Followers

Thursday, June 6, 2013

Nak Mengadu...Sob sob sob

Assalamualaikum

Sejak menetap kat malaysia, rasanya ni kali kedua cikgu post entry baru.
Memang page views merudum giler2 sbb entry baru yillekkkk dan faktor utama ialah xsempat nak blogwalking.
Mintak maaf sgt2, bukan dah lupa kat kawan2, tp cikgu memang xsempat.
Terima kasih kepada yg masih sudi mjenguk. Bila dah reda nanti, insyaallah cikgu terjah balik blog korang yer.

Putera kayangan cikgu dah balik semula ke brunei.
Skrg cikgu terpaks urus firas  dan pack brg utk renovate rumah sorang2.
Penat dan tido pun tak cukup.

Alhamdulillah, siang tadi tido terlebih dari cukup.
Firas pun dah makin kurang nangis kat nursery. Cumanya lepas balik nursery, firas meragam sampai la waktu nak tido.
Dia memang tido awal skrg ni. Kalau dah pukul 10 xtido lagi, mmg acara tangisan syahdu dan amukan super hebat  berlaku dgn jayanya.
Huhuhu....penat mama, firas. Sedih pun ada. Anak mengamuk, mak pulak terjerit2 mcm mak lampir.
Tu belum kisah si imam kecik mengamuk dan mengada2. Memang kena sengat ketam la betis yg comel tu.
Huhuhu kesian, tp mama mmg penat sgt2 dgn stres duk pk sekolah baru mama yg jauh, traffic jam dan lampu isyarat yg byk giler.
Nangessss huhu. Biasa ler, mama kamu ni mmg manje orangnya.
Nak nak ayah kamu jauh beribu batu, lagi ler menganggu emosi huhu.

Siang tadi firas mengamuk dlm kete. Masa tu nak pi beli sos tomato.
Serba tak kena, menangis sampai tarik2 baju cikgu. Dah la time tu kat roundabout.  Nampak gayanya kena beli car seat lah. Biar ler dia meraung kat dlm car seat asal tak ganggu cikgu driving. Bahaya woooo. Dup dap dup dap jer tadi.
Cikgu ni duk berdebar2 lagi ttg nak start keja ari senin ni. Risau takut lambat sampai ke sekolah. Risau nak berdepan guru besar , risau firas mengamuk pagi2 nak ke nursery.....tuhan saja yg tahu betapa bercelarunya dan kusutnya dlm kepala ni.
Nak nak tengok firas skrg ni balik nursery jer kuat menangis dan mngamuk. Emosi cikgu jadi tambah terusik...huhu..

Doakan allah permudahkan segala urusan cikgu yer. CIK MAS , KAK TINI UMMI ALYA......cikgu rasa nak tumpang bahu kejap...nak nanges huwaaaaaa

16 comments:

umi alya said...

boleh jer cikgu..

akak faham, tak boleh salahkan firas sepenuhnya sebab 2 tahun bersama si ibu tanpa sedetikpun berpisah, tiba2 kena dok nursery, pastinya hati akan memberontak, firas perlukan perhatian lebih, byk bersabarnya melayan kerenahnya.

nak camnerkan, ibarat baru nak mula kerja (hakikatnya selama ni cuma bercuti jer 2 tahun), kena pulak bertukar sekolah baru, pastinya hatipun dup dap dup dap, in shaa allah, Dia akan memudahkan urusan hambanya, aamiin...

Mama Adam said...

insya allah di permudahkan.
firaz x biasa lagi tu.... angin berubah. lagipun, mungkin rindu pada ayah yang jauh...

Chekgu Azrine said...

Sabar ye cikgu anis..semoga Allah permudahkan urusan cikgu..aamiin..

Ibu Lala said...

alah ciannye. sabar ye...kalau sy pun x larat nak packing brg sorang2.

hainom OKje said...

ohhh dah pindah sini yeh ceqgu... dapat sekolah mana?
Duk rumah shah Alam ke cari rumah sewa dulu?
Alahai mmg le tak best kalau laki jauh....
Nah ambik bahu okje sebelah ni nangislah situ sepuas-puasnya

Jemarisuri said...

semoga dipermudahkan..
dh pindah ke?

MulutPayau said...

sabar ya Anis..
Semoga Allah permudahkan segala urusan Anis..

intanfirdaus247 said...

Anis, sabar ye anis..sedih pulak intan baca entry ni walaupun masih ada kelakar ayat2 anis ...semoga segalanya dipermudahkan..sekolah mana anis kena ngajar?

misz sheyla said...

sabar la...terkejut jugak bc menetap kat Malaysia...ingatkan orang mana, rupanya brunei...welkam to Malaysia... sabar ye ceqgu...semoga Allah permudahkan jalan untuk ceqgu...

Tuan Juhaida said...

sabar ya anis. insha allah semuanya akan okey dan keadaan akan jadi makin baik...dugaan gini buat kita jadi lebih kuat dan lebih dekat pada Allah .kalau selama ni kita rasa bergantung pada sesama manusia, now masanya kita ubah keadaan itu...hanya Allah sebaik2 tempat mengadu, bergantung dan berharap...

firas..anak yang bijak,,,dia akan sesuaikan diri dengan cepat dan memahami jiwa mamanya

ibusweet said...

sabar la ceqgu,budak2 memang tau kalau mak ayah dia da problem..time tu jugak laa diorg nk meragam...tapi,time kecik2 la moment diorg ngan kiter...bila anak2 dah besar xdpt nk rase dah camni...walaupun diorg meragam,tapi seronok per...last2 mesti kiter kan terhibur gak nagn telatah diorg...sabor jerlah..

NoEn said...

dah pindah sini ya...bagus2...mmg perlu car seat untuk toddler..bahaya la kalau dia tarik2 kita tgh drive camtu...

hainom OKje said...

ceqgu.....ohhh... ceqgu.... ok ka??

hainom OKje said...

mai sini....duk ingat ceqgu hari hari ni...

Ummi Iman said...

Semoga Allah permudahkan urusan. Inshaallah lama2 Firas faham. Mungkin dia merajuk. Dah la ayah jauh, mama dia pula hantar Firas Nursery. Terasa mcm tak disayangi agaknya. Sebab tu lah saya masih tak sampai hati nak bekerja tinggalkan Iman. Sabar Ceqgu dan Firas ya. Isteri kena tinggal suami ni, mmg kena kuat.

QasehnyaRania said...

as-salam cik manis.
blk malaysia,jem mmg tak menahan kan.

sabar yer cikmanis.in shaa ALLAh ALLAH maha mengetahui.
ujian ni..

cikmanis kuat kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...