Followers

Tuesday, March 12, 2013

Cikgu Anis Beranak Kembar

Assalamualaikum....

Dah 3 hari cikgu anis beranak kembar. Boleh tahan semput jugak rasanya. Ni baru kembar dua, kalau kembar 3 mahu pengsan jadinya....hohoho.
Time nak tidokan baby besar dua beradik lain mak lain pak ni yang mencabar. Tang cuci 'eyak' memang beres jer, hak nak bg tido tu mama firas kena sabar sikit. Jenuh bersyair, bergurindam tak lelap2 jugak. Sorang baru nak mamai2 ayam, dah sorang lagi pulak duk panggil2 nama. Sudahnya dua2 tak jadi tido. Dengan mata ala2 garfield tu depa berdua leh bangun main balik......hadeh. bibik cun ni ler pulak yg duk menguap 3,4 kali.

Isap susu pun nak sama-sama.....kira macam kembar la tu kan, kembar rupa dan kulit tak seiras hik hik hik



Pagi semalam, cikgu anis tukar profession jadi cikgu tadika. Buat pancake kaler pink, pastu ajak budak berdua ni berkelah kat anjung rumah. Siap hampar tikar bagai tau. Pastu sambil suap pancake ,bukak lagu ABC..... duk ulang putar lebih 10 kali gak la. Sampai nak muntah hijau la kot tukang rumah yg duk buat keja tu hihihi........suasana tadika la katakan.
Dah habis berkeping2 pancake tu, si teruna dan dara kecik siap berjoget2 layan lagu ABC.......adehhhh. Pastu cikgu ajak depa berdua main conteng2 pulak. Uishhhh seronok! Sakan depa duk conteng kertas. Lepas penat conteng2, berebut nak main beskal plak dah. Beskalnya satu jer, sekali dua2 naik. Dah jadi rupa naik motor plak kekdahnya hehehe...kesiannn beskal tu...

Erkkk....sebenarnya cikgu skrg tgh jaga anak buah. Ibunya masuk ward nak bersalin. Semalam haru biru betul. Punyala rindu kat mak dia, anak dara tu nanges sampai muntah2. Selalunya pujuk dengan samsung note tu jalan, tapi semalam dah rindu sangat kot. Tak berenti raungnya. Jenuh pujuk, selalu cikgu cakap ibu pi berak, dia diam la kejap. Tapi semalam siap pi intai jamban, tengok2 pintu terbukak luas. Tahu la dia si ibunya tak der. Dah penat nanges gamaknya, dia mintak susu dan terus lena...... mujur ler firas tak byk ragam semalam. Lega sangat. Malam ni xtau la apa cerita plak huwaaaaa


Sekarang ni depa berdua tgh berjimba2 dalam kolam a.k.a besen mandikan baby tu.....geli hati jugak depa panggil besen tu kolam. Pantang sorang bukak baju, yg sorang lagi pun dgn muka jujur ikhlas ngaku berak hahaha. Check2 tak berak pun, saja ler tu nak join mandi sekali kikiki........ Kiranya aktiviti pg ni bermula dengan renang dlm besen baby kikiki

gambar dalam bilik mandi seksi sangat, so ganti dengan gambar selepas mandi hehehe......yg tak tahannya si imam muda tu pulak sibuk nak pakai lipstik.......si anak dara rileksss jer...haiii macam2

12 comments:

izan mama mia said...

hihihi..sekali beranakkembar sungguh kan..hihihi..

yan's cottage said...

sejak bila jadi guru tadika nie...tentu firas seronok sebab ada kawan...maknya je..yang penat melayan kan...?

sal ya said...

macam best je kaler pink.

Fiza Rahman said...

Seronok lah imam muda ada kawan. U baru 2 cikgu. Mcm saya ni...3 org anak. Memang semput lah.

amirini said...

sama baya ker???

nurbijen said...

cantik pancake pink tu... boleh tiru ni :)
kemain lagi seronok ada geng nak main yer Firas :)

umi alya said...

alahai... comel jer

hainom OKje said...

Okaylah jugak tu ceqgu, training ..... kan ceqgu ada plan nak menambah..hehe
ni mesti anak buah, bapak dia yg adik ceqgukan...

Kesuma Angsana said...

hehehehe, pengalaman berharga tu !

intanfirdaus247 said...

Anis, intan terkekeh gelak baca enrty ni ..jenuh penat la anis tapi dalam masa yang sama nak tergelak kan..muntah ijo la duk ulang lagu ABC akakaka..lawak tol la anis n

nea lopah said...

pink?? kreatif kaler tu.

CeqGu said...

Amirini:baya xsama hihi.....yg gegurl tu lahir 2010, yg boboi tu 2011

Fiza,izan,yan,ka,okje: huhuhu rasa cam tak sanggup jer nk beranak kembar

Intan: bebudak tu la yg bikin geli hati....asal depa happy, 100 kali putar pun xpe hihi

Nea lopah,nur,sal ya: rasa sama jer, saja nak tarik perhatian budak berdua tu...hihi

K.tini: sape yg comel tu? Mama si kembar ke? Hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...