Followers

Saturday, December 8, 2012

Disneyland Paris (Day 4)



Assalamualaikum....



Assalamualaikum.............

Sambung lagi kisah Disneyland Paris. Harap tak termuntah la nak baca yer. Saja nak buat kenang-kenangan. Entah bila nak dapat peluang ke sana lagi............ la ni pelan pelan duk menabung untuk pi umrah dan haji plak..............semoga allah permurahkan rezeki kami ...aaminnn

Memandangkan kami nak pulun tawaf  dua park dalam satu hari, sesudah subuh time orang duk syiok tidoq, kami dah keluar nak pi ke Disneyland. Semangat gitu!!! Cab memang kami dah suruh pihak hotel book siap2. Tak jauh mana pun dari hotel, tapi sebab nak breakfast dan tak nak beratur panjang time nak masuk Disneyland tu, gagahkan jugaklah celik bijik mata luas2. Si kecik tu pun sama, dia pun bangun awal hehehe....


Naik MPV Volvo lagi hehehe.......sebenarnya kat sini memang cab nya  guna kereta yg mewah2.....


 penumpang tiga orang je......tapi naik MPV hehe......apo nak buek....udah itu yg datang ambik kami......


firas bersiap sedia untuk breakfast


kereta baru firas......tunggu dah dapat lesen baru kita bawak balik mesia naa....

buaya jadian a.k.a buaya tipu hihi


waktu breakfast sempat la jumpa beberapa ekor menatang jadian ngeeeeee...
ni si pluto tengah sign autograf....kesiannnn, susah bebenor nak sign nye.....


amboiii cik tikus ni hepi yer bergambo dengan lakiku.......firas tgh tahan macho......lepas tu meraung tak hengatt......penakut paitt la anak mama ni......tapi kalau dia tengok sekarang ni tentu dia terlompat2 kesukaan. sebabnya firas adalah peminat setia Mickey Mouse Club House. Siap dah pandai demand nak pakai baju yang ada gambar 'Mickeyto'...(belum pandai nak sebut mickey mouse)


bersama cik tupai......tengok tu firas tak habis2 jeling. Takut punya pasal la tu........

bila dah kenyang, kami cepat2 berambus dari cafe yang dipenuhi dengan menatang jadian ni hehehe. Sebenarnya nak elak queue panjang kat pintu masuk disneyland park. Lupa lak nak kkabo, kat disneyland ni ada dua tempat yg boleh dilawati : Disneyland park n Walt Disney Studios Park. Time cikgu pi tu kebetulan Disneyland tu tengah celebrate ulangtahun ke-20. So dapat tiket murah utk masuk kedua2 tempat tu........kami plan sehari jer kat Disneyland ni. Cer bayangkan dalam sehari nak habiskan dua tempat tu. Dah la tempat luas gile, macam2 ada plak tu. Memang akhirnya kami tak dapat merasa semua huhuhu. Penat wooooo.Dah la jet lag pun tak hilang lagi. Ada terasa sedikit kerugian di situ yer. Bayar tiket mahal-mahal tapi tak sempat merasa semua.

pari-pari malaysia bergambar depan pintu masuk disneyland park hihihi


Disney Park dari jarak dekat............eeee tak sabo nak jejak kaki kat dalam tu. Lepas tu kami cepat2 pi queue. Sape2 yang nak pi sini, sebaik2nya beli tiket online n print siap2. So tak payah nak beratur beli tiket lagi dah. Pastu jangan lupa yer sila bawa sekali passport. Yer diaorang akan check passport sebelum masuk ke dalam park. Lupa dah pukul berapa Disneyland ni dibuka. 9.30 pagi ke kalau tak silap. So selagi belum 9.30, beraturlah dengan sabar yer.

Bila lagu Disney dimainkan.....

jeng jeng jengggg......

pintu pagar ke Disneyland Park pun terbuka seluas-luasnya......
Ada yang berlari, ada yang melenggang dan ada jugak yang tolak stroller......sape kah itu??? cikgu lerr hehehe
*

*

*
maka bermulalah pengembaraan kami ke dunia Disneyland



Suasana dalam Disneyland Park. Bermula dengan Main Street U.S.A......kat sini banyak kedai jual cenderahati. Kedai jual makanan pun ada kalau tak silap. Kalau nak pusing2 Disneyland dengan keta kuda tu pun boleh. Tapi kami pilih jalan sendiri.Untuk jimatkan masa, tak payah la berlama2 kat sini.


Dalam banyak2 tempat, en suami nak bergambar dengan abg misai ni......hehehe


Sleeping Beauty Castle, Fantasyland. Kat sini memang untuk budak-budak kecik la.......untuk orang dewasa, macam kureng skit ler.........err ni  pendapat cikgu la. Memandangkan ini land pertama kami singgah, so terlama sikit. Kami rugi masa kat sini la. Kalau korang pergi tak bawak budak kecik, pergi yg ni last sekali. Main puas2 kat land lain dulu. So kalau tak sempat pi Fantasyland ni tak der la menyesal sangat.



Firas dah boring duduk dalam stroller cap ayam



geram tengok bunga-bunga kat belakang tu



Taman Alice In Wonderland, masih lagi dalam Fantasyland............hurm tak jumpa plak dengan Alice dan konco2nya.............boooorrringggg!



Puas kami menunggu kelibat Queen of Hearts...........lepak jer ler kat bawah pokok.....


Firas In Wonderland



Err ni sarang lanun namanya, kat Frontierland............yg dua orang tu pegang watak hero tau...bukan lanun kekeke. Yang ni kat Adventureland

sangat suka dengan gambar ni.


Gua lanun.........tak jumpa plak harta karunnya....hurmmm


jambatan gantung yang sampai ke sudah kami tak jumpa jalan masuknya


 Ni plak kat atas dahan pokok............penat tau panjat tangga keliling pokok tinggi ni. Nyesal tak sudah. Ingatkan best. Sekali tak der ape. Just untuk merasa gayat boleh la. Kalau bawak budak kecik, tak naik pun tak per kot.








Alladdin kecik dan Alladdin besar bersama lampu ajaib........jinnya tengah tlg amik snap gambar ngeeee ^-^


kereta baru kami hohoho.......tapi tak jadi bawak balik sebab start2 tak mau hidup ;p


bergambar jer, dah tak larat nak masuk cuci mata




bukit kat belakang tu ada train ala2 roller coaster. Tak naik pun, just tengok dari jauh. Menitik gak la air liur nak merasa huhuhu. Nak gilir2 dengan en asben tak syiok la pulak. Karang time takut tu terpegang jejaka jejaki lain kat sebelah, ada pulak yang jeles karang....hah baik tak payah. Memang nampak best giler orang naik keteapi tu....


tak dapat naik roller coaster, naik feri pun jadi lah. tapi akhirnya tak jadi jugak naiknya. Q panjang. kami plak nak kejar masa. Lepas ni nak ke Walt Disney Studios plak. Maka jamu mata ajer lah huhuhu


Sabo bang, jangan di lotupkan meriam tu.............karang bertempiaran mickey mouse lari


bye Frontierland.....sedih tak merasa apa apa kat sini. Nak masuk Mansion House, asben tak bagi plak sebab dia risau firas takut.........errr firas ke sape yg takut tuuuu hehehe



bergambar jer. Yang ni kat Discoveryland. Macam best jer naik Space Mountain ni....tapi tak naik jugak huwaaaaaaaaaaaaa........Lepas tu kami pun teruskan niat ke Walt Disney Studios pulak. Masa nak keluar tu, tiba-tiba semua orang ke tepi. Ala-ala bagi laluan gitu....

Rupa-rupanya....benda ni nak lalu

*

*

*




Keteapi ni ha yang nak lalu............. ni sempena sambutan Disneyland ke 20 tahun la kiranya


tikuts berjoget joget ala lenggang kangkung


Lepas tu kami terus menapak ke Walt Disney Studios yang hanya bersebelahan ajer tempatnya




pintu masuk Walt Disney Studios
 Jeng jeng jenggg......suasana kat dalam Walt DIsney Studios.

terliur tengok epal yang dicelup sirap merah ni....berkilat2


Ni kat tempat sejarah kartun. Time ni dah penat sangat2..............terasa macam nak balik tido jer


tak banyak yg kami lawat masa kat WD studios ni...........letih tak terucap. Tapi tiba-tiba hati rasa nak naik tram tour............antara tempat yang direcommend oleh ramai orang. Beratur panjang la jugak. Hampir 20-30 min menunggu. Tapi sangat la berbaloi............bestttt. Sepanjang perjalanan tram ni kita boleh tengok barang2 di set lakonan. Memula tu macam pelik jugak, kata best. Tapi kalau setakat nak tengok barang2 ni, cam bosan la pulak. Tapi selepas tu.......memang bestttttt

sampai kat sini, tram tetiba berhenti. Kemudian kami dikejutkan dengan satu letupan gas. Berbahang gak la panasnya..........tiba-tiba ada air mengalir dengan laju ke arah tram kami...............tram kami bergegar-gegar (errr yer ker.....ker cikgu terlebih mengada2kan cerita hehehehe)..........kalau nak tahu apa yg berlaku try ler naik...........memang tak rugi.

Lepas naik tram ni kami pun balik ke hotel............capek sangat2 dah. Nak celik mata pun dah tak larat. Sampai hotel terus pengsan. Lepas asar, asben suh siap siap nak pi Paris plak. Dalam perjalanan nak singgah kat tempat yang selalu orang pi shopping kat sini, sekali dah tutup daaa....kul 8 ke kul 9mlm ke dah tutup....awal betul.....makanya kami teruskan perjalanan ke Paris.  Lapar tak yah cakap la. So sebelum ke Eiffel TOwer, kami singgah makan kat Lubnan Restaurant. Hurmm kurang sesuai dengan selera tekak kami. Tapi dah lapar, telan ajer lah

Di kaki Eiffel Tower. SInggah kejap jer pun sebab orang semua dah berpusu pusu nak balik. Time balik, kami amik keputusan naik cab ke hotel. Tak larat dah nak naik train. Lama sebab jauh. Sampai tertido2 dalam cab tau. Elok cikgu naik cab, nampak la lampu kat Eiffel Tower tu berkelip kelip. Rupa2nya dah pukul 12 mlm.


Esoknya kami meneruskan perjalanan ke Nice. En asben teringin nak tengok pantai France. Jauh jugak nak gi tempat ni. Merasa la jugak akhirnya naik train laju SCNF ke SNCF namanya. Hari tu tak sempat naik masa nak gi ke Disneyland.


Ok next entry nak share citer ke Nice...bye



















































































10 comments:

kurus said...

salam kenal dik ..
akak folo sini

seronoknyaa
akak tumpang tgk pic2 dlm entry nie aje lahh ..
entah bila lahh merasa kan ;)
kalau pergi anak2 dah besar sikit lagi best kan .. sure mereka suke sgt2 ..

syafisyifa' said...

Wah mcm2 tmpt pusing...cantik2 semua gambar tu

Si Matatajam said...

Balas kunjungan dan follow sini

Si Matatajam said...

Bestnya dapat ke Paris..bertuah Firas, kecik2 lagi dah dapat ke Disneyland..

CeqGu said...

kak ieda : salam kenal kak,eee tenkiu folo blog yg tak seberapa ni.....suke suke...
insyaallah lepas ni turn kak ieda plak,aamin. ni pun tetiba ada rezki. tu lah kalau firas dah besar lagi best....mama dia dapat la main macam2 hahaha

CeqGu said...

pejah : ikut hati semua tempat nak pusing....tapi tak dan la....huhu

CeqGu said...

Si Matatajam : lupa pulak nama sebenar hehe...tak pa nanti anis intai2 semula kat blog. Tulah kami selalu duk kata kat firas, untungnya kamu ni, kecik2 dah jalan merata. tapi sayangnya bila dah besaq mungkin dia tak ingat. Passport la jadi bukti hehehe

Oyis said...

roller coaster yg kak anis kata terliur tu pon noris terliur sgt2 nak naik, tp apakan daya, kalo naik kena gilir2 atau naik sorg, aisyah x cukup umur dan inci. ni nak suh pegi lg la ni makna nya kan hehe. ada rezeki gi disneyland HK or Japan lah plak, insya Allah.

CeqGu said...

oyis: b4 gi disneyland yg jauh tu, try gi dulu universal studios singapore, sangat best! kak anis rasa USS ni lagi best dari disneyland paris.

intanfirdaus247 said...

syoknya..brtuah firas..huhu..mesti firas happy dpt jumpa kartun2 tu kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...