Followers

Monday, January 27, 2014

Dugaan di Awal Tahun sob sob sob

Assalamualaikum.

Dah dua hari cikgu tak keje. Mungkin jugak esok lusa sampai la raya cina cikgu masih bercuti. Semuanya kerana Firas ku, baby besar yang perasan macam baby kecik. Tiap kali lepas mandi, firas mesti amik tuala n pakai macam selendang. "mama, ini baby firas" katanya....ok ok....cikgu tahu dah mesti ayat korang, "cikgu, firas mintak adik la tu"....khennnnn.....hehehe. Memang ponnn.

Ahad lepas lepas tak semena2 firas demam. Pukul 1 pagi hidungnya sok sek sok sek. Makanya dia tak boleh tido. Kejap2 dia mintak nak nyusu. Cikgu heran gak apa hal ni asyik terjaga n merengek. Dah subuh baru cikgu perasan badan dia dah mula panas. Oh imam muda ku demam....huhuhu

Waktu nak breakfast, cikgu perasan tapak tangan firas ada biji2 merah.....oh nooooooooooo!!! Belek tapak kaki, oh noooooooooooooooooooooooooooo!!! biji2 merah tu ada jugak walau tak banyak. Hati mula tak sedap. Check mulut, ahhhh legaaa....bersih. Cuma gigi jer kuning kikiki. Tu ler sapa suruh malas gosok gigi. kan mama dah tulis kat blog mama hehe...jangan maraaaa aaa firas.

Cikgu just bagi firas ubat demam. Firas masih aktif bermain golek2, kejar sana, lompat sini. Dah petang, firas monyok. Nampak macam letih sangat2. Siap ngadu tangan dia sakit. Ahhhhh sudahhh!... Janganla....jangan la....huhuhu. Cikgu bawak firas pi klinik, alahaiiii dua klinik pegi semua tutup. Masa tu cikgu bermalam kat rumah adik. Nampak gayanya kena balik rumah jugak. cikgu gerenti klinik kat rumah tu tentu tak tutup. Masa tgh kemas2 barang, firas ngadu lagi, "mama firas ngantuk la".... tak pernah2 dia guna word ngantuk tu...selalu nak tido je disebutnya......wah bertambah lagi perbendaharaan kata baby besar ni hehehe....

Bila dah jumpa doktor, terus doktor kata, ini kena jangkitan virus. dalam hati cikgu still.....janganla...huk huk janganla....huk huk. doktor check dalam mulut firas. Hmmm.....ok tak de ulcer katanya....legaaaa. Doktor suspect firas kena hfmd (hand,foot and mouth disease) huhuhu. Sampai depan rumah, belum kuar kete, cikgu belek bibir firas. oh noooooooooooooooo! ada merah2 huhu.

Esoknya bawak ke klinik pakar kanak2 serena.....dua jam lebih tau cikgu menunggu turn. Akhirnya bukan setakat firas yg demam. dengan mama mamanya sekali demam huwaaaa. Memang sah la firas kena jangkitan hfmd. Sebab doktor serena kata dah banyak ulcer dalam mulut firas.

Pagi ni cikgu bagi firas makan eskrim. dia ngadu sakit. Alahaii kesian. Nak sapu ubat dia tak bagi plak. tutup mulut ibarat buh password. susah beno nak bukak. nak paksa2 takut dia sakit pulak. cer bg tip kat cikgu cam no nak rawat baby besar kesayangan cikgu tu......sedih la tengok dia tak leh makan huhu

9 comments:

hainom OKje said...

Alah kalau dah ada manusia dlm perut tu apa salahnya....mmg dah cantik sangatlah masanya hehe
Ingatkan chicken pox.....putera kayangan ada tak?....
Alahai tak tau nk advice apa....bagi bubur le kut....roti cicah air ke....

Fiza Rahman said...

Siannya Firas. Get well soon.

Aisy Nasiha said...

Alahai siannya Firas.. dugaan ya..dah nak cuti kena pula amik cuti terlebih awal.. moga Firas cepatt kebah dan cepat hilang ruam2 tu.. lepas ni bolehla aktif macam biasa..

Ummi Iman said...

Kesian firas. Saya bg air kelapa muda. Cubalah.. doktor ckp air kelapa muda tu mcm antibiotik juga. Org tua dulu2 selalu suruh minumkan kalau demam

Tuan Juhaida said...

salam anis,
kesiannya firas. dah baik ke belum demamnya? cuba bagi minum air barli ais anis

RedRose said...

make him dink plain water in big qty sis. kalau tak boleh...kerap kali ajak dia minum. syian firas. semoga cepat sembuh ye. and you too need to take care of yerself teacher. nanti sape nak jaga firas? pray da best for both of you ^__^

Norma NML said...

Slm kenal...

Sbg ibu risaukan bila ank2 x demam @ sakit ke..x smpai hati tgok..

Jom singgah blog akak if sudi :-)

http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

Kuazue Mohd said...

assalamualaikum.. dah sehat ker berdua ni??

intanfirdaus247 said...

rindu anis..rindu firas..hope smuanya dalam keadaan yg baik..amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...