Followers

Tuesday, May 13, 2014

Pengalaman Masuk TV ^_^

Assalamualaikum....

Nak tempek video ni utk kenang-kenangan...



Amboiii mentang mentang la dapat masuk tv, terus rajin nak update blog kah kah kah......
Bukan nak menunjuk tau, tapi nak simpan sebagai kenangan manis utk tahun 2014. Kiranya sebagai hadiah hari guru untuk cikgu lah hehehe....
(Psssttt Aish.....cikgu anis idok ler bz....tapi malas nak berebut laptop dengan firas hehe....ni pun umpan cerita kartun baru la mamanya dapat berkarya (cewahhh) dengan tenang kikiki)

Sebenarnya cikgu tak sangka bos di kelas pendidikan khas pilih cikgu utk ditemuramah. Terkejut monkey cikgu tiba2 dimaklumkan supaya bersedia utk diinterview pd hari Isnin. Rasa cam nak nanges je, i takut n segan lorr nak mengadap kamera tu. macam2 alasan cikgu bagi utk tolak permintaan bos....tapi x berjaya huhuhu.

Balik rumah cikgu tak senang duduk. Kepala duk pk apa aku nak jawab ni, boleh ke nak bersoal jawab depan kamera nih.....haihhhh seribu macam kerisauan datang bertandang. Hari Ahad pagi pagi cikgu dah buka laptop. Duk cari idea utk ajar murid2 sambil dirakam.....hadehhh kecut perut tau.

Esoknya dengan selendang baru kaler pink (nak tulis jugak tu pakai tudung baru kikiki) cikgu berdebar2 menunggu kehadiran wakil tv3 nak shoot cikgu mengajar. Sampai hilang selera nak makan tau....berdebar tahap gaban hihi. Tapi atas nasihat kawan2, cikgu pi la jugak makan. Elok sampai kantin, cikgu nampak kamera tv3 duk terpacak kat tengah kantin....alahaiii dah sampai rupanya.....terus tak jadi makan kah kah kah.

Selepas tu berkenalan la dulu dengan orang yang bakal interview n rakam cikgu ......psssttt psssttttt hensemmmm, putih gebu, tinggi lampai....mak oiii anak sapaaaa la ni.....rupa-rupanya itulah zaim, host MHI. sape tak kenal, sila google sendiri. Kat luar lagi hensem dari dalam tv tau....oppssss dah terkeluar topik pulak dah hehehehe....

Bermula dari kantin, cikgu bersama seorang lagi guru pendidikan khas berjalan beriringan dengan zaim. Time ni dah start shoot...alahaiii dup dap dup dap cikgu. sebelum tu siap mintak maaf dgn zaim kalau2 cikgu akan asyik mintak cut ...cut cam pengarah filem tu.....alhamdulillah segalanya lancar.

Ingatkan sebelum nak mula rakam cikgu mengajar, ada la make up artist nak touch up muka selekeh cikgu ni.....rupa2nya memang tak ada hahahaha.....kalau tau tak ada, cikgu dah pi make up tebal2 kat dalam bilik guru heeeeeeeeeeeeeee.......... cikgu duk bayang ramai la krew yg datang...cth mcm tukang pegang kayu action, tukang jaga lampu, tukang make up, tukang lap peluh hihihi ....sekali yg datang hanyalah zaim dan cameraman hehehe.....maka lap peluh sendiri lah cikgu anis ye....heeeheeee heee

Waktu nak mula shoot, cikgu disuruh berjalan masuk ke kelas n mengajar seperti biasa. time tu memang cikgu buat2 mcm diaorang tak ada kat situ......ketaqq la jugak hihi....dah habis rakam part mengajar, cikgu diinterview pulak. Sebelum rakam interview tu, zaim dapatkan biodata diri cikgu. Entah macam mana bila ditanya tang umo cikgu boleh plak terlupa umo sendiri muahahaha. Buat malu jer hahaha.....tak pasal2 satu malaysia tahu umo cikgu anis hehehe....patutnya cikgu cakap biarlah rahsia kan...ishhh nyesalll tak jawab macam tu hehehe. x de dah la orang nak ngorat......opsss jgn mare ye bang, i gurauuu jer hiksss....

Lepas tu cikgu diminta bersedia untuk dirakam. Zaim dah pesan awal-awal supaya cikgu dan dia bersembang ala santai.....maka bersantai lah cikgu menjawab soalan2 zaim. kat dalam tv memang tak dengarlah suara zaim yg lemak2 merdu tu duk soal cikgu. Haa terpaksa la korang dengar suara sengau cikgu anis sampai habis muahahaha. 

Fuhhhh terasa lega yg amat setelah tamat rakaman. Alhamdulillah cikgu dapat jawab semua soalan dengan jawapan ntah apa apa hahahaha. Kiranya memang xder cut cut...........cikgu main jawab je...yg penting nak cepat siap hehehe.

Dan pagi tadi jeng jenggg, cikgu keluar tibi utk pertama kalinya dalam hidup hehehe. Memula tu ingat tak nak tengok, sebab malu nak tengok diri sendiri dalam tv. Tapi akhirnya tengok jugak la.....rugi pulak kalau tak tengok, dah la pakai tudung baru hehehe. Firas siap cakap eh mama la....pastu dia sambung main hahahaha......cuma frust skit, parents cikgu bleh lupa pulak nak tgk mhi pagi tadi....so terlepas la nak tgk anak diaorang yg comey ni masuk tibi.....huhuhu.....mujur la ada parents murid cikgu sempat rakam dan upload ke YouTube.....sukeeeeeeee sgt!!

Akhir sekali cikgu nak ucap terima kasih pada guru besar, bos dan rakan2 kerana memberi peluang kpd cikgu anis glamer sehari di tv3 hihihi...... 
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK.......!! ingat tv3, ingat cikgu anis.....hehehehe ...peaceeeeeeeeee...


Monday, January 27, 2014

Dugaan di Awal Tahun sob sob sob

Assalamualaikum.

Dah dua hari cikgu tak keje. Mungkin jugak esok lusa sampai la raya cina cikgu masih bercuti. Semuanya kerana Firas ku, baby besar yang perasan macam baby kecik. Tiap kali lepas mandi, firas mesti amik tuala n pakai macam selendang. "mama, ini baby firas" katanya....ok ok....cikgu tahu dah mesti ayat korang, "cikgu, firas mintak adik la tu"....khennnnn.....hehehe. Memang ponnn.

Ahad lepas lepas tak semena2 firas demam. Pukul 1 pagi hidungnya sok sek sok sek. Makanya dia tak boleh tido. Kejap2 dia mintak nak nyusu. Cikgu heran gak apa hal ni asyik terjaga n merengek. Dah subuh baru cikgu perasan badan dia dah mula panas. Oh imam muda ku demam....huhuhu

Waktu nak breakfast, cikgu perasan tapak tangan firas ada biji2 merah.....oh nooooooooooo!!! Belek tapak kaki, oh noooooooooooooooooooooooooooo!!! biji2 merah tu ada jugak walau tak banyak. Hati mula tak sedap. Check mulut, ahhhh legaaa....bersih. Cuma gigi jer kuning kikiki. Tu ler sapa suruh malas gosok gigi. kan mama dah tulis kat blog mama hehe...jangan maraaaa aaa firas.

Cikgu just bagi firas ubat demam. Firas masih aktif bermain golek2, kejar sana, lompat sini. Dah petang, firas monyok. Nampak macam letih sangat2. Siap ngadu tangan dia sakit. Ahhhhh sudahhh!... Janganla....jangan la....huhuhu. Cikgu bawak firas pi klinik, alahaiiii dua klinik pegi semua tutup. Masa tu cikgu bermalam kat rumah adik. Nampak gayanya kena balik rumah jugak. cikgu gerenti klinik kat rumah tu tentu tak tutup. Masa tgh kemas2 barang, firas ngadu lagi, "mama firas ngantuk la".... tak pernah2 dia guna word ngantuk tu...selalu nak tido je disebutnya......wah bertambah lagi perbendaharaan kata baby besar ni hehehe....

Bila dah jumpa doktor, terus doktor kata, ini kena jangkitan virus. dalam hati cikgu still.....janganla...huk huk janganla....huk huk. doktor check dalam mulut firas. Hmmm.....ok tak de ulcer katanya....legaaaa. Doktor suspect firas kena hfmd (hand,foot and mouth disease) huhuhu. Sampai depan rumah, belum kuar kete, cikgu belek bibir firas. oh noooooooooooooooo! ada merah2 huhu.

Esoknya bawak ke klinik pakar kanak2 serena.....dua jam lebih tau cikgu menunggu turn. Akhirnya bukan setakat firas yg demam. dengan mama mamanya sekali demam huwaaaa. Memang sah la firas kena jangkitan hfmd. Sebab doktor serena kata dah banyak ulcer dalam mulut firas.

Pagi ni cikgu bagi firas makan eskrim. dia ngadu sakit. Alahaii kesian. Nak sapu ubat dia tak bagi plak. tutup mulut ibarat buh password. susah beno nak bukak. nak paksa2 takut dia sakit pulak. cer bg tip kat cikgu cam no nak rawat baby besar kesayangan cikgu tu......sedih la tengok dia tak leh makan huhu

Saturday, January 18, 2014

Saya Cikgu Anis :)

Assalamualaikum....

Pagi ni cikgu bersiaran di bumi Brunei.....hehehehe....bersiaran la sangatttttt.....teringin pulak nak jadi ala2 wartawan kat tv tu hihihi. petang ni dah nak balik malaysia....syedihhhhh huhu

Dah lama benorrrrrrr tak bukak blog ni.....dan banyak jugak la komen2 yg tak dijawab...... hek eleh ada 18 komen jer ponnnnn. itu pun dah perasan banyak kah kah kahhhhhh....ok lah kan utk blog yg dah lama tak update kikikiki ( ambil bantal tutup muka....i maluuuuuu)

Ada yg tanya cikgu tentang mengajar di brunei, macam mana cara nak apply. hmmm cikgu pun tak tau nak jawab sebab cikgu jadi suri rumah jer masa kat brunei. Memang tak teringin langsung nak mencari keje sebab pk nak rehatttttttttt selamat 2 thn hehehe. rasa cikgu hantar resume la kot. google ler sekolah2 yang ada kat brunei ni pastu hantar resume. Kalau ada orang Brunei yang baca entry cikgu ni, harap sudi membantu kawan2 cikgu yg bertanya cara untuk apply kerja kat Brunei ni ye. Ramai jugak la yg bertanya kat cikgu macam mana nak apply keje cikgu di Brunei. Rasa bersalah pulak tak dapat nak jawab.

Hmmm amacam tahun baru kawan2 semua? Cikgu di awal tahun ni sangat lah bersemangat  nak ajar anak2 istimewa cikgu di sekolah. Sampaikan rasa macam tak cukup waktu nak buat bahan bantu mengajar dan lembaran kerja. Err korang tahukan cikgu ni guru pendidikan khas ? Lepas cuti dua tahun hari tu....memang terasa kekok sangat2 nak mengajar. sekarang pun masih juga terasa. Alhamdulillah dapat semeja dengan kawan yang ada motivasi tinggi utk mengajar. so cikgu pun terikut la sama. kami sama2 pulun dan saling kembang hidung tunjuk hasil bahan bantu mengajar ciptaan sendiri cewahh.

Bahan bantu mengajar tu kiranya macam flash card, carta dan macam2 lah. Al maklumlah namanya pun anak istimewa, mestilah perlukan bahan2 yg istimewa juga ( hohoho istimewa lah sangat bahan cikgu anis tu, harapkan print cantik2 dan laminate jer ponnn kiki ). Latihan utk murid2 pun cikgu buat sendiri. Alhamdulillah sejak wujud kssr ni, murid istimewa pun dah ada buku teks dan buku aktiviti. Tapi sayang seribu kali sayang, tak semua murid boleh guna buku2 tu. Tahap diaorang ni tak sama walau pun dalam kelas tu ada 7 orang jer muridnya. So terpaksa la cikgu ubahsuaikan latihan tu mengikut tahap murid yg ada.

Bila cikgu bz, makanya firas la akan menjadi mangsa keadaan.....kesian imam kecik tu. Mama tak sempat nak layan kami macam kat brunei ni. Monyok jer dia kalau mama dah bz mencipta bahan bantu mengajar. Kalau dah sampai tahap bosan sangat2, firas paksa mama naik atas katil. Pastu suruh mama berlakon jadi monster hahahaha. Korang bleh bayang tak cikgu jadi monster? kikiki (kat sekolah pun hari2 cikgu anis jadi monster , tapi monster yg marah2 sayang la kui kui kui)

oklah, entah apa2 cikgu membebel pagi ni. saja jer nak dera korang baca.....errrr ada ke orang baca kih kih kih

Sunday, December 15, 2013

Rasa dot dot dot

Assalamualaikum...

Rasa sunyi je lepas dia ke airport..
Rasa kosong je lepas dia matikan henpon masuk ke perut kapal terbang....
Rasa cam nak menitik air mata je tgk baanntal sebelah kosong...
(tipu!! Bukan menitik, dah banjir pun)
Rasa xdapat nak lena memikirkan dia dah jauh...
Rasa macam kalau boleh nak tarik tgn n pegang kaki biar dia jgn pergi lagi ke sana huhuhu.
Sebenarnya rasa x nak tulis semua ni kat sini, tapi rasa kena jugak tulis sebab hati sebak satu macam..huwaaa.
Moga allah segera satukan kembali keluarga kecil kami....amin

Tuesday, November 26, 2013

Bila Firas Petah Berkata-kata

Assalamualaikum

Dah lama cikgu tak update tentang perkembangan Firas. Imam kecik cikgu tu sekarang dah pun 2 tahun 7 bulan. Ishh cepat sungguh masa berlalu. Dah besar anak mama...... tapii kan, masih nak menyusu badan. Haihhh..... kalau tak dapat, meraung bagai nak rak. Pernah cikgu tanya , kenapa suka sangat dengan susu ni, Firas kan dah besar..... sedap sangat ke susu ni? Nak tau dia jawab apa? Of course la sedapppp kan jawapannya. Tapi yang paling tak tahan tu bila cikgu tanya apa rasa susu yang sedap sangat tu? Firas kata rasa macam MILO ! hahahaha.... tergelak tergolek mama n ayah dengar jawapan Firas. Hebat betul susu ibu ni kan kikikiki...... tapi skrg dia dah tahu jawapan dia tu tak betul.... so bila tanya lagi, dia akan jawab rasa SUSU la hihihi.....

Sejak Firas petah berkata2 ni, cikgu n en suami rasa lagi ceria dan berbunga2 gitu. Comellll jer ayat2 imam kecik ni. Tapi.....haaa ada gak tapinya..... bila dah pandai bercakap ni...... pandai la dia mintak nak beli itu ini huhuhu. Rabak poket mama nak oiii.

Firas ni kalau nak qadha hajat mesti cari sudut2 sunyi..... nak cari ketenangan gamaknya hehehe. Cikgu paham dah kalau tiba2 nampak kaki dia je di sebalik langsir ke, belakang kerusi ke, tepi meja ke..... tau dah ada projek besar sedang menyusul, bila dah selesai, cikgu tanya la, Firas b***k ke? Boleh dia jawab, "Firas tak tahu la mama" . Hoh sendiri buang pun sendiri tak tau ka....adoiiii hehehe. Bila mintak nak tengok pampers, dia lari pulak. maka tahulah mama, sah la ada sesuatu dalam pampers hehehe
 

Hari tu firas buat sepah. Cikgu pulak sibuk kat dapur. Bila time nak hidang makanan tu, mulut cikgu bising la marahkan firas buat sepah. Firas cakap apa tau.... "Biarla mama". Amboiii boleh pulak dia kata biar ye..... baru nak sambung bebel (hokeyy memang mama dia kuat membebel hohoho), firas datang dekat coffee table ( kat bilik hotel ni tak der meja makan) "Mmmmm pandainya mama masak" Hahahaha ini imam kicik pandai psiko mama tau. 1st time dia keluarkan ayat tu. Mana ntah dia belajar, gamaknya terdengar cikgu selalu tanya en suami kottt. Terus tak jadi sambung bebel kah kah kah. Pandai ye kamu amik ati mama.

Semalam singgah kat satu kedai, ternampak majalah yg ada gambar fizo omar n mawar yg cantik jelita tu. Cikgu saja tanya Firas, cantik tak aunty ni (tgn tunjuk kat gambar mawar). Firas kata cantikkkk. Err mana lagi cantik mama ke aunty mawar ni ? Tentu korang kata mestila firas puji mama dia. Hahaha memang ponnnn, dia jawab mama dia la yg cantik hahaha.............. sungguh pandai anak mama menjaga hati kecik mama dia ni. Cikgu pun cerita balik kat en suami. Terus en suami gelak sambil usap2 kepala firas. "Anak ayah ni makin bijak la " Tau apa kata Firas? Pendek jer jawapannya "YE LAAA !" kui kui kui..... kuat perasan  ikut sape ntahh hohoho

Cikgu pun tak sedar sejak bila dia petah bercakap macam ni. Kadang2 rasa heran mcmana dia boleh keluarkan ayat2 bombastik dan plastik tu...... tapi tu lah, mulut dia ni pot pet pot pet bila dengan ayah n mama je. Dengan orang lain, tak banyak cakap pulak. Kekadang tu time duk main sorang2 siap nyanyi2 lagi hehe..... bila tanya nyanyi lagu apa tu? Tak tahu la mama hehehe...jawapan yg cute di telinga mama.



Thursday, November 21, 2013

Teknik Meleraikan Pergaduhan Anak-anak

Assalamualaikum....

Hari ni cikgu nak share ilmu melerai...... selalu kita mesti akan marah marah kalau anak bergaduh kan. Eh ehhhh tak ngaku lak dia......hihihi. Nak nak si abang atau si kakak, gerenti la selalu yang dipersalahkan. Tak puas hati tauuuu!! Adik yang mulakan, abang/kakak yg kena marah lebihhhh. Aikkkkk emosi lebih nampakkk.....macam pernah jadi kat diri sendiri jerrrrrrrrrrrrr...hik hik hikkk....

Harap dengan apa yg cikgu share ni dapat la kita sama2 baiki apa yg patut yerrr.....Hmmm bila la firas nak dapat adik ni.....tak sabo mama nak praktikkan ilmu melerai ni.......opsssssssssss lari topik la pulak hahahaha...



Wednesday, November 20, 2013

Ahmad Ammar Yang Tidak Aku Kenali...

Assalamualaikum...


Sejak sekolah dah cuti ni baru la ada kelapangan sikit nak bermadah pujangga lerr sangatttt kat blog CeqGu. Kesiann blog ni...

Pagi ni sebenarnya cikgu rasa terpanggil nak berbicara tentang Allahyarham Ahmad Ammar (aikkkk skema nya ayat cikgu kui kui kui)

Seriusss cikgu langsung tak kenal siapakah gerangan. Gambar arwah banyak betul kat pesbuk. Sampai cikgu jadi tertanya-tanya siapa Ammar ni? Pejuang Palestin ke? Syria ke? Muka macam orang Melayu jer. Kenapa pulak gambar Ammar tengah tido ni asyik di post ke pesbuk cikgu.
Betullll cikgu bukan nak buat lawak, sekali imbas cikgu pk ini gambar orang tengah tido. So cikgu memang tak ambik port kisah arwah ni....

Tenang sungguh wajah arwah Ammar....

Memandangkan kisahnya hingga ke saat ini masih diperkatakan, perasaan ingin tahu tiba2 datang berlumba2. cikgu terus klik video kisah Ammar, baca tulisan demi tulisan di internet n barulah tahu siapakah anak muda yang bertuah ni. Cikgu yakin bukan cikgu sorang saja yg tak kenal Ammar.....harumnya nama Ammar bila arwah dah tak ada bersama kita. Bila tengok video dan baca kisah Ammar tu, air mata otomatik jer mengalir keluar. Bukan kisah sedih pun yg dipaparkan. Cuma kisah perjalanan hidup seorang Ammar yang dipenuhi dengan keazaman yg sangat murni! Cikgu jadi kagum dan mula banci diri sendiri. Ohhh jauh ketinggalan, sangat ketinggalan! Betapa 34 tahun cikgu kerugian yg amat banyak. Dan paling buat cikgu terkejut, anak muda ini baru berusia 20 tahun! Betapa cita-citanya dan keazamannya dalam memperjuangkan islam mengaburi mata cikgu tentang umurnya yg masih muda.

Pantas mata cikgu memandang imam muda yg sedang lena di sisi. Tenang dan mulus wajah imam cikgu saat itu. Terdetik di hati alangkah bahagianya hati mama n ayah jika imam kecik ini suatu hari nanti punya cita-cita dan keazaman yang kuat seperti arwah Ammar.... Terkenang pula pada sahabat karib imam kecik cikgu, Luqman yg rajin mengajak Firas solat. Alangkah bahagianya mama dan umi jika kalian seperti Ammar. Dari kecil hingga hujung hayat, hidup Ammar dipenuhi dengan aktiviti yg murni.

Lihatlah betapa janji Allah itu pasti, sesiapa yg hidupnya sentiasa berjuang di jalan Allah, maka pengakhirannya juga pasti terpelihara! Lihat saja pada arwah Ammar, cikgu yang naif ini hanya mengenali Ammar setelah dia kembali ke rahmatullah. Kebaikannya dan perjuangannya disebut sebut walau pun roh dan jasadnya telah tiada. Bahkah kisah kemalangan yang menjadi punca kematiannya langsung tidak menjadi tajuk utama. Semua orang berlumba-lumba menyebarkan perjuangan dan hasrat murni arwah. Nak tahu kenapa cikgu tulis entry ni? cikgu CEMBURU dan KAGUM dengan Ammar. Semoga entry ni mampu jadi penyuntik semangat buat imam muda cikgu suatu hari nanti....aminnn
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...