Followers

Saturday, March 16, 2013

Pengalaman Cikgu di Rawat Akibat Gangguan Makhluk Halus

Assalamualaikum...

Ingat tak lagi cikgu pernah cite tentang cikgu tak sihat. Sampai cikgu terpaksa balik kg la untuk berubat. Lepas jumpa doktor pakar hari tu, cikgu dikatakan tak sakit tapi alami stres. Fenin jugak kefala duk fikir stres apa. Mungkin sebab stres nak keja dah kot hohohoho. Doktor siap bagi ubat penenang kat cikgu sebab cikgu komplen susah nak tido malam. Tak cukup dengan ubat, cikgu kena mengadap kaunselor pulak kat Unit Psikatri (err betul ke cikgu eja ni, kalau silap harap maappp yer). Pertama kali tau jejak kaki kat situ walau pun umi cikgu dah lama kerja kat unit tu. Rasa lain macam jer pi situ, yer la kat situ selalunya tempat orang yg ada masalah jiwa..........ohhhhhhhhhhhh tidakkkkkkkkkkk!

Hasil diagnose, kaunselor kata just stres biasa. Huh lega! Tapi yg peliknya sakit cikgu tak hilang2. Kurang tu ada tapi masih mengganggu ketenteraman hati hehehe. Sebab tu ler cikgu masih lepak di kg, nak usaha cara lain pulak. Kesian putera kayangan ditinggal tinggalkan sendirian huhuhu. 

Pagi semalam, ayah cikgu bawa jumpa ustaz di Darussyifa' yg letaknya berhadapan dengan Masjid Lundang, Kota Bharu. Bagusnya tempat ni, bayaran rawatan terpulang kepada pesakit nak derma sebanyak mana.


Memula tu susah jugak nak cari sebabnya tempat ni bukannya tepi jalan. Nak kena masuk lorong ke Sekolah Kebangsaan Lundang kalau tak silap cikgu. Nak tau tak, masa cikgu sampai kat sini, ayah cikgu hulurkan borang suh isi maklumat. Masa nak tulis tu kan hati berdebar2 jer, tangan tu cam terketar2. Susah betul nak tulis. Bila mengadap ustaz, rasa berdebar2 tu makin kuat. ustaz tanya gak, apa perasaan cikgu waktu berdepan dengan dia. Cikgu ngaku jer la rasa berdebar2 campur takut. ustaz angguk2 jer.

Ust suruh cerita masalah cikgu. Lepas cikgu pung pang pung pang, ustaz suruh pusingkan badan sambil melunjur kaki. Kiranya ustaz tu duk di belakang cikgu. Ustaz letak tapak tangan dia kat belakang cikgu sambil baca ayat2 rukyah. Cikgu tak rasa apa2 pun. Panas pun tidak, loya pun tidak. Tapi lama kelamaan, jari kaki dan tangan cikgu mula rasa kebas dan letrik2 menyucuk2 gitu. Tak der la kuat mana. Tapi tak selesa. 

Lepas tu ustaz mintak cikgu hulurkan tangan kiri. Dia picit kuku-kuku cikgu. Dan dan tu jugak cikgu jerit sakit! sakit! sakit! Tapi tak der la jerit meraung2 hehehe. Masa tu otomatik air mata bergenang. Cikgu pun tak tahu kenapa.....sebab sakit ker....sedih ker apa ker, tapi dia keluar tanpa disuruh kikiki. Meleleh air mata tau. Cikgu masa tu dalam keadaan sedar. Lepas tu ustaz picit kuku kaki pulak. Aduhhh sakit jugak! Bisa betul. Rasa macam dicucuk cucuk dengan jarum / paku gitu.

Tak lama pun rawatan tu, tup tup ustaz kata insyaAllah dah keluar. Tapi cikgu tak der rasa apa2 pun. Rasa sakit tu ada la. cam konpius jugak, ehh betul ke dah keluar setan setan ni. Berdenyut2 tau kuku kaki kiri yg sebelah jari kelingking tu. Yg tu satu jer. Yang lain ustaz tekan dah tak rasa sakit macam dia buat sebelum ni.
ustaz kata, xmustahil setan tu akan dtg balik. Sekarang ni pun ada duk rasa menyucuk2 tu, tapi tak kuat. So cikgu cadang before balik brunei, cikgu nak pi buat rawatan sekali lagi. Mana la tahukan kot2 ada yg tertinggal lagi dlm badan ni huhuhu. Cepat2 la kau berambus setan oiii.

24 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum..semuga segera sembuh

OneSimpleMother said...

ishh.. seram pulak baca citer anis ni. so anis rasa cemana sekarang? ada kurang ke masih sakit2 lagi badan tu..? tak sangka pulak boleh kena kat anis ye. ujian dari Allah tu..

Unknown said...

semoga sembuh cepat,..yer...aaminn..



p/s..nnt bg laa alamat brunei,..boleh jer pun ke Brunei tuu,..email saya, seain1974izan@gmail.com

..kakak ipar saya dr brunei nk dtg cni 21hb nnt..ehe..

Sweetamieda. Blo said...

oo ye ke anis...take care anis!ingat Allah sokmo, dia sebaik-baik pelindung dan tempat kita mengadu.Doa

Sweetamieda. Blo said...

gitu ke?take care anis, ingat Allah sentiasa ada utk kita.Allah sebaik2 pelindung dan tempat kita mengadu

nurbijen said...

Alahai, ada pula benda yg berkenan kat Anis... skrang ni mcm mana, dah ok tak?

Nastyna said...

Maaf la cikgu saya sedikit tergelak baca sebab cara cikgu tulis agak funny.
Kita berikhtiar selagi daya, harap sembuh sepenuhnya pasni. Masalah gangguan ni payah jugak kan.

iietamalek said...

salam singgah cikgu

CeqGu said...

Kak nah: wsalam...thanks;)

Cik mas: hurm anis redha apa sekali pun kak, tu tandanya Allah syg cikgu anis kottt hihi

Izan: xpun tggu cikgu balik malaysia jer

Tj:thanks:)

Nur: belum ok spenuhnya huhu...nk p jumpa ust lg skali

Nastyna: hihi cikgu suka jer pembaca gelak, cenggitu ler style cikgu bercerita....time entry sedih jer cikgu jd serius hik hik hik

Bunda_nora said...

assalam,

harap2 cikgu cepat sembuh...usaha kan untuk berulang perubatan islam tu disamping berdoa untuk kesembuhan,

insyaAllah akan diperkenankan Nya..

NoEn said...

semoga cikgu cepat sembuh...xpernah tahu pun ad darussiya' kat lundang tu

CeqGu said...

bunda n noen : terima kasih. cikgu pun baru tahu kewujudan darussyifa tu....satu lagi kat taman indera putra, yg tu ust syarhan punya.

Ila Razali said...

owh fren :((

harap dia tak mari semula la. maklus halus ni bukan buatan orang sebab hasad dgki.... tp kadg2 keturunan juga.

dan lagi, mmg sepsis ni sokmo kuar dan mari balik.... mmg cikgu kena jd ahli ibadat betul2 la... In shaa allah dijauhi.

kalu nak ila tolong, ila boleh bgkan no kwn sarip yg ubatkan opah ila dolu tuh. scan aje... and no fee. tapi harapnya settle dah la... amin.

mummyrinazone beauty said...

semoga cepat sembuh yea..seramnya dengar tapi benda tuh wujudkan=)alhamdulillah dah pergi berubat

AtieYusof said...

Mudah2an dah sembuh sepenuh nya ya cikgu..harap2 lepas ni dah OK.. nnti nak balik Brunei senang..takde lah risau lg...amin! :)

Anonymous said...

moga cepat sembuh yer ceqgu

QasehnyaRania said...

semoga cepat sembuh cik manis
seriau jugak ..

Unknown said...

get well soon... saya pon pernah rasa apa yg cikgu rasa...

Fiza Rahman said...

Baca n3 cikgu ni teringat kat mak saya. Skang memang tgh ada gangguan. Badan mak saya makin menyusut dgn mendadak. Dah sampai tahap halusinasi. Skang tgh berubat. Smoga mak saya cpt sembuh. Sedih lah. Masih ada lagi manusia yg berhati busuk sebusuknya.

Smoga setan tu tak dtg ganggu lagi lah yer cikgu. Smoga cepat sembuh.

CeqGu said...

Ila: hurm xtau la ila. Anis still rasa sakit cuma xkuat. Tp smlm tiba2 jadi balik sampai ler ke saat ni duk rasa menyucuk dan miang satu badan. Rasa nak korwk2 jer biji mata ni huhu.....ust yg ila cakap tu duk mana?

Thanks kawan2...syg u all muahhhh

Azeanty: share ler dgn cikgu

Fiza: semoga bonda fiza cepat sembuh

Nora Karim said...

Syafakillah cikgu... moga segera sembuh... jaga diri ya..

OKje said...

ohh gitu eh ceqgu...dia cucuk kita rasa sakit...takpelah banyakkan baca ayat al-quraan disamping berubat

Hai...lamalah putera kayangan tu duk menunggu puteri dia tak kunjung tiba haha

intanfirdaus247 said...

Salam Anis,…semoga Anis cepat2 sembuh..sejak bila anis jadi macam n ya? kesiannya kat Anis..Dugaan yang berat.. Ya Allah sembuhkan lah Anis dan harap2 Anis cepat2 dapat pulang ke pangkuan putera kayangan Anis..hehe

Aisy Nasiha said...

Dugaan masing2 lain.. Moga cikgu byk sabar ye.. Usaha gini bagusla, drp percaya yg bukan2.. Moga cepat sembuh sepenuh n tak berulang lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...