Followers

Monday, June 17, 2013

Pengalaman Mengajar Setelah Lama Tak Keja

Assalamualaikum...


Lama sungguh cikgu tak membelai laptop buruk ni. Masuk hari ni kiranya dah tiga minggu cikgu kat malaysia. Masih lagi dalam keadaan menyesuaikan diri tanpa suami di sisi huhuhu. Alhamdulillah stress berpisah sementara dengan Firas dah ok. Kadang2 tu kesian jugak dah dekat nak malam baru mamanya sempat nak amik dia kat nursery. Dah sampai rumah, terus nak masuk bilik. Apa lagi, nak isi tangki perut lerrr hohoho. Maklum ler dah separuh hari tak menyusu.

Dua tiga hari jugak lah firas nanges2 bila cikgu tinggalkan kat nursery. 6.20pg cikgu dah start enjin kete hantar firas ke rumah owner nursery. Awal2 hari tu, berendam air mata jugaklah si omaknya, kesian dekat si imam muda tu. hari duk gelap gulita lagi, mama dah hantar dia ke rumah orang. Mujur ler lepas umpan dengan kasut angry bird kaler kuning, firas dah tak meragam pagi2. Bila cikgu tanya kawan2 firas nama apa, dia jawab luqman, abam, kakak, baby hehehe. Itu jer ler yang dia duk ulang hari2.

Alhamdulillah la jugak, hari demi hari, cikgu rasa seronok dapat kawan2 baru. Ni ler pestaim cikgu dapat sekolah yang murid kurang upayanya seramai 100++. Sebelum ni paling ramai pun 30 orang jer. Kawan2 kat sekolah baru ni pun jenis ceria2. So cikgu cepat la menyesuaikan diri. 

Kat sini cikgu mengajar matapelajaran bahasa inggeris. Hamikkkkk kauu, udah ler bahasa inggeris cikgu anis ala2 jerman mari, tergaru2 nak karang lesson plan. Apa tah lagi nak ngomong bahasa omputih dalam kelas huhuhu. Nasib ler utk kelas pendidikan khas ni dibenarkan 40% jer penggunaan bahasa inggeris. Itu pun bila cikgu try2 speaking, ada murid cakap, kenapa cikgu cakap bahasa inggeris ni. Tak pahamlah hahahaha.....Dan dan tu jugak pi kedai buku cari bahan ngaja tau. Tak pernah seumur hidup ngajar bahasa omputih ni. Belasah ajer lah. Ajar pulak budak2 yang agak teruk. Hari pertama mengajar cikgu puasa. Masuk jer kelas, cikgu sorang jer bercakap. cikgu soal, cikgu jugak yang jawab. Sebabnya murid2 cikgu memang jenis yg ada masalah pertuturan. Jadi cikgu panggil kelas cikgu tu kelas syiok sendiri hohoho. Memang kering tekak dan sangat lah penat. Balik rumah tak daya nak panjat tangga. Kalau boleh rasa nak bubuh lif jer hohoho. 

Masuk kelas yang ada masalah cerebral palsy (CP) baru la cikgu rasa ceria sikit. Walau pun kaki tangan bermasalah, mulut boleh gak berkomunikasi. Tak der la cikgu nak syiok sendiri lagi. Serius cakap dah masuk minggu kedua persekolahan pun cikgu masih rasa kekok nak ngajar. Maklum la dua tahun tak ngajar. Rasa nak berenti keja pun  duk ada lagi ni hahahahhaa.... Hurmm, masuk kelas CP ni, cikgu perkenalkan diri. Berbuih mulut cikgu duk ulang nama cikgu , Cikgu Anis. Tapi bila cikgu soal balik apa nama cikgu, boleh pulak diaorang jawab cikgu shahrul............aiiiiiiii rasa2nya cikgu anis pakai tudung, tak der misai atau janggut. Macam mana pulak boleh jadi cikgu shahrul....... hohoho.

itu ler serba sedikit pengalaman pertama cikgu jejak kaki kat sekolah baru. Sekarang ni tak dapat ler cikgu nak aktif mengarang sebabnya 10 malam dah nak tido. Tapikan sebelum pejam mata tu, amik masa 30 minit layan candy crush keh keh keh. Agak2 rasa macam dah nak baling tab tu ke dinding sebab tak menang2, baru ler mata lena dibuai mimpi hohoho.

7 comments:

umi alya said...

lamanya adik ahkak menyepi, windu tau...

dasat woo, ngajar omputeh lg, chaiyokkkkkkkkkk...

Chekgu Azrine said...

Kesiannya cikgu..gitula tugas gurukan..xbnti bercakap.bila brckp bdk tgok je n dgr.blm tentu faham.klu xfhm pun xdnya dia nk tnya

Aisy Nasiha said...

hai, dapat sekolah mana tu?

besar jasa cikgu kerja dgn anak anak istimewa, tak semua orang ada peluang tu, janganla berhenti keje...kuatkan semangat ye...tak alam lagi makin menyesuaikan diri di tempat barulah tu...

pasal firas pun, nanti dia akan makin mengenal kawan baru dia dan mula happy, jangan risau la.. Naim dan Nazif yg memang duduk taska lama pun kalau dihantar mmg merengek je, mgada ngada dgn mama.....

QasehnyaRania said...

tak cik manis.u can do it.
kelas syok sendiri pon ok gak la kan. janji cik manis cuba buat yg terbaik ;)

jaga diri tau cikmanis :)

good nyte

hainom OKje said...

Wah baguslah kalau dah dapat menyesuaikan diri tanpa putera kayangan disisi... Skype jelah ceqgu....hehe
Eh? bukan ke ceqgu dah biasa layan sorang2 depan lappy...tu kira okaylah tu haha

Tuan Juhaida said...

Wah...lama dah menyepi..rindu nak bc celoteh anis lg...mmg dugaan besar mengajar tempat br. ..bagus2 dah makin sesuaikan diri

QasehnyaRania said...

good luck akak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...