Followers

Wednesday, April 17, 2013

Cikgu dan Firas Sekapal Dengan Artis

Assalamualaikum....

yuhuuuuu....  cikgu dah slamat pijak kaki kat bumi brunei senin lepas. Bertolak dari kelate 13hb pastu meneman putera kayangan meeting kat Kota Damansara.

Actually cikgu nak citer tentang peristiwa dalam flight Air Asia KB - KL aritu. Alkisahnya cikgu terlambat smpai kat airport. Elok sampai jer, kat kaunter check in dah tak der orang. Panik! panik! berdezup cikgu jalan ala2 nak berlari ke ofis AirAsia. Xmo la lari2kan, tak cun! Ahakss. Dah la bawak beg besar. Sampai kat ofis Air Asia, sorang staf pun xder, pastu siap dah letak papan counter closed.....alahaiiii panik ganda dua. cikgu ketuk2 kaunter AirAsia sambil bg salam kuat2. Keluar ler sorang staf lelaki.

lepas cikgu pong pang pong pang, dia mintak ic......pastu kena denda RM20 huwaaaaaa. Cikgu tanya la cam ne dengan beg saiz separa gergasi ni........ dia kata kena bawak naik atas.....hahhhh!!! Biar bonar, akak nak kena bawak budak kecik dlm stroller, pastu pikul beg sendiri dan beg firas lagi dan nak kena heret jugak beg besar dan berat tu dik???.... oppssss coppp, utk pengetahuan semua, airport KB xder lif utk ke tempat Departure. Mujur ler ada eskulator, tapi tetap payahla cikgu nak heret stroller dengan beg besar tu.

Ayah cikgu bagi cadangan, lepas pemeriksaan imigresen tu cikgu pi bawak naik dulu beg tu. Pastu turun semula amik firas. Erkkk macam tak boleh jer, tapi try la jugak. Sempat la tanya pegawai imigresen tu, dia tak kata boleh ke tak, cuma dia cakap tak pe2 saya bantu puan. Ingatkan bantu tengokan Firas. Cadangnya lepas letak beg, salam2 dgn mak ayah, amik firas n terus la lalu bawah gerbang sekuriti tu. Sekali bila cikgu dah masuk, pegawai tu tarik stroller firas dari ayah cikgu. Huwaaaaaaa maknanya cikgu dah tak leh keluar la. Tak sempat nak salam2 n peluk cium. Sedih tauuu! Mujur sempat lambai2. Firas pun tak sempat nak bye bye Wafa. Tragis sungguh. Cuma hati lega sebab pegawai tu tlg bawak firas dan cikgu bawak beg. Settle problem.

Flight malam tu macam penuh jer. Orang lain pakat beratur, cikgu lepak jer kat tepi2. Rasa terkilan tu menebal sungguh. Pastu terpk pulak, eh cam no nak angkat beg ni, bleh tahan berat. Pastu cikgu plan memang lepas touch down, nak amik beg kat tempat bagasi. Pepaham ler, air asia ni kekadang park jauh. Letih woo nak menapak. Tu pasal rela bawak stroller. Mujur ler stewardess tlg settlekan masalah. Lega, Allah hantarkan bantuan utk orang beranak kecik ni hehehe.Maknanya kena beranak lg la ni sbb firas dah makin membesar...opppsss iklan jap kikiki

Dah masuk flight, ehhh ada cik adik pulak duduk kat seat cikgu n firas. Pastu tetiba mamat yg duk kat baris seat cikgu tu bangun dengan penuh sopan nak bg laluan. Seat yg kosong hanya seat tgh. cikgu cam pelik, eh sepatutnya ada dua seat kosong. apa sudah jadi.  tengok muka cikgu cam orang tertelan botol budu gamaknya, mamat ni tanya no seat cikgu, siap mintak nak tengok tiket lagi, senyummmm memanjang. ishhh....  ada gaya pramugara lah. . sah sah dia ni pramugara yg tgh bercuti pikir cikgu. Tapi apa hal pulak budak pompuan tu tak berganjak.  Ehhhh ke awek mamat ni. saja la tu nak suruh cikgu tukar tempat sebab nak duk sekali hohoho. Rupa2nya tekaan melecet sama sekali. Depa saling tak kenal pun. Memandangkan budak pompuan tu xnak berganjak, cikgu relakan ajer tukar tempat. Lagi pun seat yg baru ni cikgu share dengan pompuan, senang skit nak menyusukan firas.

Lepas cikgu duduk. Masuk ler sorang mamat lain pulak, muka ala2 kacukan arab/ india. Macam pernah kulihat. Tapi di mana yahhh? hurmm....Dia mcm terkejut cikgu duduk situ. Pastu tetiba mamat sopan tu bgtau akak tu tukar tempat. Ohhh no problem kata mamat kacukan tu. Waktu dia pusingkan badan, nampak la nama yg tertulis kat jersi yg dia pakai. KIERAN..... hahhh, Kieran DJ tu ker ?? kui kui kuii.... padan la macam kenal. cikgu pun mula la bergosip gosip dengan adik yg duk sebelah tu. Rupa2nya mamat yg sopan santun dengan senyuman tu retis jugakk, namanya Awi Rafael...... 
maap ler cikgu tak berapa nak kenal retis2 baru ni dik Awi. Dah tua2 ni, tak layan sangat dunia hiburan ( yer kerrrrr?kikiki).  Kata adik tu, ramai lagi geng2 retis kat belakang nun. Masa duk beratur nak keluar dari flight, sempat la cikgu nampak Fizo Omar. Dah dekat nak kosong, baru cikgu leh keluar. Sebabnya stewardess tu terpaksa bagi laluan orang keluar dulu baru bleh tlg turun kan beg cikgu. Bukan saja2 nak tunggu tengok retis tauuuu ( hehe ayat cover line kah?) Tak per lah, kurang2 bleh nak eksyen ngan kak kak jemah cikgu naik kapal terbang dengan retis muahahaha.....erkk ok , fine! xder sape nak jeles ponnnn kan kan kan hohoho. 


26 comments:

yan's cottage said...

amboi bukan main lagi cikgu kita nie ye...naik kapalterbang dengan artis2 macho gitu he heeee....

Kesuma Angsana said...

amboi jumpa retis2 ler pulak yer hehehe

Tuan Juhaida said...

amboi naik sekapal ngan retis lg hihihi.nasib tgh penuh brg kiri kanan kot tak dah gi bgambar ngan fizo omar la firas hihihi

umi alya said...

alaaaaaaaaaaa cikgu anis, akak tak jeles laaa... (cover line. padahal dlm ati kemain lg jelesnya, huhuhu..)

QasehnyaRania said...

wah..bestnyanya..

*dah sampai erkk..alhamdulillah ;)

nurbijen said...

amboi amboi... glamer cikgu anis kita....
saya pun tak kenal nama2 artis yg anis sebutkan tu.... hihhi, dah lama tak ambil port.... kieran tu saya kenal :)

Shamsiah Abdul Rahman said...

Ya ampunnnn..
Sapa tu?
Tak kenal la.. K.Sham ni memang jakun sikit tang artis M'sia.
Bukan sebab K.Sham x dok sana tp sebab x suka dgn attitude yg diaorg tunjuk to public.
Tho x semua.. tapi.. ermmmm..

Aisy Nasiha said...

oo...pengalaman panik nampaknya.. kalau saya tentu rasa yg sama juga.. lega ada yg sanggup permudahkan urusan cikgu..

yg bab sekapal dengan artis tu, wah bestnya....

Nurul Ain Zulkarnaind said...

wah ceqgu... best tuuu.. x mintak sign hehehe

gurau je

Mama Adam said...

Hahahaha.... mmg x jeles pun. Hihihi. Kita ni, xde herannya tgk artis. Tapi, kalo anak seronok, excited juga. Melayan budak...

Si Matatajam said...

Amboi Bestnya CeqGu..retis layan baik ja kat dia.. Penat2 pun berbaloi gitewww

CeqGu said...

yan : yg geli hatinya cikgu tak tau pun tu retis kiki

mamaAdam: betul btul...

M, nur: biasala, klau layan buruk sat gi heboh dalam pesbuk n blog pulak.... depa takut la tuuuu hehehe

kak sham: psssttt dlm ramai2 tu anis kenal kieran n fizo omar je, yg lain tu adik sebelah yg bgtau hehe....

TJ: hehe tak jugak, Fizo nampak cam kontrolll jer

Nurul : tak mintak sebab lupa bawak buku autograf kekekeke

Aisy: tu ler...risau kotnya tak sempat naik kapal jer...alhamdulillah dipermudahkan

ciksu: yup dah sampai:)

k.tini: eleh akak tu saje jer buat2 jeles hehehe

KA: kebetulannnn hehe

hainom OKje said...

Amboiiiii patut le ceria sakan....rupanya dah duk kat pangkuan putera kayangan hehe.
Tak nangis ke nk meninggalkan ayah dan bonda tercinta hari tu....
nape tak ambik gambau sekali boleh tempek kat blog hehe...

izan mama mia said...

retis ker.. samalah..akak pun tak kenal dah retis.....

hainom OKje said...

Sejak dapat duduk dipangkuan ni ...belum ada entri baru nampakkk...hehe..

~Kak Nah Backyard (^_^)~ said...

pengalaman manis tu..=)

wan nurul hezrina abd halim said...

kalau gambar jer ada tapi suruh teka nama mmg compom tak kenal siapa awi rafael.huhu

NoEn said...

amboi cikgu kemain lg ye...nk eksen juga la, kita kawan ngan abg fizo omar tuh..sekelas masa sekolah rendah...haha..dan dan kan ;p

LYAfrina said...

awi rafael ni BF hanez suraya..suka lagu dia ..sedap

MulutPayau said...

wahhh...dapat naik sekapal ngan retis ya....
p/s..kalau akak jumpa pun, konpem tak kenal dia orang..hihihi...

aTieYusof Family said...

wah! sekapal dengan artis you..hehe..
Nasi baik Firas kecik lagi klu tidak msti dah minta autograph..hehe..
Klu ikut byk jg lagu Awie Rafael yg glamer..hehe

hainom OKje said...

hallooooooo...ceqgu sonyap yo?

Fiza Rahman said...

Wah...sekapal dengan retis tu ☺☺

Ummi Iman said...

Teringat pula kisah saya masa nak balik KL dr kelate. Bawa beg besar sampai atas. Lps tu bawa turun balik. Lupa nak check in beg ;) naik ok lg, turun tu yg letih guna tangga.

Masa tu jumpa juga selebriti. Tp tak lah glamor mcm yg cikgu jumpa :)

intanfirdaus247 said...

wah wah anis ...awi rafael dgn kieran ...sekapal lagi...:))

Mia Kassim said...

Mestu lepas ni glemer sebab satu kapal dgn artis...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...