Followers

Tuesday, January 1, 2013

Sambut Tahun Baru Di Negara Brunei

Assalamualaikum.



credit to seannyblogspotcorner.blogspot.com

Selamat tahun baru semua!
Rasa cam baru lagi sambut tahun 2012, tup tup dah masuk tahun 2013. Umur pun bertambah la lagi setahun. Psstttt !!!besday cikgu tahun ni jatuh ari sabtu kikiki. Tertengok ok hehehe.

Ok nak citer sambutan tahun baru kat sini.
Lebih kurang sama la dengan kat malaysia. Ada bunga api yg boom bang boom bang jugak. So semalam, jam 11.45 mlm kami keluar nak pi tengok bunga api. Tahun lepas tak layan pun. Sebab tahun ni tahun akhir cikgu sambut tahun baru kat sini. Teringin la pulak nak pi tengok kat Hotel Empire. Kata kawan suami,selalunya ada bunga api kat situ. Hotel Empire ni hotel paling mewah di Brunei. Mat saleh yg stay kat hotel ni pun kagum tengok hotel mewah ni. Kawasan hotel pun tersangat la luas. Ada padang golf dan 9 kolam tuuu.



-gambar ehsan google-

Elok cikgu masuk ke simpang hotel tu, kete dah berderet2 parking kat bahu jalan. Rupa2nya parking kat dalam hotel dah penuh. Makin teruja dan tak sabar bila tengok orang ramai2 nak pi tgk bunga api. Nak tak nak terpaksala jugak cari parking kat luar kawasan hotel. Jauh gak la nak kena jalan. Kerana nak tengok bunga api punya pasal, kami rela parking kat tepi highway. adoiii dah la berbukit2. Berjalan la kami 3 beranak dalam samar2 lampu jalan bersama muda-mudi brunei hehehe

Tgh duk jalan tu, terdengar la boom bang boom bang bunga api . Aiseyy sudah masuk tahun 2013 la.  Bunyi tu plak cam jauhhh jer. Tak nampak plak warna warni bunga api tu. Elok sampai kat pintu masuk kawasan hotel, cikgu tanya guard, bunga api dah habis ke? sekali guard tu kata,kat situ mana ada bunga api. Yang bunyi boom bang boom bang tadi tu rupanya kat tempat lain hohoho.

Maka kami pun tak jadi lah menapak ke kawasan hotel. Buat penat jer jalan kaki dalam gelap2 plak tu. Sudahnya cikgu ajak suami balik rumah ajer. Tido lagi sodappppp!




8 comments:

zue_ra said...

Selamat tahun baru ceqgu...:)

Umialya said...

tersenyum sendirian baca coretan ini

CeqGu said...

zue_ra : Selamat tahun baru utk zuera jugak :)

kak tini :hehehe

kurus said...

selamat tahun baru dik !

bestnya sambut tahun baru di negara orang ... pengalaman yg manis tuu ;)

CeqGu said...

kak ieda: mana ada sambut kak, tersalah tempat. rupa2nya bunga api tu main kat tempat lain huhu

Si Matatajam said...

Hepi new year Cikgu..mewahnya hotel tu

CeqGu said...

happy new year M :)

Nora Karim said...

Selamat tahun baru cikgu... moga sukses di thn 2013...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...