Followers

Thursday, May 23, 2013

Bila Firas Berkata-kata.

Assalamualaikum.


Kejap tadi melayan si kecik ni tengok view kat luar hotel. Banyak pulak celoteh dia petang ni. Sekarang firas dah boleh buat ayat guna 3 perkataan. Tapi ada pelat skit skit la.

Firas : ma! ma! tu asjid (masjid)

Mama : mana?

Firas : Tuuuuu (tunjuk sambil mulut pun muncung sedepa hehe)

Mama : Masjid tu apa?

Firas : Asjid nak mayang Awooh Kebak (masjid nak semayang Allahuakbar, dia nak cakap tempat sembahyang la tu hehe)



 Cantikkan masjid ni...


Lepas tu, cikgu ajak main gomol2 atas katil. Bila cikgu buat2 takut, bleh plak dia kata " auuuu akuuuttt !" (tahu takut!) Hihihi pandai copy paste ayat mama sekarang ni yer. Haippp!!

Firas suka sangat tengok citer Misiku Kuza kat Astro Ria. Bukan nak tengok cerita sangat pun sebenarnya, dia suka dengar lagu tu. Kalau tengah menyusu pun dia bleh berenti. Habis lagu sambung menyusu balik ish ish ish. Ada sekali tu, tengah dia duk ralit tengok cerita Misiku Kuza tu tetiba firas menyampuk " Apa?!!" Dia pun sibuk nak berlakon jugak hehe.

Kalau time cikgu duk kalut kat dapur tiba2 ada benda jatuh ke lantai. Dia pun kalut la mai tengok dengan muka kerut2 dia kata "ishhhh owoohh abis la". Haii macam macam la ini budak kicik hehehe.


Yang paling syiok kalau dia berlakon telefon kat jiran dia kat malaysia nun.
"Ello, mannn......jom main nak? Main oss (horse) kat situ" Asal pegang telefon jer, ayat tu la yg dia duk ulang. Sampai mama pun dah boleh hafal hehehehe

6 comments:

Aisy Nasiha said...

Haha.. Pandainya firas ni. Macam2 dah tahu... Naim pun sampai sekarang sebut allahkebarq kalau nak sembanhyang...

OneSimpleMother said...

hihihi... cerdik firas ni. selalu copy paste apa kita cakap kan. nanti firas balik kita pi tengok horse naa.. nak naik horse pun buleh.. :)

izan mama mia said...

bijak2 ..bijak.... banyak dah mulut dia eks..

nurbijen said...

dah makin petah yer Firas... Lepas ni tak menang mulut la mama nak melayan :)

umi alya said...

comel jer, kdg2 dek mulut anak cenggini boleh wat hati tak keruan jika perlu berpisah dengan dia biarpun seketika cuma

hainom OKje said...

Hehe...pandai dah Firas cakap yeh! Berkat mak dia berceloteh dalam blog hari2 ,...hehe
Untung Firas.....bukak mata je terus duk hotel hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...