Followers

Saturday, January 18, 2014

Saya Cikgu Anis :)

Assalamualaikum....

Pagi ni cikgu bersiaran di bumi Brunei.....hehehehe....bersiaran la sangatttttt.....teringin pulak nak jadi ala2 wartawan kat tv tu hihihi. petang ni dah nak balik malaysia....syedihhhhh huhu

Dah lama benorrrrrrr tak bukak blog ni.....dan banyak jugak la komen2 yg tak dijawab...... hek eleh ada 18 komen jer ponnnnn. itu pun dah perasan banyak kah kah kahhhhhh....ok lah kan utk blog yg dah lama tak update kikikiki ( ambil bantal tutup muka....i maluuuuuu)

Ada yg tanya cikgu tentang mengajar di brunei, macam mana cara nak apply. hmmm cikgu pun tak tau nak jawab sebab cikgu jadi suri rumah jer masa kat brunei. Memang tak teringin langsung nak mencari keje sebab pk nak rehatttttttttt selamat 2 thn hehehe. rasa cikgu hantar resume la kot. google ler sekolah2 yang ada kat brunei ni pastu hantar resume. Kalau ada orang Brunei yang baca entry cikgu ni, harap sudi membantu kawan2 cikgu yg bertanya cara untuk apply kerja kat Brunei ni ye. Ramai jugak la yg bertanya kat cikgu macam mana nak apply keje cikgu di Brunei. Rasa bersalah pulak tak dapat nak jawab.

Hmmm amacam tahun baru kawan2 semua? Cikgu di awal tahun ni sangat lah bersemangat  nak ajar anak2 istimewa cikgu di sekolah. Sampaikan rasa macam tak cukup waktu nak buat bahan bantu mengajar dan lembaran kerja. Err korang tahukan cikgu ni guru pendidikan khas ? Lepas cuti dua tahun hari tu....memang terasa kekok sangat2 nak mengajar. sekarang pun masih juga terasa. Alhamdulillah dapat semeja dengan kawan yang ada motivasi tinggi utk mengajar. so cikgu pun terikut la sama. kami sama2 pulun dan saling kembang hidung tunjuk hasil bahan bantu mengajar ciptaan sendiri cewahh.

Bahan bantu mengajar tu kiranya macam flash card, carta dan macam2 lah. Al maklumlah namanya pun anak istimewa, mestilah perlukan bahan2 yg istimewa juga ( hohoho istimewa lah sangat bahan cikgu anis tu, harapkan print cantik2 dan laminate jer ponnn kiki ). Latihan utk murid2 pun cikgu buat sendiri. Alhamdulillah sejak wujud kssr ni, murid istimewa pun dah ada buku teks dan buku aktiviti. Tapi sayang seribu kali sayang, tak semua murid boleh guna buku2 tu. Tahap diaorang ni tak sama walau pun dalam kelas tu ada 7 orang jer muridnya. So terpaksa la cikgu ubahsuaikan latihan tu mengikut tahap murid yg ada.

Bila cikgu bz, makanya firas la akan menjadi mangsa keadaan.....kesian imam kecik tu. Mama tak sempat nak layan kami macam kat brunei ni. Monyok jer dia kalau mama dah bz mencipta bahan bantu mengajar. Kalau dah sampai tahap bosan sangat2, firas paksa mama naik atas katil. Pastu suruh mama berlakon jadi monster hahahaha. Korang bleh bayang tak cikgu jadi monster? kikiki (kat sekolah pun hari2 cikgu anis jadi monster , tapi monster yg marah2 sayang la kui kui kui)

oklah, entah apa2 cikgu membebel pagi ni. saja jer nak dera korang baca.....errrr ada ke orang baca kih kih kih

8 comments:

Aisy Nasiha said...

Ada...menanti update kwn ni.. penuh tumpuan me gajar bagusla gitu. Ank2 istimewa ni bukan mudah nk didik kan, cikgu anis ni pasti insan yg istimewa juga..yg dpt hidayah Allah

Mia Kassim said...

sedang bacalah ni.....hehe
selamat tahun baru walaupun tak lama lg nak masuk bulan feb...:-)

NinaAz said...

selamat hari ahad cikgu ;)

umi alya said...

windu adik ahkakkkkkkk..

Nora Karim said...

ehhhh... mestilah baca hehehhee :P

BUNDA a.k.a KN said...

salam ziarah dari bunda cikgu..

hainom OKje said...

Bacalah.....katanya teman blogger...hehe.... Macamana awak boleh minat nak mengajar anak istimewa yeh ceqgu?...respect kat ceqgu.....

Aisy Nasiha said...

Bila nak update lagi ni? Bz sgt ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...