Followers

Monday, November 18, 2013

Peti Sejuk Samsung Idaman Malaya

Assalamualaikum...

Kali ni cikgu nak mintak pendapat tentang peti sejuk.... harap sudi la bagi pendapat yoooo....hari tu cikgu pi la survey peti kat Harvey Norman. Uihhhhh ada macam2 jenis peti.....dua pintu, tiga pintu,empat pintu....enam pintu pun adoooo...huiiiiiiiiiii. Harga pun macam2 la jugakkan. 

Memula tu big boss berkenan kat peti brand Mitsubishi 6 pintu. Hamekkk kauu 6 pintu tuuu.....Kunun2 lg banyak pintu lagi jimat letrik la.Tapi bini big boss tak berapa berkenan. Nak nak ice makernya duk belah bawah. Paras yg budak2 kecik senang nak bukak. No! No! No! karang Firas jadi hantu ais pulak.

Makanya beralih arah la pulak big boss pada peti Hitachi 3 pintu. Hokeyy dah makin kurang bilangan pintunya. Check sana check sini kira dah puas hati.....tapi terbeliak pulak bijik mata tengok rega RM9K++. Terus cancel hehehe.

Cari punya cari terjatuh hati pulak kat peti Samsung ni.....

Cikgu berkenan kat handle peti sejuk ni. Best jer bila tarik nak buka. Dan yang paling penting, handle ni duk kat tengah2. So agak susah la budak2 kecik macam imam muda cikgu nak main bukak tutup peti tu. Satu lagi katanya servis free selama2nya......psssttt tapi ada yg komplen lambat bebenor nak datang baiki.....benda free cenggini la pulak jadinya....hmmmm

Ciri2 lain yang ada ialah jimat letrik katanyeee....sebab peti ni jenis inverter dan pakai dua kipas. kelebihan dua kipas ni salah satunya ialah bau tak merebak ke pintu sebelah. Peti model ni ada auto ice maker. So tak perlu nak selalu check ice ada ke idak. Kata staff Harvey Norman tu, peti ni siap boleh kisar ice jadi macam ABC.....hokeyyy itu hanya sekadar kelebihannya, tak der pun tak per. Cuma sekarang ni hati menjadi berbelah bagi sebab peti ni kena buat piping dari sinki ke peti sejuk. Big boss dah berkenan sangat dengan peti ni. Tapi puan bininya risau tang kena buat piping tu.....kos nak buat piping tu satu hal la kan, risau kotnya ada banyak lagi kelemahan peti yg pakai piping ni.... so ada sapa2 bleh share pengalaman pakai peti jenis ada piping tak?

Kata kawan cikgu, dia pernah pakai peti sejuk brand samsung ni...tapi tak lama lepas tu peti dia bocor. Ala2 istihadoh gitu ( ni cikgu la yg kata hohoho) ....... pastu kata kawan sorang lagi pulak, pakai dua tiga bulan dah tersumbat...brand yg sama jugak....... tertanya2 jugak adakah sebab nasib tak berapa baik atau memang brand samsung ni samseng sebenarnya hohohoho......

Cer suggest kat cikgu peti sejuk apa yg korang puas hati?

7 comments:

Aisy Nasiha said...

Eh ye ke samseng? Kami pakai samsung yg biasa dua pintu dsh 4 tahun tak rosak pun lagi.. tak tahulah yg lain tu.. syoknya kalau beli yg 6 pintu tu...kalaulah rumah saya besar dan poket tebal... hushhh

Kesuma Angsana said...

kalu dah suka beli jelah hehehe.. Samsung pun not bad juga ape

hainom OKje said...

Sejujurnya OKje tak kisah brand sebenarnya... janji berkenan harga pun tak membeliakkan mata, jalan hehe....Tak pernah pulak pakai samsung ceqgu....pakai Samsung tuk Hp je hehe...
Puttera kayangan dah nak balik Malaysia ke Ceqgu

NoEn said...

no komen sbb ai pakai fridge 1 pintu ajo ;)

umi alya said...

Akak pakai jenama National 3 pintu, patern lama tp tahan lama, dah guna > 12tahun, elok lagi..

QasehnyaRania said...

kalau suka beli aje cik manis.hihi
i pakai sharp aje

eddy ipoh said...

Saya pun tgh plan nk cr peti ais

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...