Followers

Saturday, March 23, 2013

Pengalaman Cikgu Kena Rompak

Assalamualaikum.

Aduhhh penat sungguh jadi tukang kalut ni. Kejap sambut tetamu, kejap hidang lauk pauk, kejap basuh pinggan, semputttttttt hohoho.
Hari ni kenduri aqiqah anak buah cikgu. Kaki tangan xcukup. Tu yang jadi letih semacam. Ni ler baru bleh rehat. Tetiba jer teringat pulak kisah kena rompak dolu2.

Masa tu cikgu sekolah rendah lagi. Cikgu tido sebilik dgn maid. Adik2 cikgu tido dgn umi ayah. Malam kejadian tu, kami semua memang tido awal. Mengantuk satu macam. Sebelah rumah cikgu pulak, jiran berbangsa cina yg pelihara anjing. Anjing tu mmg garang. Pantang nampak orang gerenti menyalak sakan. Tapi malam tu anjing yg nama Dogie tu membisu seribu bahasa pulak ewaahhhh kikiki.

Cikgu dah lupa pukul berapa, tetiba terdengar sayup2 suara maid cikgu menjerit. Punyala berat mata nak celik. Bila dah celik, nampak kelibat ayah n umi cikgu kat dlm bilik dgn maid yg tgh meraung2. Cikgu masa tu blur2. Tengok maid meraung, cikgu pun tumpang sekaki hahaha. Pada hal xtau apa2 pun. Tengah menangis tu baru perasan dinding bilik cikgu tu terkopak, muat saiz manusia kurus. Rupa2nya kami kena pukau dan kena rompak. Menggigil satu badan. Maid tu cerita dia hampir kena rape. Entah mcmana dia boleh tersedar tp perompak tu x bg jerit. Dia ugut nak kelar cikgu yg tengah syiok tido. Masa tu perompak siap dah letak pisau di leher cikgu.Bila perompak tu koyakkan seluar tido maid tu dgn pisau, terus ler dia jerit. Masa tu lah umi n ayah serta cikgu tersedar dari tido pukau. Perompak terkejut dan terus lari.

Kesian maid cikgu, hilang brg kemas dan duit. Kami pulak hilang alat perakam video dgn radio. Tv xmuat lubang, mujurrr ler. Maid cikgu sampai trauma. Hari2 nangis sampai ler kami bawa berubat utk pulihkan smangat dia. Dalsm pada tu, cikgu dgn maid dah takut nak tido dlm bilik tu walau pun lubang dah di tutup. So kami semua tido dlm bilik. Pintu bilik tu ayah siap sendal dengan meja make up hohoho.Maalam jer satu rumah jadi takut, sampaikan bunyi jambu jatuh atas zink pun bikin semua orang terkedu. Umi cikgu pulak dengar bunyi tudung periuk nasi yg tengah tanak nasi pun selalu terkejut ingatkan ada perompak dlm kawasan rumah. Memang trauma abisla. Teringat lagi suasana pagi2 buta pd hari kejadian, kereta polis datang siap dgn anjing pengesan lagi. Maid cikgu pulak akhirnya mintak berenti kerja sbb trauma melanda diri huhuhu.

16 comments:

umi alya said...

mudah2an dijauhi dari kejadian ini, aamiin..

nurbijen said...

Alahai seramnya... mmg trauma bila kena macam tu.. kesian pula dekat maid tu... Minta jauh la benda2 macam tu

Mia Kassim said...

Mmg trauma lah klu kena rompak camtu....nasib baik semuanya selamat....

~Mami Little Hero~ said...

Assalamualaikum cikgu,

Kalau saya ditempat maid cikgu pun saya akan rasa yang sama. Sian dia hampir kena rogol.

Mama Zharfan said...

Scarynya... :(

Tuan Juhaida said...

takutnya...mintak jauh la dr semua tukan

IntaNBerliaN said...

sy baca siap terbayang lagi.. mengerikan.. kalau saya pun akn trauma

yan's cottage said...

takutnya....minta di jauhkan dari pekara2 macam nie....

BUNDA a.k.a KN said...

Mudah2an tak berlaku lagi..

noris said...

maid sblm kak na ko? ni umh kuarters ko mano?

nea lopah said...

mau tak trauma, sy yg baca ni pun terasa takut dan traumanya. Pernah berlaku d rumah kwn kakak saya, suami nya d tetak kaki.

amirini said...

semoga kita semua dlam peliharaan ALLAH...

Kesuma Angsana said...

takut juga KA baca ni!

hainom OKje said...

seramnya pengalaman cikgu tu....okje tak pernah dan harap2 dijauhkan hendaknya!

intanfirdaus247 said...

kesiannya …nasib x ada cedera apa2…. Maid tu indon ke anis? maknanya perompak tu dah pukau sampai ke anjing sebelah pon bobok sakan x sedar kan

CeqGu said...

Noris: kat kuarters...

Intan: maid siam. Haah anjing pun kena pukau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...