Followers

Thursday, May 9, 2013

Firas Pun Ada Beg Tarik La !

Assalamualaikum...


Baru jer lepas balik mengundi minggu lepas, hari ni nak balik lagi ke malaysia ...
Haiii kopak duit lakiku. Duit bini dia dah lama terkopak2 huhuhu
Dah macam ulang alik Sepang - Shah Alam kekdahnya. Karang tak pasal2 driver taxi ingat kami ni orang kaya raya.... padahal kayu rayu jek kuang kuang kuang...
Balik sokmo! Nasib ler bukan duk London ke Paris ke....hohoho
Nak buat macam mana rumah dilanda garuda tu perlu jugak dibaiki sebelum keadaannya lagi parah.
Itu pun nak pakai duit jugak tu .....  mana la nak cekau ni....huhuhu.

Dalam kami duk bersedih ni, ada sorang insan tu yg happy giler sebab arini nak naik 'abigem' lagi hohoho.
'Abigem' tu maknanya aeroplane ya kak kak jemah. Jenuh ajar bagi betul, tapi akhirnya mama n ayah dia pun sekarang ni kalau nampak kapal terbang mesti sebut abigem jugak. camno tu??? rosak! rosakkk!!

Dari duk bersedih gulana, apa kata kita hiburkan hati dengan gelagat firas kat airport. Sejak cikgu beli beg yg bleh tarik ke hulu ke hilir tu, Firas kemain lagi duk heret beg tu kat airport....... semua orang tengok mesti senyum2 hehehe.......


kalut Dr. Firas ni tarik beg kosong dia tu. Nak kejar ayah la tuh. Yang ayahnya pulak lupa anak bujang dia tu kaki tak cukup inci lagi, laju memanjang. Errkkk......sebenarnya nak cepat takut queue kat kaunter check in panjang ekekeke. Jgn mare yer putera kayangan hamba....peaceeeeeeee no war hehehe. Tauuu takuttt....kikiki

Ish lajunye ayah ni!



 Sebab ayah dia laju sangat. Firas berkira2 nak kejar ayah dia. Tapi yg sweetnya dia sempat lagi simpan handle beg tu. Cikgu ingat dia nak tinggal je beg tu kat situ.





Dapat jugak kejar ayah ye Firas. Nasib tak ramai orang.



 ok dah sampai turn utk check in. Firas pun kalut sama tau hehehe


Ish sibuk la beg hitam ni. Firas nak letak beg firas plak ni. Cepat la gerak beg oiiii. Meh sini Firas angkat.....amboiiiii larat ker nak oiiii????



Last2 dia decide nak letak jer beg dia atas beg hitam tu kekekeke. Tak putus semangat. Risau benar beg kosong dia tu kena tinggal kat airport. Baru beli la katakannnn....


 OK beg, duk diam diam tauuu. Nanti kena tinggal baru tau!


 Laaa rupanya mama suh Firas pikul jer beg ni. Ingatkan nak simpan kat tempat bagasi kikikiki


 Haihhhh sempat lagi melencong masuk kedai perfume yer Firas. Coppp mama dia tak suruh pun yer. 
Dia sendiri yang pandai2 masuk kedai tu  sebab nampak dua aweksss cun..ahakss



Sebelum kita masuk dalam 'abigem' moh ler kita bergambar dulu kat tepi kolam ikan hehehe.

13 comments:

Mama Adam said...

Hhahahah... dah agak dah! School bag! Comel je tarik

Aisy Nasiha said...

haha..comellah firas dengan beg tariknya ni...

nea lopah said...

Hamboi..dh mcm org dewasa yer. comel firas!

Kakzakie said...

Dah tak toleh kanan-kiri dah Firas bila mengheret beg dia..

umi alya said...

amboi2.. kemain lagi 2 beranak ni berposing

Kuazue Mohd said...

tu dier....ada vocab baru...
firas dgn abigem = kapal terbang..hazim plak time kecik..lori tarik keta rosak tu = lori kelalan...jenuh ajar tow truck..dia nak loli kelalan juger...nasib kamu lah nak..janji paham sudah..tak gitu cekgu???!!

Si Matatajam said...

Amboi Firas bergaya sungguh dia ngan beg tarik tu...dah mcm org dewasa M tengok gelagat Firas tu

mamawana said...

Assalam,

Comelnyer dia bersusah payah menarik beg itu hingga berjaya.

Shamsiah Abdul Rahman said...

Cute.. tapi tang ABIGEM tu yg the cutest..

QasehnyaRania said...

hye cikmanis..mmg manis orangnya :)

* ye ke.. ke mana pula rempah tu pergi ye..

izan mama mia said...

slmt kembali ke malaysia..hihi..amboih firas,..beg besaq dr tuan nih

nurbijen said...

saya pun turut terhibur dengan telatah Firas... berbaloi beli beg baru :)
Berapa lama Anis balik tu? baiki rumah tu slow2 :)

MaMa Rey said...

hehehe..Firas comelnya..comel tengok dia angkat beg tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...