Followers

Tuesday, March 12, 2013

Imam Muda Solat Di Mana Saja :)

Assalamualaikum


Tengoklah anak soleh cikgu si imam muda ni, tak kira tempat solat mesti ditunaikan hehehehe.
Biar hanya berpampers solat perlu didirikan kikiki
Memula tu cikgu pun tak tahu yang Firas ni nak solat.
Dia jumpa kertas pembalut hadiah kat dalam almari.......puas dah suruh letak balik.
Alih2 dia pi bentang kertas tu kat situ. Pastu angkat takbir terus sujud. 
Nak solat rupanya! Elok ada pulak songkok tok ayah dia tu, mak cik dia pun terus pakaikan.
Makin rajin la nak solat. Habis satu rakaat tersengeh sampai telinga.....pastu solat lagi....solat sunat pulak kot hehehehe.....

15 comments:

Shamsiah Abdul Rahman said...

Anis,
Sorry la.. tapi K.Sham nak gelak jugak.

P/s;
Kut ya pun.. tutup la "aurat" dulu.. ;)

sal ya said...

comel ngat solat pakai apa tu?

NoEn said...

alolo..comey

Mama Adam said...

Bagus betul! Insya allah menjadi anak soleh

Fiza Rahman said...

Alalala...tomeinya.

Bardboo said...

hihi..kalau anak saya plak, tempat lap kaki nak dijadikannya sejadah..aduh, sabar je la..

p/s: Saya ada buat segmen 'Aku Seorang Surirumah'. Segmen tamat pada 30 April 2013, dan hadiahnya adalah Mivva Beauty Box. Jom la join sekali ye.
Bacaan lanjut di sini: http://bardboo.com/segmen-aku-seorang-surirumah/jom-join-segmen-aku-seorang-surirumah

umi alya said...

sexyyyyyyyy....

amirini said...

Amiin.. Semoga Firas jadi kebanggaan Ibu dan bapa...

nurbijen said...

Seronok tgk gelagat iman muda Firas ni...

hainom OKje said...

Untunglah ceqgu.... anak masih pakai pampers lagi pun dah rajin bersolat sunat bagai haha.... sejuk perut ceqgu mengandung....

Kesuma Angsana said...

baguslah camtu didik dari kecik2 lg

intanfirdaus247 said...

adoeh..comel lucu semua ada tgk gambo tu ha...hehe./Firas Firas...jadi anak yang baik yer sayang..ameen

nea lopah said...

hahahahaha....kelakar lah. pengsan makmum ni.

CeqGu said...

Cikgu lg ler nak tergelak, tp dlm masa yg sama rasa nak bergenang air mata pun ada. Harap2 sampai hujung nyawa firas rajin solat

wan nurul hezrina abd halim said...

clever boy=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...