Followers

Thursday, October 6, 2011

setelah 6 bulan...

Assalamualaikum!
Tak jawab dosa...kalau jawab dapat pahala hihihi...
teringat masa kecik-kecik dulu...
tu ala-ala budak laki nak ngorat budak pompuan...
tapi pernah ustazah utarakan (cewah..perktaan skema gitu) dalam kelas tentang bab ni..
apa nak buat kalau ada orang buat macam tu...?
kata ustazah..jawab je ler dalam hati..
karang kalau jawab betul2 dikata gatal plak...

opsss...terlebih sudahhh..
arini cikgu tak nak sedih-sedih lagi..tak nak pk yang bukan-bukan lagi...
selagi tak jumpa doktor pakar dan tahu keputusan kesihatan cikgu..
cikgu nak buat dekkk je
lagi pun jauh di sudut ati ni..insyaAllah sangat yakin...cikgu sihat wal afiat...jauh dari penyakit berbahaya...
cukup2 lah nanges...dah penat nak bazirkan air mata..
kesian firas, produk susu pun menyusut bila mama terlebih emo..wal hal hujung pangkal belum tahu...
cuma satu je yg cikgu takkan berhenti ..iaitu DOA!..
cikgu akan tetap berdoa agar dikurniakan kesihatan yang berpanjangan..
dan harap kawan2 serta sanak sedara pun sentiasa doakan cikgu sihat ye...
terima kasih kepada kedua orang tua cikgu yg mintak ahli jemaah masjid buat solat hajat..
terharu rasanya...

arini cikgu nak cite tentang firas yg baru je genap 6 bulan 5 oct lepas.
sambut je besday terus kena cucuk..kesyiann dia..
ni kali pertama firas ambik suntikan imunisasi di brunei..
kat sini kena pi cucuk kat klinik kesihatan komuniti.
kalau di malaysia kita p klinik kesihatan atau klinik ibu dan anak..
sori ler tak sempat nak amik gambar kat klinik tu..maklum ler time tu emosi sangat2 terganggu...
pepaham je ler..
yg bestnya kat hospital dan klinik kerajaan brunei ni....kita tak payah risau nak dapat doktor laki ke pompuan..di brunei, kalau pesakit perempuan selalunya akan diperiksa oleh doktor perempuan.
so begitulah yg sebaliknya..

firas hampir2 nak lena waktu nak kena cucuk tu..
so tak de la dia meraung bagai..nanges skit je pastu terus tido...senang keja mama nak oii
syabbas betaaa...

walau umo dah genap 6 bulan...
firas masih lagi belum nak meniarap...tak reti ke malas ke..ntah ler
cikgu rasa lebih kepada malas dan tak yakin
nak kata tak reti ..hari tu boleh jek dia pusingkan badan dia..
of course la cikgu bantu cikit...i tolak kaki dia je..badan, dia pusing sendiri..
tu maknanya dia boleh la kan kalau dia cuba...
dah la tu nak kena umpan baru nak pusing2kan badan..
bila nak pusing2 tu , cikgu sengaja jauhkan skit alat menan tu..saja nak suh dia cuba meniarap...
tapiiii...
hurm...dia buat dekkk n terus baring buat tak tahu..
sabo je lah...

aktiviti yang dia suka buat sekarang ni..
berdiri tepi meja sambil tangan sibuk nak tarik itu ini..
last2 semuanya jatuh bersepah kat bawah meja hihi..
sape nak kemas tu??
mama la jugakkk...huhu..

satu lagi firas sangat suka main dengan kotak tisu yg saiznya
separuh dari badan firas..pastu dia suka tarik2 tisu..
dah tarik tisu..dia koyak-koyakkan plak tisu tu..
tak pe tak pe..mama tak marah
sebab apa?
sebab mama tahu anak mama belajar teknik mengoyak..
satu kemajuan tu ye ibuk ibuk bapak bapak..
tu latihan menguatkan psikomotor jari anak ye..
termasuk la aktiviti merenyuk kertas..


errr... ni bukan gambar firas ye...
sila fokus pada alat mainan tu..
ni kita panggil baby playgym..kat luar sana nun
ada macam2 jenis playgym yg dijual
yg firas punya sebijik sejibun cam dalam gambar kat atas nuu...
bagus tau benda ni..
bleh latih koordinasi kaki tangan, mata dan telinga
memula dulu firas tengok aje benda alah ni..
kuis sikit2 dengan tangan dia...
tapi sekarang ni..huyooo excited bebenor kalau
dapat main benda alah ni...
bukan takat tangan. kaki pun terkuis2 benda yg tergantung tu
Sangat la chumill tengok firas tergolek2 main playgym ni..
kekadang sampai badan berpusing 360 darjah..

sekarang ni firas mula belajar makan bubur..
cikgu just bg bubur nasi kosong yg di blend.
firas mcm tak suka jek..
so cikgu campurkan ikan bilis..
baru ler makan banyak skit..
sesape ada resepi lain utk baby bleh ler share dgn cikgu ye..

satu lagi kemahiran firas ialah mencubit dan memukul..
pukul meja,pukul laptop dan termasuklah pukul muka dan cubit lengan mama huhu
bola yg bulat tu pun firas dah boleh pegang.
mulut dia skrg pun dah makin bising.
pagi tadi bunyi baru yg dia sebut ialah 'mmmma ma ma pa pa pa'
pastu tetiba jek ayah firas kata..
err...kalau mcm tu tukar panggil papa lah hahaha..
jeles ke bang???hihi
tp mulut dia ni bisingnya waktu subuh je...kekadang kul 2,3 pg..
hadoiii tak kena waktu la nak oii

oklah itu je nak tulis..bye

5 comments:

OneSimpleMother said...

masih x ok lagi ke nenen tu anis..? hope ok2 jer xde pape la ye. luqman smpai la ni x pandai2 lg sebut ummi tau anis. byk perkataan dah boleh sebut tapi suruh sebut ummi dia pi sebut mama. kekadang tu amma la. mcm susah nau dia nk sebut ummi tu. geram tau. ayah jer ler yg disebutnya selalu. jeles tauu.. :)

syafisyifa' said...

Sakit apa kaklong

syafisyifa' said...

kaklong sakit apa?

Oyis said...

ooo 6 bulan dah firas. dah besar dah.. dah mkn solid pon. suka jg peringkat baby mcm ni, sbb bule try bg mkn mcm2. aisyah dulu suka banana lenyek. lg satu dia suka sweet potato rebus dan lenyek. nasi dan ayam sup plus kentang n lobak lenyek tu lg la biasa. seronok buat, sbb ada handheld blender kehkeh. naik sheikh blending

CeqGu said...

k.mas : alhamdulillah rasanya macam dah ok...pam susu aritu kuar darah cikit pastu dah ok...cuba ajar luqman sebut mi dulu...'u' tu susah skit baby nak sebut...

pejah: insyaAllah tak sakit apa pun...aritu kuar darah...so risau la cikit

noris: kejap je dah 6 bulan...pasni bleh ler try buat macam menu aisyah..aritu kak anis bg ubi keledek n ubi kentang lenyek...firas macam tak suka..sampai nak termuntah anak bujang tu...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...