Followers

Tuesday, November 26, 2013

Bila Firas Petah Berkata-kata

Assalamualaikum

Dah lama cikgu tak update tentang perkembangan Firas. Imam kecik cikgu tu sekarang dah pun 2 tahun 7 bulan. Ishh cepat sungguh masa berlalu. Dah besar anak mama...... tapii kan, masih nak menyusu badan. Haihhh..... kalau tak dapat, meraung bagai nak rak. Pernah cikgu tanya , kenapa suka sangat dengan susu ni, Firas kan dah besar..... sedap sangat ke susu ni? Nak tau dia jawab apa? Of course la sedapppp kan jawapannya. Tapi yang paling tak tahan tu bila cikgu tanya apa rasa susu yang sedap sangat tu? Firas kata rasa macam MILO ! hahahaha.... tergelak tergolek mama n ayah dengar jawapan Firas. Hebat betul susu ibu ni kan kikikiki...... tapi skrg dia dah tahu jawapan dia tu tak betul.... so bila tanya lagi, dia akan jawab rasa SUSU la hihihi.....

Sejak Firas petah berkata2 ni, cikgu n en suami rasa lagi ceria dan berbunga2 gitu. Comellll jer ayat2 imam kecik ni. Tapi.....haaa ada gak tapinya..... bila dah pandai bercakap ni...... pandai la dia mintak nak beli itu ini huhuhu. Rabak poket mama nak oiii.

Firas ni kalau nak qadha hajat mesti cari sudut2 sunyi..... nak cari ketenangan gamaknya hehehe. Cikgu paham dah kalau tiba2 nampak kaki dia je di sebalik langsir ke, belakang kerusi ke, tepi meja ke..... tau dah ada projek besar sedang menyusul, bila dah selesai, cikgu tanya la, Firas b***k ke? Boleh dia jawab, "Firas tak tahu la mama" . Hoh sendiri buang pun sendiri tak tau ka....adoiiii hehehe. Bila mintak nak tengok pampers, dia lari pulak. maka tahulah mama, sah la ada sesuatu dalam pampers hehehe
 

Hari tu firas buat sepah. Cikgu pulak sibuk kat dapur. Bila time nak hidang makanan tu, mulut cikgu bising la marahkan firas buat sepah. Firas cakap apa tau.... "Biarla mama". Amboiii boleh pulak dia kata biar ye..... baru nak sambung bebel (hokeyy memang mama dia kuat membebel hohoho), firas datang dekat coffee table ( kat bilik hotel ni tak der meja makan) "Mmmmm pandainya mama masak" Hahahaha ini imam kicik pandai psiko mama tau. 1st time dia keluarkan ayat tu. Mana ntah dia belajar, gamaknya terdengar cikgu selalu tanya en suami kottt. Terus tak jadi sambung bebel kah kah kah. Pandai ye kamu amik ati mama.

Semalam singgah kat satu kedai, ternampak majalah yg ada gambar fizo omar n mawar yg cantik jelita tu. Cikgu saja tanya Firas, cantik tak aunty ni (tgn tunjuk kat gambar mawar). Firas kata cantikkkk. Err mana lagi cantik mama ke aunty mawar ni ? Tentu korang kata mestila firas puji mama dia. Hahaha memang ponnnn, dia jawab mama dia la yg cantik hahaha.............. sungguh pandai anak mama menjaga hati kecik mama dia ni. Cikgu pun cerita balik kat en suami. Terus en suami gelak sambil usap2 kepala firas. "Anak ayah ni makin bijak la " Tau apa kata Firas? Pendek jer jawapannya "YE LAAA !" kui kui kui..... kuat perasan  ikut sape ntahh hohoho

Cikgu pun tak sedar sejak bila dia petah bercakap macam ni. Kadang2 rasa heran mcmana dia boleh keluarkan ayat2 bombastik dan plastik tu...... tapi tu lah, mulut dia ni pot pet pot pet bila dengan ayah n mama je. Dengan orang lain, tak banyak cakap pulak. Kekadang tu time duk main sorang2 siap nyanyi2 lagi hehe..... bila tanya nyanyi lagu apa tu? Tak tahu la mama hehehe...jawapan yg cute di telinga mama.



14 comments:

Aisy Nasiha said...

wah. mmg makin petah nampaknya imam muda ni... banyak perkembangan dia yang menggembirakan mama...

seronok sangat bila anak dah tahu cakap petah dan suka pula puji mamanya, rasa sangat dihargai...

intanfirdaus247 said...

Salam anis..lama sungguh intan x bersua..almaklumlah intn da lama x berblog juga..sekejap2 jer...hahah pandai firas..buat projek celah langsir ya..sedar2 da buang eh..hehe..petah kanak2 ni seronok tau layan

izan mama mia said...

Assalamualaikum anis,
lama tak mai cni
dh besaq dah firas yer
dah petah berkata kata

Kesuma Angsana said...

mmg seronok layan waktu anak2 mula petah bercakap ni kan.. KA rindu moment2 tu tau !

nurbijen said...

Lama tak baca keletah Firas..... dah makin bijak pun :)
Anis, rasanya dah boleh nak potty train Firas... pengalaman saya, lagi lambat potty train lagi susah sbb lagi pjg akal... baik mula skrang sementara 100% bawah jagaan Anis... just my two cents :)

umi alya said...

besar daa Firas, bilalah gamaknya dia dapat 'kawan' baru..?'

winduuuuuuuuuunya adik ahkak ni, sesekali kuarkan n3, menyengat abis.

yan's cottage said...

masa nie....memang tak terlayan lah nak menjawab pertanyaannya kan....?

CeqGu said...

aish : tu ler....asyik nak tergelak jer dengar dia cakap.

intan: sama la dgn tuan blog ni pun...dah lama tak menjenguk. usahkan jenguk blog kawan. blog sendiri pun tak dan nak amik peduli huhu

KA: memang KA.... tu yg saja abadikan dalam blog berabuk ni...bukan niat nak menunjuk...tp nak buat kenangan. bila tengok entry2 yg lepas2 tu...ohhh tersangatlah rindu suasana ituuu hehe

nur: betul apa yg nur cakap tu. memang dah lama pasang hajat nak potty train. tp memandangkan la ni duk umah jiran lagi....tak berani nak potty train... takut pancut merata ...:)

kak tini: i miss u too bebeh...time cuti sekolah jer la yg sempat nak mengarang dan mengomen....dah start sekolah, mmg tak dan...bukan apa, nak kena selalu pantau si kecik tu la. pantang mama dia toleh ke lain skit, mesti gaduh dengan best pren dia....

yan: buat masa ni ,masih terlayan lagi la.....pasni tak tahu la cam mana...mesti lenguh mulut mama nak jawab soalan hehe

hainom OKje said...

Dah katanya Imam muda mestilah pandai bermain kata hehe..
Eh ceqgu Putera kayangan dah balik Malaysia ke?... Patut pun ceqgu happy memanjang

Tuan Juhaida said...

salam anis...lama x singgah sini..lama x dgr citer firas.dah makin petah hehe.bila firas nak dapat adik ni?

Maria Firdz said...

hehe.. mmg seronok layan anak berkata-kata kan.. tak terlayan kdg-kdg.. hihi..

Jemari_Suri said...

Lama tak bersua...diam tak diam dh besar ank cekqu...dh blh ckp dh kan ^_^

RedRose said...

toddlers ni memang cepat absorb things yang dia selalu nampak kot sis. bila sis seorang yang rajin bercakap...anak pun akan ikut cepat and rajin cakap. so, agaknya firas ikut perangai sape la tu kan? hihihi

Kasih Salina said...

salam cikgu..dah lama saya tak ke sini..anak kita sebaya la..anak saya yg 2nd tu 2tahun 7 bln gak..lahir 15 mei 2011.haha..sama juga masih breast feed..susahnya nak lepas susu badan ni..siang takpe lg tp malam la dia merengek, kesian plk tengok kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...