Followers

Showing posts with label Info Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Info Kehamilan. Show all posts

Saturday, February 2, 2013

Cara Bersalin/ Melahirkan Anak Dengan Betul

assalamualaikum.....

aritu terbaca teknik2 nak bersalin dgn betul kat blog ni http://mrsfadzlyana.blogspot.com/
rasa2 cikgu tips ni diperturunkan oleh seorang doktor. sajala share kat sini kot2 ada kwn2 or sape nak bersalin anak sulong ke....yg xberanak sulong pun elok gak baca....nanti bleh tau btul ke tak cara yg duk buat selama ni.......hihihi......cikgu xedit pun ayat doktor ni.....silajgn tersentap bila baca tips ni yer hihi


1.Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit kelengkang tu ha
macam mana baby nak keluar? Geram betul kalau patient buat begitu.


2.Tangan pegang erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran supaya at the 
same time membuka kelengkang anda.
Meneran bila perut tengah tegang / sakit. Bila tak sakit tak payah meneran, tak guna.


3.Sebelum meneran, tarik nafas panjangggggg sekali, dengan mulut tertutup.


4.Apabila menerat, angkat kepala, letakkan dagu di atas dada, mata terbuka 
dan memandang perut sendiri. Yelah takkan nak pandang perut misi kat sebelah pula?


5.Meneran seperti ingin berak? Bayangkan kau dah sembelit seminggu 
tak berak, bagaimana?


6.Jangan menjerit-jerit. Memekak sahaja. Korang sembelit nak terberak 
menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan? Buat hilang tenaga je kalau menjerit.


7.Jangan angkat pungung, badan menggeliat sana geliat sini. Buat penat je nanti.


8.Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak terkeluar (terasa panas dan terbakar di 
tempat sulit kita), teruskan meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran
terlalu kuat. Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.


9.Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi pada tek-tek 
korang supaya baby kenal puting mak dia sendiri. Tapi kalau misi/doktor bawa lari 
baby korang selepas melahirkan, itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu. 
Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi korang balik.


10.Jangan nak kissing-kissing hubby lepas nak bersalin. Balik rumah boleh buat. 
Annoying betul, aku nak menjahit tut-tut yang dah terkoyak itu pun tak senang...

Monday, January 14, 2013

Cara Menentukan Kesuburan Wanita Untuk Hamil dan Merancang Keluarga



Lendir Serviks Penanda Kesuburan Wanita


Check waktu subur adalah cara paling mudah dan tak perlu apa2 kos perbelanjaan bahkan kita boleh check sendiri. Tak payah susah2 nak jumpa doktor. Kalau kita tahu cara nak check kesuburan dengan betul, mungkin peluang utk hamil tu cerah. Selain tu ia juga berguna utk sesiapa yang nak merancang keluarga tanpa ambik sebarang ubat. Ni cikgu nak share apayg ditulis oleh Dr.Zubaidi............

 Kata Dr. Zubaidi sebelum membuat analisa sendiri, seseorang wanita haruslah membasuh tangannya dahulu untuk mengelakkan jangkitan kuman. Lendiran cervical mucus ini biasanya mudah didapati dalam keadaan mencangkung.

1.Masukkan jari telunjuk ke dalam vagina sehingga merasakan sesuatu yang agak pejal. Itu adalah pangkal rahem (cervix). Putarkan jari di situ dan keluarkan jari bersama dengan lendiran.

2. Lendiran itu perlu dipegang dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. Kemudian renggangkan kedua-duanya untuk menganalisa kepekatannya.

3. Jika terdapat kekeringan di bahagian kemaluan (vulva) dan hanya sedikit lendiran mucus, jangan paksa diri untuk terus melakukannya. Ini boleh mencederakan vagina.

4. Tidak perlu menggunakan bahan pelincir seperti KY Jelly untuk tujuan ini kerana ia akan mengelirukan keputusan. Kekeringan ini bermakna seseorang itu belum lagi mengalami ovulasi. Maka kemungkinan untuk hamil adalah rendah.

5. Jika lendiran cervical mucus itu agak kental dan pekat, berwarna putih atau warna krim, ini bermakna seseorang wanita itu menghampiri waktu ovulasi. Jika direnggangkan antara kedua jari , ianya mudah putus. Kemungkinan untuk hamil adalah rendah, namun semakin lama semakin banyak kuantiti lendir dan lendirannya akan bertambah pekat dan jernih.

6. Jadi jika lendiran cervical mucus itu telah berubah menjadi warna jernih, licin dan mudah direnggangkan, ini bermakna wanita itu mengalami ovulasi. Ramai wanita yang menggambarkan lendiran cervical mucus ini sebagai warna ‘putih telur’.
Ketika ini, lendiran itu boleh direnggangkan antara jari telunjuk dan ibu jari sebanyak beberapa sentimeter sebelum ianya putus. Jumlah kuantiti lendiran itu digambarkan sebagai paling banyak apabila seseorang wanita terpaksa menukarkan pantyliner beberapa kali dalam sehari.Inilah masa di mana peluang untuk hamil adalah amat tinggi. Keadaan lendiran sebegini sesuai untuk sperma hidup sehingga 72 jam.

7. Walau bagaimanapun analisa ini haruslah dilakukan ketika di awal pagi kerana lendiran cervical mucus menjadi bertambah banyak berbanding dari waktu-waktu lain.

8.Jangan lakukan analisa ini selepas melakukan jima bersama suami. Ini kerana lendiran sperma masih berada di dalam vagina isteri untuk beberapa hari. Maka keputusan mungkin mengelirukan, sama ada ianya lendiran cervical mucus atau lendiran sperma.

9. Analisa ini juga mengelirukan dan tidak memberikan analisa yang baik jika ada jangkitan kuman pada vagina, atau wanita itu memakan beberapa ubatan moden dan herba atau wanita itu mengamalkan ubat (pil atau suntikan) perancang keluarga. Ini semua akan mengubah kepekatan lendiran cervical mucus itu.

Jika terdapat masalah untuk mendapatkan lendiran cervical mucus itu, silalah berjumpa dengan doktor untuk berbincang mengenai cara yang lain bagi menentukan kesuburan. Namun begitu ia dapat dibantu dengan mengamalkan ekstrak Kacip Fatimah 30mg sehari, selama beberapa bulan.

Wallahu a’lam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...