Followers

Saturday, February 16, 2013

Cara Letak Kod HTML di Entri atau Post

Assalamualaikum...

Ingat tak hari tu cikgu share cara nak Disable Right Click. Jenuh tau duk pk awat la kod HTML tu tak menjelma bila dah publish entry. Aduhh baru cikgu tahu rupanya nak tempek kod HTML kat post/ entri bukan dengan copy paste biasa2 tu. Lepas google sana sini, baru la cikgu tahu kita kena encode kan dulu kod HTML tu then baru la bleh nampak atau keluar kat post yg kita publish. Kalau tak encode dulu , kod2 tu takkan keluar atau menjelma bila korang dah publish. Haiiihhh gitu ler kalau baru nak berjinak2 dengan blog.........dapat la satu ilmu baru.

Jangan sape2 berani nak tanya lebih2 apa maksud encode tu yer hihi.....yg cikgu tahu, encode tu maknanya mengekod, decode tu tidak mengekod hehee. sama dengan menyahkod kot....err tak tahu...tak tahu....kikiki

Jom tengok cara nak tempek kod HTML kat post/entry .....

- copy kod HTML/Javascript dari mana2 blog atau sumber
- klik SINI untuk buka Encode Decode tools

- klik HTML Encoder  macam yang cikgu bulatkan tu.
- Paste kan kod HTML kat ruangan yang disediakan macam kat bawah ni.


- klik button HTML Encode
- Nanti akan keluar satu kod HTML baru yg telah di Encode kat ruangan bawah mcm dalam gambar kat atas tu.
- Copy kod HTML yg baru tu dan paste kat New Post korang.
- Try preview untuk nak tengok keluar tak kod HTML tu
- Kalau keluar, maka ucapkan lah Alhamdulillah.....menjadi la tu hehehhe

7 comments:

Mia Kassim said...

Alamak tak pahamnya aku......selalu buat pun copy code and paste...huhu

CeqGu said...

cikgu try copy paste biasa memang takkan keluar kod tu bila publish. lepas encode kan code tu baru ada. ni bukan utk copy paste yg dekat layout tu yer....ni yg macam kita nak share kod dengan kawan kat entri

zue_ra said...

Xfaham la cegqu..apr pun..good info...

CeqGu said...

zuera: tak per la tak paham hehe....sape2 yang nak paste kan kod html dengan kawan2 jer yang akan paham fungsi encode decode tools tu :)...ada sesetengah blogger suka share kod html utk upgrade blog. so utk paparkan kod html tu kena la ikut steps yg cikgu bagi tu. tak tau la kot2 ada cara yg lagi mudah.

KY said...

KY pun, tapi tak apa, nanti KY kaji balik sampai faham, thanks cikgu

intanfirdaus247 said...

intan x paham,:(

Mad Parihh said...

akhirnya jumpa jugakk . terima kasih cikgu ! !

http://www.blogparihh.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...