Followers

Wednesday, May 15, 2013

Ubat Nyamuk Hadiah Hari Guru

Assalamualaikum...

Hari Guru sudah tiba jeng jeng jenggg....... ada sapa2 nak bagi hadiah kat cikgu tak??? hehehe
Dah dua kali cikgu terlepas sambut hari guru dengan kawan2 dan murid istimewa cikgu.
Saper suh amik unpaid leave kannnnnnn. 
Cikgu sambut dari jauh ler dengan anak dan suami.

Rasanya ramai yg tahu bila tiba Hari Guru, berduyun2 la anak murid datang bagi hadiah kat cikgu kesayangan. Cikgu cikgi tak mintak pun, tapi acara bagi hadiah ni dah jadi macam satu tradisi. Kekadang kesian jugak bila teringat ada anak murid yg kurang berkemampuan. Tengok kawan2 lain bagi hadiah, dah tentula dia pun teringin nak bagi kan. Sebab tu kami cikgu cikgu siap pesan tak perlu nak bagi hadiah, yang penting hargai ilmu yg kami sampaikan. Tapi alhamdulillah, cikgu tengok murid2 tetap nak bagi. Kami terimalah dengan tangan terbuka hahahaha.

Kalau cikgu tu cikgu fofuler (popular) memang berkampit kampit beras la hadiah yg dibawak balik. Terliur cikgu dengan kawan2 tengok hihihi. Biasanya kami cikgu2 pendidikan khas ni yang paling sikit dapat hadiah. Memang balik lenggang kangkung lah, tak macam cikgu lain terpaksa minak tolong murid lain angkut hadiah ke kereta. Dah macam rupa pakcik santa pun yer hehehe....

Teringat waktu cikgu sekolah dulu2. Hadiah sempena hari guru biasanya murid akan bagi pen/ pensel/ pemadam. Sekarang zaman dah berubah, hadiah pun makin mahal2 dan menarik. Huihhh mau cikgu tak terliur kan hehehe. Walau pun kami cikgu2 pen khas ni selalu balik tangan kosong, biasanya parents anak2 istimewa ni suka buat suprise tau. Tiba2 je pi sekolah ada jamuan ringkas n acara serah hadiah kat cikgu. Terharu tauuu..... kembang kempis hati ni hohoho.

Tadi terbaca kat fb kawan cikgu. Setiap kali hari guru dia terkenang kat sorang murid dia kat terengganu. Masa tu dia mengajar di sekolah kampung. Sempena hari guru dia terima satu hadiah yg buat dia tersenyum dan takkan lupa sampai bila2. Murid dia bagi sekotak ubat nyamuk sbg hadiah. Memang dia senyum sampai ke telinga tengok hadiah tu. Dia saja la tanya murid tu dalam byk2 benda kenapa bagi ubat nyamuk. Kata murid tu "saya tak nak cikgu kena ketik (gigit) dengan nyamuk". Dengar jer jawapan tu dengan air muka yg memang ikhlas tu dia tak jadi senyum. Hati dia jadi sangat tersentuh sbb sampai macam tu sekali diri dia dihargai. Ohhh nak menitik pulak air mataku....syuhhh syuhhhh...

Bila murid tahu menghargai gurunya, percayalah kami lebih2 lagi menghargai anak murid kami. Buat anak2 istimewa cikgu, kalian mungkin nampak pelik di mata orang lain, mungkin tidak cantik di mata orang lain, juga mungkin tidak bijak pada mata kebanyakan orang. Tapi bagi cikgu, kalian kejadian yg sangat indah dan dan sangat istimewa. Penghibur dan penyejuk hati cikgu sampai bila2.  Terima kasih Allah kerana memilih diri yg serba kurang ini untuk mendidik ahli2 syurgaMu.

Selamat Hari Guru buat semua guru2 pendidikan khas dan guru2 lain di Malaysia. Semoga Allah sentiasa menyematkan keikhlasan dalam hati kita dalam mendidik anak bangsa.....aminnn

15 comments:

Ummi Iman said...

Sebut ubat nyamuk saya pun ada kisahnya ;) senyum sampai skrg kalau ingat. Cikgu kerjaya yg cukup bagus. Mmg patut dihargai. Ada juga cikgu yg minta hadiah :)

nurbijen said...

selamat hari guru Anis...
kawan saya pernah dapat purse couch sempena hari guru... terkejut juga dia...
kalau dulu saya ingat bagi kat cikgu tisu yg 20 sen tu... bungkus cantik2 bagi kat cikgu... maklumlah, nak beli yg mahal mmg tak mampu... ekkekek

nurbijen said...

selamat hari guru Anis...
kawan saya pernah dapat purse couch sempena hari guru... terkejut juga dia...
kalau dulu saya ingat bagi kat cikgu tisu yg 20 sen tu... bungkus cantik2 bagi kat cikgu... maklumlah, nak beli yg mahal mmg tak mampu... ekkekek

Mama Adam said...

Yg penting ikhlas. Pendidikan khas mmg 1 cabaran besar

umi alya said...

selamat hari guru cikgu anis..

tiba2 terasa sebak didada..

hainom OKje said...

Selamat hari Ceqgu...... Jasa anda memang dikenang sampai bila bila...... Hari ini ada sambutan kat sekolah anak tp tahun nI TLBD mcm tak sebok suh belikan hadiah je...... So maknya pun senyap ajelah hehe

Aisy Nasiha said...

Selamat hari guru.. semoga lebih gembira menjalankan tugas yg makin mencabar ni. Tu pasal takleh berhenti di sini, cikgu anis....tau?

Jemarisuri said...

selamat hari guru cekgu...
semoga guru yg menjadi lilin untuk kejayaan anak didiknya...insyaallah...

maria firdz said...

selamat hari guru.. :)

Lisa Sheila said...

hee...hubby lisa pun kalau hari guru je memang ada je hadiah tiap tahun...lisa yg seronok..kekekee...

tapi yang kawan ceqgu dapat hadiah ubat nyamuk tu macam terkesan plak di hati ni...

bagi lisa jasa cikgu xdapat dibalas... selamat hari guru ceqgu :)

me suya said...

Selamat Hari Guru Kak Long.. Tok lama doh tuh nak masuk ngaja balik~

izan mama mia said...

selamat hari guru anis

QasehnyaRania said...

selamat hari guru cik manis :)

Tuan Juhaida said...

Selamat hari guru cikgu anis...!byk kenangan indah bergelar guru ni kan hihi

Kesuma Angsana said...

hehehe, selamat hari guru yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...