Followers

Saturday, January 19, 2013

Majlis Menghantar Berian di Brunei

Assalamualaikum....

Pagi ni cikgu goreng mee basah untuk breakfast. Semalam plak perabis baki kuey teow dan paste char kuey teow yang cikgu buat sendiri. 
Sape2 nak try buat char kuey teow sendiri bleh klik SINI. Tak payah susah2 nak pi beli kat kedai dah lepas ni hehehe..

Pagi semalam cikgu dapat kad undangan ke majlis menghantar berian dari jiran depan rumah.
Memula tu pelik jugak tengok nama majlis ni...........majlis menghantar berian?
majlis apakah ituuuuuuu ?????
majlis nak beri apa pulak ni ????
2 tahun cikgu duk sini, tak pernah lagi terima undangan macam ni.
kalau kenduri kawin dah pernah pergi 3 kali.


mula-mula suami cikgu pun tak tahu.
mujur la jiran tu tergerak hati nak bagitahu....
rupa-rupanya kenduri sempena majlis pertunangan.
ni la kadnya.......



siap ada tentatif program lagi....
lepas makan, rasanya pihak lelaki sekeluarga akan ke rumah pihak perempuan untuk
acara pertunangan.

Tu belum cerita bab majlis kawin lagi......... macam2 acara ada ^_^.
Seronok juga menumpang hidup di tempat orang ni, walau rambut sama hitam,tapi adat dan budaya lain2 hehe...

11 comments:

NoEn said...

ooo berian tu maknanya bertunang eh...patut la ad dalam lagu jimmy palikat tu...ku ingat ape la berian ni

CeqGu said...

cikgu pun baru tahu NoEn hehe

♥Cik Puan♥ said...

sedap nampak kew teow ituew

AtieYusof said...

ohh..lain plak nama majlis nya ya..menghantar berian.. 1st time dengar ni..:)

Ruse Sulaiman said...

Baru tau juga ;)

nurbijen said...

oooo, betunang jadi berian...
seronok kan merasa pengalaman negara orang? mcm2 boleh belajar :)

ummiross said...

jauh merantau luas pengalaman kan CeqGu, seronok dapat mengenali budaya setempat.

Oyis said...

berian.. sbb nak memberi hantaran pertunangan ke nama dia mcm tu? anywyay, pelik jg ye, mkn dulu, then baru berangkat. kalo adat kita, pegi rumah perempuan dulu, then bincang2, kemudian mkn. pihak lelaki x sedia mkn apa... tp seronok jg tau adat org :)

CeqGu said...

cik puan: hehe mmg sedap dimulut kami 3 beranak

atie,UI:haah majlis pertunangan rupa2nya

nur,ummiross: tersangatla betul.takrugi amik unpaid leave hehehe

oyis: lupa nak jawab soalan aritu,mmg orang sini bahasakan diri tu 'aku'....budak kecik pun bahasakan aku bila bercakap dengan mak dia.... berian tu memang hantaran kawin. patut la masa majlis kawin tak nampak pun diaorang bawak hantaran.

QasehnyaRania said...

oo..baru saya tahu :D

OKje said...

dahsyat ek ceqgu siap ada kad tu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...