Followers

Monday, May 27, 2013

Cara Cikgu Pujuk Firas Gosok Gigi

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya imam muda cikgu dah rajin gosok gigi. Hoyeayyyyy!!! Sebelum ni terpaksa bersilat kalau nak berus gigi yg dah kuning tu. Tetiap pagi time nak mandi kalau nampak mama dia pegang berus gigi jer, adegan jerit2, nanges2 mesti ada! Pastu mulut tu langsung dia tak nak bukak.

Sampai satu ketika tu cikgu pun fed up nak berus gigi anak teruna tu. Tapi bila tengok gigi dia makin kuning. Aishhh risau pulak karang diserang ulat terus rongak. Camno nak amik gambar tersengih jang oii kalau dah gigi depan yillekkkk!

Setelah beberapa lama tak gosok gigi, cikgu pun dapat satu idea. Tiap kali nak mandi, dah buka seluar dan baju, cikgu ajak firas duk depan cermin besar. Pastu cikgu amik tuala n terus balut badan termasuk tangan firas sekali. Kunun2 nak ajak main2 la tu. Cikgu balut macam orang pakai ihram gitu. Sebabnya ini budak kicik kalau tau nak berus gigi mesti kaki tangan dia meronta ronta.

Ni nak pergi haji ke nak gi gosok gigi hohoho


 ecehhh sempat lagi nak bergaya depan camera


opssss gaya muka pesen apakah itu???


Lepas tu, cikgu suruh firas pandang cermin dan ikut memek muka cikgu. Cikgu senyum, lepas tu cikgu buat gaya nganga, pastu buat gaya tunjuk gigi. Buat sambil main2 gitu. Pastu pelan2 cikgu tunjuk contoh gosok gigi kat firas. Haaa pastu cikgu pun gosok ler gigi dia hehehe. Bila nak suruh dia nganga, cikgu pun nganga sekali. Semua ni cikgu buat depan cermin tau. Supaya dia boleh nampak macam mana cikgu berus gigi dia. Sungguh la tak sangka dia langsung tak meronta dan mudah jer ikut arahan.

So sekarang ni cikgu dah tak der masalah nak gosok gigi firas. Yang pentingnya kena buat depan cermin sampai la dia dah tahu macam mana nak nganga, macam mana nak kacip gigi. Cikgu rasa sebelum ni firas tak boleh nak tiru macam memek muka cikgu sebab dia tak nampak macam mana rupa dia time tu. Bila buat depan cermin barulah dia tahu oooo macam ni rupa dia nganga...ooo macam ni rupanya bila dia kena kacip gigi. Sekarang ni cikgu dah tak balut badan dia dengan tuala. Kadang2 tak buat depan cermin dah kecuali atas permintaan Firas. Budak2 memang suka cermin youuu! Nak perasan hensem jugak ler tuuuu..

Satu lagi, lepas berus, terus cikgu lap lidah firas dengan tuala sebabnya takut dia telan. Pastu sambung berus kat gigi lain pulak n lap lagi.  Firas tak pandai meludah lagi. Kalau meludah pun tak keluar apa apa, angin jer kot yg keluar kikiki. Kata doktor gigi, lepas berus gigi tak perlu suruh anak cuci dengan air. Sebabnya nak kekalkan flourida tu pada gigi. Bagi yang dah guna ubat gigi tu, hati2 jgn sampai anak tertelan ubat gigi tu pulak. Bahaya tau. Sebab tu ler cikgu selalu lap lepas berus gigi firas. Itu pun tak tau la banyak mana dah tertelan huhuhu.

9 comments:

Ruse Sulaiman said...

Mmg susah mulanya. Kena ada taktik. Iman mula susah juga. Saya suruh tengok cermin juga. Cakap kat dia tengok gigi dah nak rosak. Bila dia takut. Sekarang rajin gosok gigi ;) kenalah tunjuk kat firas gigi sesiapa yg dah takde tu.. Mesti dia smgt nak gosok gigi ;)

Fiza Rahman said...

Akhirnya. Nak juga firas gosok gigi yer.

CeqGu said...

UI : tu ler...sekarang alhamdulillah dia dah nak gosok gigi

fiza: selepas gosok depan cermin hehehe

AtieYusof said...

Dulu2 susah jgk nak ajar bujang sy tu gosok gigi..tapi babah dia tegas skit bab2 ni.. so, skrg dia dah terbiasa mesti gosok gigi masa mandi...:)

LiYa HaNiF :: said...

heheheehe good boy firas nie... cam gtu ler...

Fizah said...

haha anak2 mcm kerenah..jadik bertambah kreatip jadiknya kita ye dak? ;)

QasehnyaRania said...

thanks cik manis share..
boleh dipraktikkan utk anak ciksu nanti..aamiin

OKje said...

Dah mera nam pun ceqgu.... haruslah terer memujuk anak murid! hehe

Unknown said...

susah jg nak ajar budak kecik berus gigi kan..anak sy pn gitu bila berus gigi tak ludahkan tapi ditelan pula..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...