Followers

Saturday, May 4, 2013

Tersasul La Pulak....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah cikgu dah selamat sampai kampung.
Fuhhh kat airport brunei pun ramai orang betul semalam. Aura nak mengundi makin terasa hehe.
Kami kat brunei tak leh undi pos. Mujur ler en suami ajak balik mengundi hehehe...

Kali ni kami balik naik MAS. Suka betul cikgu kalau dapat naik MAS. Flight Royal Brunei bukan tak best tapi leceh sikit. Waktu nak take off dan touch down handbag tak leh letak kat bawah seat, budak2 kecik mcm firas plak WAJIB pakai belt. Faham2 la budak keciik ni, kalau kena ikat memang tak suka sangat2. Meraung-raung ler kalau kena paksa pakai belt. Rimas tau. Kesian kat penumpang lain la bingit telinga dengar suara budak menangis. Kalau MAS tak kisah semua tu yg penting pegang anak kemas2. Tapi bagusnya flight Royal Brunei ni sebelum take off mesti baca doa dulu..... pergghhhh sejukkk ati hehehe. MAS pun patut tiru amalan yg bagus cenggini.

Semalam kemain tak sabar nak balik sampaikan telinga boleh silap dengar menu yg adik pramugara tu cakap. Adik tu bgtau ada dua menu, satu roti with sambal dan satu lagi fried noodles. Yang cikgu pi cakap, for my son, roti with sambal..... untuk cikgu sendiri cikgu nak nasi goreng..... adik n asben cikgu terkebil2 pandang muka cikgu. Mana ada nasi goreng, fried noodles tu mee goreng lah...................aduhhhhhhhhh malunyaaaa..... mmg telinga ni dah dengar pramugara tu sebut fried noodles....tapi entah macam mana otak ni pi translate nasi goreng la pulak muahahaha..... malu maluuuuuu.

masa nak touch down plak, cikgu terasa macam seat kita orang tu kat tayar kapal terbang. Terus cikgu cakap kat asben, "saya rasa kita ni duduk kat bawah tayar kapal terbang la bang"............. asben cikgu senyum pelik. "Haah kita duduk bawah tayar kapal terbangkan......... habisla kita kena lenyek pasni" koh koh kohhhhhhh................ adehhh salah cakap la pulak...... 

Haihhhh tak sabar nak balik mengundi punya pasal, mulut dengan lidah asyik tersyasyul jekkk..... Harap2 esok jangan la jari tersyasyul pangkah yg sepatutnyaa.................. ho ho ho hooooo. SELAMAT MENGUNDI !!!

14 comments:

umi alya said...

Selamat Mengundi..

bestnya kelik kg..

Mama Adam said...

Ye... jgn jari tersasul! Selamat mengundi

Tuan Juhaida said...

happy voting,anis! jangan tersasul nak pangkah gi tanda 'tick' dah hehe.bila balik brunei smula?

Aisy Nasiha said...

Lucu la cikgu ni. Sekali sekala tersasul mcm ni bila dikenang semula boleh gelak sakan.. Semangat tul cikgu nak balik kg demi menunaikan tgjawab ni...

nurbijen said...

hehehe, lawak la anis ni....
tapi jangan tersasul pangkah tau, tilik betul2 :)

Ibu Lala said...

dah selamat dah pun. tak sabar nak tunggu lg 5 tahun

aTieYusof Family said...

Hahha..amboi cikgu sampai tersilap order menu ya...excited nak mengundi kan?.. keputusan dah ada, redha menerima...:)

Lisa Sheila said...

Hehe..asik tersasul je ye ceqgu...so dah balik brunei ke belum ni..hee... Seronok dok kg lama2 bila jarang2 balik kan.. :)

noris said...

ye x ye jgk la. rasanya kalo naik bas sokmo kata, 'kita duk bwh enjin'. padahal enjin tu bwh kita... hmmm.. masalah bahasa

izan mama mia said...

dh siap pangkah.. keputusan pun dah tau..

nea lopah said...

hahahahaha..hamboi chegu. kemana melayang nya tu..smpai tesyasyul

hainom OKje said...

Okje tak hairan sebab memang selalu sangat tersasul cenggitu hehe... kadang2 TLBD pun tanya balik.... hehe buat donno aje

intanfirdaus247 said...

adeh anis ni kelakar giler,,duk baca sambil tergelak…hehe..entry2 anis ni wat intan happy je bila bc..rasa sedih pon ilang,..hehe

LiYa HaNiF :: said...

hhahaha excited sangat nak balik ngundi tu .. sbb tu tersasul2 hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...