Followers

Tuesday, May 17, 2011

Tanda2 Gangguan Makhluk Halus Pada Bayi dan Cara Merawatnya

Semalam cikgu tersangatla susah hati kerana hero kecik cikgu ni menangis tengah2 malam...tak pernah pernah la hero kecik ni menangis bagai nak rak macam ni...dua jam menangis teresak-esak...hati cikgu dah tak keruan dibuatnya..ummi dan ayah cikgu pun turut sama memujuk hero kecik yang tiba2 menangis kuat ni...semua orang panik...nak kata sakit..perut firas dah tak kembung...tak tau la kalau kalau ada sakit lain...tiba2 cikgu teringat...adakah 'sesuatu' telah mengganggu anak cikgu..??

tengahari semalam,cikgu bawak firas pi makan kat tepi pantai yang dah bertambak sebagai meraikan tamatnya tempoh pantang (merdeka! merdeka! merdeka!) dan sebagai test power bawak Firas keluar....maklum ler dah lama memerap kat rumah tiba-tiba jer mulut ni terasa nak makan seafood bergoreng kat Pantai Cahaya Bulan....tak de sikit pun niat di hati ni nak pi pantai...cuma mulut ni meronta2 nak makan seafood kat situ...Maka pergilah cikgu dengan adik2 yang balik bercuti....Firas pun ok jek...tidur sepanjang waktu cikgu duk makan...balik rumah pun ok jek...so berjaya lah untuk test power bawak Firas keluar...tapi malamnya selepas jam 12 tgh malam firas menangis tak henti2...

ni nak share tanda2 bayi diganggu makhluk halus dan rawatannya...

1.Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku pada mereka yang menangis akibat gangguan, manakala suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. 
 
2.Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang bersangatan.
Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula. 
 
3.Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.

4.Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).

5.Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.

6.Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.


CARA MERAWAT :

1. dengan membaca surah al fatihah, ayat kursi, annas dan al falaq. hembus pada ubun2 bayi sebanyak 3 kali, atau

2. bacakan azan di telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri (sekali atau tiga kali), atau

3. ayat kursi, al fatihah, al kafirun, al ikhlas, al falaq dan annas









3 comments:

Unknown said...

sy pernah lakukan surah al-fatihah tu..alhamdulillah Nur Maryam tidur nenyak sekali sampai pagi..

Ira Azeera said...

hi mummy,
sy google and terjumpa ur blog posts ni, baby saya pun pernah mengalaminya, end up suami saya azan kat die. alhamdulillah ok. sy nak share ur info ni kt my blog ye.. :)
Thanks in advance ;)

Unknown said...

Tq kongsi ilmu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...