Followers

Monday, June 17, 2013

Cikgu Anis dan a,b,c

Assalamualaikum

Hari ni cikgu saja nak uji murid2 3 cempaka. Alaa nak uji a,b,c jer pun hihi. Kelas ni ada yang sindrom down dan autisme. Tapi diaorang ni semuanya boleh bercakap. Legaaa sangat sebab cikgu tak perlu nak syiok sendiri cakap sorang2 macam kelas 1 yg memang sunyi sepi.

Topik hari ni sebenarnya cikgu nak ajar tentang greetings. Tapi sebab masih lagi dalam proses nak kenal kelemahan dan masalah murid2 cikgu. Cikgu ajak diaorang nyanyi lagu a,b,c....... wahhh pandai diaorang nyanyi. Siap goyang2 badan lagi. Tapi susunan memang lintang pukang la hehehe. Ada la sorang dua yg nyanyi dengan betul.

Sampai bab menulis pulak, cikgu tanya, siapa pandai tulis huruf 'a'? Semua angkat tangan dan tak sabar2 nak tulis kat whiteboard. Cikgu pilih sorang murid sindrom. Bersungguh benor nak tulis kat whiteboard. Cikgu pun tak sabar nak tengok dia tulis 'a'. Dengan penuh bergaya dia amik marker cikgu dan tulis. Sekali  dia tulis huruf 't' daaaaaaaaaaaa hehehe. Bila cikgu tanya huruf apa tu. Dengan penuh yakin dia jawab, ini huruf 'a' cikgu.......... hohohoho.............

Sudahnya sorang pun tak berjaya tulis huruf 'a'.....hehehe kalau la cikgu dapat amik gambo hasil tulisan huruf 'a' tu tentu lagi syiok. Geli hati cikgu tengok rupa 'a' yg tak der langsung rupa 'a' hehehe . Sudahnya cikgu tak jadi ajar greetings. Untuk 30 minit tu cikgu ajar jer mengecam dan menulis huruf 'a'. Sebelum tamat kelas, cikgu try test, cikgu tulis huruf 'a' dan 'b' pastu suruh diaorang cari mana huruf 'a'. Sekali diaorang tunjuk huruf 'b' la pulak. Haduihhhh tepuk dahi ler cikgu huhuhu. Tak per tak per...esok masih ada. Esok kita ganyang 'a' cukup2 sampai anak2 cikgu kenal huruf 'a' yer...hehehe

11 comments:

RedRose said...

well...cabaran tu as a teacher. dat is why la martabat guru sgt tinggi walau didalam Islam sekalipun. jasa dan pengorbanan hampir kepada jasa seorang ibu. sis sgt bertuah! :) be proud of yourself teacher!

nurbijen said...

besarnya cabaran cikgu anis... caiyok2, teruskan usaha anda :)

hainom OKje said...

Ceqgu..... apa kabo?.... Lama tak dengar cerita...rindu tau!
Macam-macam cerita yeh Cikgu mengajar kanak istimewa ni...
Yang penting Ceqgu seronok mengajar.... hehe

Tuan Juhaida said...

Ooo mcm tu.wah mmg kena byk sabar nicikgunya hihi

MaMa Rey said...

hehe..budak2 semanagt nak belajar kan..

ieda immi said...

kekek x per slow2 .. ;)

Jemarisuri said...

sgt mulia tugas awak..
sabar melayan kerenah mereka semoga usaha awak berjaya nanti...insyaallah

adianiez AIDA said...

menduga nyer keje ye. nak ajar anak2 murid utk pandai. besar pahala cikgu anis :-)
lenkali amik gambo, bleh share dgn kitorang yg bukan cikgu ni :-)

umi alya said...

blum komen lagi ye..

BUNDA a.k.a KN said...

salam dari bunda

QasehnyaRania said...

dugaaan :)
masak apa hari ni utk berbuka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...