Followers

Friday, February 15, 2013

Meteor Jatuh di Rusia

Assalamualaikum

Pagi tadi cikgu tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O...
Katanya ada meteor atau tahi bintang jatuh dan meletup di Rusia...
Ramai gak yang cedera...ada yg kata ratusan, ada yg kata ribuan...
Kelajuan meteor tu dianggarkan 54,000 km/j......huishhh agak2 geng2 Avengers omputih tu bleh pi halang tak?

 
 
Cikgu hairan jugak macam mana bleh tak der warning apa?
Dalam cerita Armagedon (errr betul ke ejaan ni, cikgu main belasah jer) tu siap boleh kira jarak perlanggaran akan berlaku. Siap boleh pi hantar orang suh letupkan tahi bintang tu.
Awat tetiba kali ni tak dak plak warning atau pengesan yg boleh kesan benda ni akan berlaku.
Maknanya tak dak la hebat mana pun teknologi diaorang ni kan.
Tetap tak bleh nak mengatasi kekuasaan Allah yg maha Agung.

Apa pun cikgu tetap puji dengan kesungguhan orang barat yang suka kaji itu kaji ini.
Hingga banyak benda susah menjadi senang. 
Satu sifat yang makin tak ada dalam diri orang2 islam. Sepatutnya kita yang lebih ke depan nak kaji macam2.... Aihhh dah melalut ke lain plak dah hehehe. 

Huh bercakap memang senang! Tengok saja la cikgu anis tu, apa yg dah dia kaji? Balik balik duk kaji macam mana la nak dapatkan upah CPC nuffnang ni hahaha.....hak lain tarakkk keh keh keh...


Dikatakan waktu meteor meledak, sempat terjadi perubahan suhu di sekitar lokasi dari -6 darjah ke -18 darjah Celsius dan memutuskan perhubungan telekomunikasi. Gubernur Chelyabinsk, Mikhail Yurevich, menyebutkan serpihan besar batu meteor itu jatuh di danau 50 km sebelah barat dari Chelyabinsk membentuk kawah selebar 8 meter. Laporan lain ada menyebutkan serpihan juga jatuh di daerah Tyumen, Kurgan dan Sverdlovsk.

Tetiba baru teringat cikgu ada sorang kawan cyber yg keja kat Russia.....moga dia jauh dari tempat kejadian, amin.

8 comments:

Ummi Iman said...

Agak2ada tak yg jd superman lps ni ;) Just joking. Kuasa Allah tiada yg boleh tandingi kan? Jatuh di Rusia? Rusia bukan negara yg suka buat kajian soal alam semesta ke? Mungkin ada petanda dari Allah.

IntaNBerliaN said...

sy pun ada dgr psl ni kat tv pg td..

*alisha start free diapers ms umo nak msk 2 thn sebulan

NoEn said...

tengok kat berita mlm td...
Allah nak tunjuk kuasa dia kat kita semua tu..

aTieYusof Family said...

Ada tgk kat berita.. tapi tu lah kan kenapa tiada sebarang amaran awal diberikan? klu ikut kan teknologi depa canggih2.. apa pun itu semua kuasa Allah.. mgkin tak terjangkau dek akal manusia...:)

nea lopah said...

Mintak Allah lindungi kita.

umi alya said...

fuhhhhhhhhhh lajunya, berdesup..

hainom OKje said...

Alhamdulilah kita kat sini...seram jugak tu...Rusia ni lebih dgn graviti bumi ke ceqgu?...jatuh pulak kat sana?

CeqGu said...

tidak ketahuan la pulak cikgu tentang tu. tapi rasanya peringatan dari allah sama kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...