Followers

Wednesday, November 20, 2013

Ahmad Ammar Yang Tidak Aku Kenali...

Assalamualaikum...


Sejak sekolah dah cuti ni baru la ada kelapangan sikit nak bermadah pujangga lerr sangatttt kat blog CeqGu. Kesiann blog ni...

Pagi ni sebenarnya cikgu rasa terpanggil nak berbicara tentang Allahyarham Ahmad Ammar (aikkkk skema nya ayat cikgu kui kui kui)

Seriusss cikgu langsung tak kenal siapakah gerangan. Gambar arwah banyak betul kat pesbuk. Sampai cikgu jadi tertanya-tanya siapa Ammar ni? Pejuang Palestin ke? Syria ke? Muka macam orang Melayu jer. Kenapa pulak gambar Ammar tengah tido ni asyik di post ke pesbuk cikgu.
Betullll cikgu bukan nak buat lawak, sekali imbas cikgu pk ini gambar orang tengah tido. So cikgu memang tak ambik port kisah arwah ni....

Tenang sungguh wajah arwah Ammar....

Memandangkan kisahnya hingga ke saat ini masih diperkatakan, perasaan ingin tahu tiba2 datang berlumba2. cikgu terus klik video kisah Ammar, baca tulisan demi tulisan di internet n barulah tahu siapakah anak muda yang bertuah ni. Cikgu yakin bukan cikgu sorang saja yg tak kenal Ammar.....harumnya nama Ammar bila arwah dah tak ada bersama kita. Bila tengok video dan baca kisah Ammar tu, air mata otomatik jer mengalir keluar. Bukan kisah sedih pun yg dipaparkan. Cuma kisah perjalanan hidup seorang Ammar yang dipenuhi dengan keazaman yg sangat murni! Cikgu jadi kagum dan mula banci diri sendiri. Ohhh jauh ketinggalan, sangat ketinggalan! Betapa 34 tahun cikgu kerugian yg amat banyak. Dan paling buat cikgu terkejut, anak muda ini baru berusia 20 tahun! Betapa cita-citanya dan keazamannya dalam memperjuangkan islam mengaburi mata cikgu tentang umurnya yg masih muda.

Pantas mata cikgu memandang imam muda yg sedang lena di sisi. Tenang dan mulus wajah imam cikgu saat itu. Terdetik di hati alangkah bahagianya hati mama n ayah jika imam kecik ini suatu hari nanti punya cita-cita dan keazaman yang kuat seperti arwah Ammar.... Terkenang pula pada sahabat karib imam kecik cikgu, Luqman yg rajin mengajak Firas solat. Alangkah bahagianya mama dan umi jika kalian seperti Ammar. Dari kecil hingga hujung hayat, hidup Ammar dipenuhi dengan aktiviti yg murni.

Lihatlah betapa janji Allah itu pasti, sesiapa yg hidupnya sentiasa berjuang di jalan Allah, maka pengakhirannya juga pasti terpelihara! Lihat saja pada arwah Ammar, cikgu yang naif ini hanya mengenali Ammar setelah dia kembali ke rahmatullah. Kebaikannya dan perjuangannya disebut sebut walau pun roh dan jasadnya telah tiada. Bahkah kisah kemalangan yang menjadi punca kematiannya langsung tidak menjadi tajuk utama. Semua orang berlumba-lumba menyebarkan perjuangan dan hasrat murni arwah. Nak tahu kenapa cikgu tulis entry ni? cikgu CEMBURU dan KAGUM dengan Ammar. Semoga entry ni mampu jadi penyuntik semangat buat imam muda cikgu suatu hari nanti....aminnn

7 comments:

Mama Zharfan said...

very inspiring.. moga Allah cucurkan rahmat atas roh arwah Ammar

Nazayiena Ayiena said...

Kak Nurul pun blm ada kesempatan nak tgk you tube dia.

Kakzakie said...

Kakak masa mula-mula tengok video tu meleleh-leleh airmata. Melihat ketabahan mak-ayahnya pun juga. Khutbah yg dibaca ketika solat oleh imam tentang Ammar juga semuanya mengundang rasa sendu di hati.. muhasabah diri kita dibuatnya

Kesuma Angsana said...

Serius airmata KA meremabas keluar bila baca & tgk video tntang ammar ni di YT.... Nama pulak sama dgn anak sulong KA, lagi ler sebak.. alfatihah utk arwah kan !

hainom OKje said...

Tengok ajelah...sekali ceqgu berbicara...hehe terpampan Okje ...hehe...
Betul mmg femes arwah ni...al fatihah buat arwah!

CeqGu said...

Perginya seorang Ammar telah membuka hati ramai orang....al fatihah untuk Ahmad Ammar Ahmad Azam...

okje: hahaha ada ada aje okje ni....suka usik cikgu anis tauuu..!u always make me tersengeh macam kerang wangi la okje....

QasehnyaRania said...


as-salam cik manis
innalillah
serius saya pon baru tahu cik manis. bru tak sat singgahblog ayu.kisah arwah juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...