Followers

Thursday, April 11, 2013

Cara Cikgu Handle Anak Terkena Sawan dan Demam Panas

 Assalamualaikum...

Huhuhu esok dah nak babai bumi kota bharu dah. Tak sempat la ambo nak mengundi tahun ni. Sedeyyyyynya huk huk.
Sori la cikgu sehari dua ni xsempat nak jenguk2 blog kawan2. Alkisahnya anak kembar cikgu a.k.a sepupu firas masuk ward. Dah dua hari sebenarnya. Mulanya wafa demam. lepas makan ubat, panas badannya ok semula. Siap berjimba2 dgn firas. Belah petangnya wafa demam balik.

Cikgu suruh adik cikgu bg makan ubat. Muntah la pulokkkk. Lepas tu adik cikgu baringkan wafa. Tetiba wafa bangun dan duduk dlm keadaan mata hitam dah ke atas. Muka merah padam. Adik cikgu terkejut n terus pangku wafa yg dah mula nak kejang. Tangan dia dua2 kepal mcm penumbuk tu. Pastu mula la badan wafa tersentak2. Kaki menunjal2.Panik oiiii pd hal dah selalu handle budak mcm ni.

Bila dah cool skit. Cikgu cepat2 suruh adik baringkan wafa kat atas lantai. Letak dia dlm keadaan mengiring sambil longgarkan baju dan seluar. Letak mengiring tu penting supaya air liur boleh keluar. So tak derla air liur tu berkumpul dlm mulut dan sekat  saluran pernafasan pulak.

Cikgu tanggalkan stokin dan seluar wafa, pampers pun cikgu longgarkan skit. Nak tanggal terus takut dia terkencing . Time kena sawan ni, jgn sekali2 pegang badan pesakit termasuk kaki dan tangan. Biarkan jer dia dlm keadaan mengiring sampai la sawan tu dah hilang. Segala benda/barang yg ada berdekatan pesakit  tolong letak jauh2. Takut nanti waktu badan pesakit duk tersentak2 tu terkena lak brg,boleh cedera tau. Dan satu lg yg plg penting, JANGAN! JANGAN!, JANGAN! masukkan apa2 dlm mulut pesakit mcm sudu, jari dan lain2. Bahaya wooooo, pesakit boleh cedera.

Bila badan wafa dah berenti tersentak2, cikgu tau sawan tu dah habis. Wafa mengerang sikit. Selalunya lepas kena sawan, pesakit akan jadi letih sgt2 dan tertido. waktu ni baru cikgu letakkan bantal kat kepala dia. Nak letak atas katil pun bolehh.cikgu tgk mata wafa pejam. Risau jugak kalau2 dia pengsan. Cikgu panggil2 nama wafa dua tiga kali. No respon! Ahhh sudahhh! Cikgu try goncang2 skit badannya, baru dia celik skit pastu sambung tido. Legaaaa. Kalau xsedar, mmg kena cepat2 bawak pi hospital tau.

Ni 1st time wafa kena sawan. Kami bawak jugak ke hospital, wafa kena admit, ingatkan sehari jer, sekali demam dia xkebah2. Semalam terpaksa la wafa tido kat hospital lagi. Kesian dia.

Sape2 yg 1st time berdepan dgn masalah sawan ni, cikgu nak share skit....
1. Jangan panik,
2. Ikut steps yg cikgu tulis kat atas tu
3. Waktu kena sawan, cuba panggil nama pesakit sebab nak tau dia sedar atau tak waktu kena sawan. Cuba perhatikan ada apa2 respon tak waktu panggil2 nama pesakit tu. Bila bawak jumpa doktor, selalunya doktor akan tanya pesakit sedarke tak waktu kena sawan.

4. Sila tengok jam berapa saat atau minit pesakit dalam keaaan sawan. Yang ni pun doktor akan tanya.
5. Anak yg pernah kena sawan, ada kemungkinan terkena lagi  bila dia demam panas. So penjaga kena alert bila ada tanda2 anak nak demam. Make sure jgn sampai suhu badannya tinggi. Pakaikan anak dgn baju nipis. bukak kipas/aircond. Kalau anak ketar sbb sejuk, selimutkan tp jgn tutup kipas .tuam dgn air sejuk, kalau boleh biar yg ada ais.. nak mandikan anak pun jgn mandi dgn air panas. Nanti lg tinggi suhu badan anak.anak yg demam panas sebaik2 dimandikan utk turunkan suhu badannya.

Psssttt apa yg cikgu tulis kat atas tu bukan cikgu memandai2 tau, ni hasil bacaan dan tunjuk ajar doktor. Maklum ler cikgukan cikgu pendidikan khas, mmg kena selalu bersedia dgn hal2 mcm ni.... kalau ada ilmu baru cara nak handle anak terkena sawan/demam, sgt dialu2kan share dgn cikgu ^_^

15 comments:

Chekgu Azrine said...

tq cikgu ...good info..tq for sharing

intanfirdaus247 said...

Salam Anis...anis apa habaq? hari n makan apa bekpes? ni info bagus ni..sapa2 yg jadi macam n , elok bc entry anis n..panduan berguna

yan's cottage said...

tq...ye kongsi tip nie...belum pernah ada kes nie...tapi tak salah simpan ilmu nie he heee....

Sweetamieda. Blo said...

Tq anis coz share.hari tu mak mentua sy puntetiba kena sawan juga

Mia Kassim said...

Panduan yang berguna sebab tak pernah lagi berhadapan dengan situasi camni....

Samalah dengan hubby sya ngajar pendidikan khas...

Anonymous said...

bagus info mcm ini, Adik pernah kena sawan sekali waktu demam panas kecik2 dulu. so lepas tu KA mmg standby ubat yang dimasukkan melalui d***r tu untuk pastikan suhu badan dia turun dgn cepat bila demam panas. As a parents mmg kita kena alert. Sebab itu pengalaman pertama KA. Dua anak sebelum ini alhamdullilah ok aje. Tpi mmg betul tips ni !

ida =) said...

Owh... pendidikan khas rupanya. Banyak pahalanya.

nurbijen said...

Perkongsian yang sangat berguna... yg penting jangan panik :)
Semoga wafa cepat baik :)

LYAfrina said...

tq for sharing..asya pnh tkena skali msa demam baru ni..lya mmg tkejut & mnangis tgk keadaan msa tu...

Aisy Nasiha said...

Sian wawa.. Saya boleh bayangkan situasi ni sebab dah dua kali alaminya.
Elok ada perkongsian macam ni. Ibu yang tak pernah alami boleh ambil oanduan kot kot jadi kepada diorang ...

OKje said...

Tq ceqgu share exp. ni ceqgu,...takut jugak tu kalau facing benda macam ni sure panic........
moga dijauhkan!
Wah....ceqgu nk balik kayangan yeh! Hehe...

Fiza Rahman said...

Thanks for the info ceqgu. Scarynya baca, Klo saya dah kelam kabut gamaknya sbb tak pernah alami situasi mcm ni. Kesian Wafa.

Oyis said...

thanks kak anis. moga wafa cpt baik

Si Matatajam said...

Tq for sharing..

AtieYusof said...

wah! info yg berguna..TQ sharing..
boleh di amalkan pd anak bila demam nti..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...