa tu cemana la gamaknya ya anis sampai x nampak spek...hahah

umi alya said...

asal singgah sini jer, pasti nak GELAK kaw2, hahahaha

hainom OKje said...

Atenya Idaklah pernah teman berlaku cenggitu ...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...