Followers

Wednesday, April 24, 2013

Firas Hafal Surah Al Fatihah dan Doa Makan

Assalamualaikum

Hari ni cikgu nak citer tentang perkembangan anak soleh cikgu yg sorang tu. Dialah madu, dialah gula hehehe. Sejak umur dua tahun ni, mulut dia makin tak reti duk diam. Tapi kalau dengan orang yg jarang2 dia jumpa, amik masa sikit la nak pot pet pot pet. Ala pot pet pot pet pun guna ayat dia la. Kadang paham kadang tak paham apo ko bondo yg dia cakap. Cumanya sekarang ni dah pandai la buat ayat pendek, selalunya dua perkataan la....

Sebelum ni cikgu selalu duk baca al fatihah kuat2 kat firas. Nak tidorkan pun baca, sambil susukan pun kekadang baca. So hari tu cikgu saja la baca dan mintak firas sambung hujung bacaan ayat. Sekali dia boleh sambung. Contohnya "Alhamdulillahi rabbil......." Firas akan sambung "a'laminnn..." Mama dia happy tahap nak terloncat2 gitu hehehe. Padahal anak orang lain ada yg boleh hafal pun keseluruhan surah al fatihah. Firas baru bleh sambung sikit2 pun cikgu dah terkinje kinje kannn.....overrrr gitu kikiki

Bila dah tahu dia rupanya mendengar dan cuba ingat apa yg mama dia bacakan. Cikgu cuba pulak ajarkan doa makan. Sebelum makan dan isap susu, cikgu mesti mintak firas ikut cikgu baca doa tu sepatah2. Comelllll la sangat dengar dia sebut. Ada yg betul, ada yg tergeliat lidah dia nak sebut hehe. sekarang ni dia dah ingat sikit2 doa tu terutamanya tang "fima rozaqtana"......sukeeeeeeeee tau. Harap cepat la firas ingat surah al fatihah. Mesti cutekan dengar suara budak2 kecik baca hehehe.

11 comments:

rostina76 said...

Alhamdulilah!!!!!!bijak Firas. of course sbg ibu kita teruja dgn pkembangan anak2 kita kan. toksah dok compare dgn anak org lain sgt sbb setiap anak2 itu ada keistimewaan tersendiri. kros pun dulu2 suka dok compare2 antara 3 beradik ni (of course yg tua jd rujukan kan) tapi setiap mereka ada pro & con masing2. semoga anak2 kita semua berjaya dunia & akhirat.amin3x Ya Rabb!!!

Ummu Muhammad said...

tahniah abang hensem firas!!! cepat2 hafal Quran tau!!

Kuazue Mohd said...

haa good luck.cikgu...masa kecik2 la ajaq senang ingat..dah tua kalu..mmm mcm kita la ..

Ratu Hatiku said...

hihihi...comelnya... bdk2 besar tu mmg cpt igt apa yg kita ajar...

KY said...

Alhamdulillah....anak2 kecil ni kalau diajar memang cepat dapat..

hainom OKje said...

Wah ni memang confirm imam muda ni bila besaq nanti hehe.... tapikan ceqgu budak2 mmg bijak dan cepat kalau kita rajin ngajonya....teruskan usaha tu

Ummi Iman said...

Alhamdulillah. Terang hati. Tumpang gembira dengar.

intanfirdaus247 said...

Alhamdulillah..syukur pada Allah....Moga Firas menjadi anak yang soleh

Kesuma Angsana said...

baguslah kalu dah dididik awal2

Tuan Juhaida said...

alhamdulillah,bagus firas.!danish pun dah hafal alfatihah n surah2 pendek serta doa harian.kanak2mmg terang hati n perlu dididik seawal mungkin. malah learning itu sendiri bermula sejak janin berada dlm kandungan ibunya lgkan

nurbijen said...

Alhamdulillah, mudah dia ingat.... mmg budak2 cepat ingat, kalau selalu ransang, lagi la bagus :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...