Followers

Saturday, February 16, 2013

Cara Letak Kod HTML di Entri atau Post

Assalamualaikum...

Ingat tak hari tu cikgu share cara nak Disable Right Click. Jenuh tau duk pk awat la kod HTML tu tak menjelma bila dah publish entry. Aduhh baru cikgu tahu rupanya nak tempek kod HTML kat post/ entri bukan dengan copy paste biasa2 tu. Lepas google sana sini, baru la cikgu tahu kita kena encode kan dulu kod HTML tu then baru la bleh nampak atau keluar kat post yg kita publish. Kalau tak encode dulu , kod2 tu takkan keluar atau menjelma bila korang dah publish. Haiiihhh gitu ler kalau baru nak berjinak2 dengan blog.........dapat la satu ilmu baru.

Jangan sape2 berani nak tanya lebih2 apa maksud encode tu yer hihi.....yg cikgu tahu, encode tu maknanya mengekod, decode tu tidak mengekod hehee. sama dengan menyahkod kot....err tak tahu...tak tahu....kikiki

Jom tengok cara nak tempek kod HTML kat post/entry .....

- copy kod HTML/Javascript dari mana2 blog atau sumber
- klik SINI untuk buka Encode Decode tools

- klik HTML Encoder  macam yang cikgu bulatkan tu.
- Paste kan kod HTML kat ruangan yang disediakan macam kat bawah ni.


- klik button HTML Encode
- Nanti akan keluar satu kod HTML baru yg telah di Encode kat ruangan bawah mcm dalam gambar kat atas tu.
- Copy kod HTML yg baru tu dan paste kat New Post korang.
- Try preview untuk nak tengok keluar tak kod HTML tu
- Kalau keluar, maka ucapkan lah Alhamdulillah.....menjadi la tu hehehhe

Dr. Firas Yang Oshem

Assalamualaikum...

Dah lama ayah firas suruh cikgu belikan set permainan doktor ni. Akhirnya dapat jugak cikgu beli kat Tesco. Harga 5 hengget jer rasanya. Dalam banyak2 barang doktor tu, cikgu bagi firas main stetoskop ni jer hehehe. Yang lain tu gunting, botol ubat dan picagari. Takut pulak nak bagi dia main yg tu. Mana lah tahu nanti dia terjumpa gunting yg betul dia ingat boleh buat main pulak. Tunggu dah besar sikit baru kita main yg tu eh. Nanti boleh jadi macam Doc Mc Stuffin hihihi eh bukan bukan, biar jadi macam Ibn Sina, pakar perubatan Islam yang terkemuka amin....

Dr. Firas tengah check tupai Cik Ha yang tak berapa sihat. Kesian tupai ni. Demam sebab kena buli dengan Firas dan Aqil kekekeke.


Diam-diam yer tupai pink. Dr. Firas nak check betul-betul. Tarik nafasss, hembussss


Ehhhhh kenapa macam ada bunyi dikir barat 'Anak Tupai' ni...... "ada sekor, anok tupa, atas jula mokte, kudung ekor, perut lapa. Jjale cari makeyyy....ewahhhh "

Mama n ayah doakan anak mama yg soleh ni jadi manusia yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Yang paling utama, mama n ayah nak Firas jadi hamba Allah yang bertaqwa dan umat Nabi Muhammmad yang selalu menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai rujukan.....insya Allah....aminn









Friday, February 15, 2013

Sunyinyeee....

Assalamualaikum....

Alahai sunyi betul rumah tok ayah n tok mi Firas ni bila Aqil sekeluarga dah balik ke Pokok Sena pagi tadi. Itu pun dah postpone sehari. Patutnya diaorang balik pagi semalam. Tapi atas permintaan ramai, adik cikgu setuju balik pagi ni.


Yang paling kesian, Firas lah. Selalu kalau bangun tido mesti nampak kelibat sepupu dia yg putih melepak tu . Memang la dia happy sangat sebab ada geng nak main2 dan nak berebut rebut barang. Kali ni bangun tido, Firas bertempek jer dengan mama macam kat Brunei. Merengek jer keja nya. Ayah pun jauh di Brunei huhuhu...


Waktu ada Aqil, rumah tok ayah n tok mi ni selalu la duk dengar suara halus tu nanges2, jerit2 main air waktu nak mandi. Firas suka sangat la mengintai Aqil mandi. Nanti dia pun sibuk nak mandi sama hehehe.

"Hello, Aqil dah sampai Pokok Sena ke? Abang Firas boring la. Dah la ayah kat Brunei huhuhu"

Semalam cikgu bawa Firas pi shopping barang mainan cikit. Ni semata2 tak nak Firas bosan bila Aqil dah balik Pokok Sena. Happy ler sikit rupa anak bujang cikgu ni dapat bola. Kalau ayah Firas ada kat sini, tentu Firas dah ajak ayah main bola macam selalu. Tak sempat ayah nak masuk rumah, Firas dah tarik tangan ayah ajak main tendang2 bola. Haishhh anak teruna ni sorang. Eh eh tetiba cerita Firas dengan Aqil bertukar jadi cerita Firas dengan ayah hehehe....

Gambar kat bawah ni untuk tatapan ayahanda Firas yg teringin nak tengok kemesraan Firas dengan sepupunya Aqil....

Pose lepas 'bbojeng' (gunting) rambut.


Inilah Upin dan Ipin Tok Ayah dan Tok Mi . punya la susah nak amik gambar budak berdua ni. Tok ayah dah ready, cucu-cucunya plak duk main2

 Tok Ayah buka kopiah sebab nak bergambar dengan 'bojeng' seksi. Semalam tiga-tiga ni gunting rambut ala2 skin head hehehe. Tengok tu sempat lagi Upin Ipin ni duk menyembang waktu mamarazzi nak amik gambar ish ish ish.

Akhirnya berjaya juga snap gambar yang elok skit walau pun mata Firas pandang ke lain

Semoga perjalanan adik cikgu sekeluarga selamat, aaminn....dan semoga suami cikgu bergumbira dengan rakan2 kat sana :)

Hurmmm ayah firas buat apa la agaknya hari ni. Selalu weekend kami memang tak lekat kat rumah. Ada saja aktiviti di luar rumah hehehe


Meteor Jatuh di Rusia

Assalamualaikum

Pagi tadi cikgu tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O...
Katanya ada meteor atau tahi bintang jatuh dan meletup di Rusia...
Ramai gak yang cedera...ada yg kata ratusan, ada yg kata ribuan...
Kelajuan meteor tu dianggarkan 54,000 km/j......huishhh agak2 geng2 Avengers omputih tu bleh pi halang tak?

 
 
Cikgu hairan jugak macam mana bleh tak der warning apa?
Dalam cerita Armagedon (errr betul ke ejaan ni, cikgu main belasah jer) tu siap boleh kira jarak perlanggaran akan berlaku. Siap boleh pi hantar orang suh letupkan tahi bintang tu.
Awat tetiba kali ni tak dak plak warning atau pengesan yg boleh kesan benda ni akan berlaku.
Maknanya tak dak la hebat mana pun teknologi diaorang ni kan.
Tetap tak bleh nak mengatasi kekuasaan Allah yg maha Agung.

Apa pun cikgu tetap puji dengan kesungguhan orang barat yang suka kaji itu kaji ini.
Hingga banyak benda susah menjadi senang. 
Satu sifat yang makin tak ada dalam diri orang2 islam. Sepatutnya kita yang lebih ke depan nak kaji macam2.... Aihhh dah melalut ke lain plak dah hehehe. 

Huh bercakap memang senang! Tengok saja la cikgu anis tu, apa yg dah dia kaji? Balik balik duk kaji macam mana la nak dapatkan upah CPC nuffnang ni hahaha.....hak lain tarakkk keh keh keh...


Dikatakan waktu meteor meledak, sempat terjadi perubahan suhu di sekitar lokasi dari -6 darjah ke -18 darjah Celsius dan memutuskan perhubungan telekomunikasi. Gubernur Chelyabinsk, Mikhail Yurevich, menyebutkan serpihan besar batu meteor itu jatuh di danau 50 km sebelah barat dari Chelyabinsk membentuk kawah selebar 8 meter. Laporan lain ada menyebutkan serpihan juga jatuh di daerah Tyumen, Kurgan dan Sverdlovsk.

Tetiba baru teringat cikgu ada sorang kawan cyber yg keja kat Russia.....moga dia jauh dari tempat kejadian, amin.

Rak Buku Impian Cikgu

Assalamualaikum...

Tadi tengah duk jamu jamu mata tertarik tengok gambar ni. Sebabnya cikgu berangan nak letak rak buku kat ruang tamu. lebih kurang macam ni la. Tapi kat dalam gambar ni, rak buku sebelah langsir/tingkap. Rumah cikgu plak dekat dengan pintu utama. Agak kurang kena la plak kan. Nak nak time orang datang tu rak buku tengah berselerak.....adoiii bikin malu tuan rumah je. Jenuh pk dah nak letak kat mana rak buku. Maklum ler rumah cikgu bukan banglo. Kena bijak bermain ruang. Fuhh ayat dah macam interior designer kah kah kah.

Nama pun cikgu kan, tentu la banyak buku. Nak letak kat tingkat atas rasa macam malas pulak nak panjat tangga. Cikgu memang suka buat keja kat tingkat bawah. Sambil buat keja sekolah jeling tv kat sebelah hihi. Ooo pandai marah anak murid jgn buat homework depan tv. tapi cikgu sendiri buat cenggitu haipppp!!! Cikgu tak per la sbb cikgu dah masuk U ekekekeke. Bleh ker cenggitu?

Dalam kepala ni duk berangan lagu tu la. Buka jer pintu utama akan nampak sofa berlatar belakangkan wall paper, di sebelah sofa plak ada rak buku yg melekat kat dinding. Setentang rak buku ada set sofa dan tv. Lebih kurang cam dalam gambar kat atas tu la.
Terpikir gak nak buat rak buku tertutup. Baru ler tak nampak buku berselerak. Tapi mcm tak best la plak tak nampak susunan buku kan kann kannn.


 Kalau boleh rak buku tu nak tempah ala yang meja boleh tarik dan simpan semula. Time nak buat keja keluarkan, dah tak nak guna simpan balik kat dalam rak. So kurang la cikit semaknya. Cuma kurang syioknya buat keja tu mengadap pintu utama. Sekali tgh buat keja tetamu datang plak. Aisehhh sangat tak kena la kan.. Agak2 kena tukar kedudukan pintu utama kot noo. Ganti pintu dengan tingkap tinggi biar cerah benderang ruang bacaan tu hihihi


Ragam Cucu Tok Mi dan Tok Ayah

Assalamualaikum

Entri ni dituju khas untuk en suami yang jauh nun di seberang laut china selatan. Tengok la anakanda Firas dah makin pandai bersosial. Kalau nampak Aqil, Firas tak jadi nak tido lama2. Suka sangat dia dapat main2 dengan Aqil. Esok Aqil dah nak balik Pokok Sena, sunyi semula la anak soleh kita ni bang huhuhu.

Situasi : Di pasar basah tiruan........kekekeke



Aqil : Besarnya raga abang firas. Mama abang Firas pesan beli apa ni?

Firas : Hurmm rasa macam nak beli  ikan jaws la aqil. Nak suruh mama buat kari ikan jaws hikss......Agak2 muat tak letak ikan jaws dalam raga ni ? Eh Aqil takkan beli jagung jer kotttt..... tak der classs la






Aqil : Ibu, abang Firas nak beli ikan jaws. Kalau Aqil nak beli ikan duyung bleh tak bu. Jagung ni kita jual balik la yer, berat la nak tolak huhu.

Firas : Eeee Aqil ni nak lawan abang Firas la tu. Mentang2 la abang Firas nak beli ikan jaws.






Aqil : Abang Firas !, abang Firas! cepat possing maut, mamarazzi tengah amik gambar kita la.

Firas : Er yer ker.........ok kita tenyummmm campai tinge erk..... hihihi. Ruginya kakak Wafa tak balik. Mama, nanti gambar ni masuk majalah apa erk?

Mamarazzi : Majalah 3 kot ! hohoho

Aqil : Fuyyo jadi retissss la kita abang Firas muahahahaha...


mode: ra, ya, nun, dal, wau kat dia huhuhu














Thursday, February 14, 2013

Kepah Berlada Menu Lunch Di Hari Jumaat

Assalamualaikum...

Masak apa ari ni wehhh........hehehe
Orang kat sebelah pantai timur tentu duk ketung ketang ketung ketang ketuk kuali nak masak
untuk tengahari. Maklum ler ari Jumaat tak keje.

Dah dua hari cikgu lunch kat luar. Arini umi n ayah cikgu tak keje so Umi nak masak sup ayam, cikgu pulak nak masak kepah berlado. Biasa lerrrr tukang masak amatur, nak masak benda senang pun sibuk tekan laptop nak cari resepi kikikiki.

Gugel sana gugel sini.......teng teng tengggg terjumpa satu gambar kepah berlada yg nampak macam sodap. Terus terjah ler kak jemah oiii........ check check tengok rupa2nya resepi dari Dayang Jack. Selalunya resepi dia memang marbeles dan tak mengecewakan. Berdezupppp masuk dapur dan mula ketang ketung sambil kepala duk berdenyut2. 

Dan inilah hasilnya................ tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

***update : tadi tempek resepi ni hanya tukang masak jer yang test rasa. Ni nak update komen para juri lepas makan resepi ni. Semua kata sedap, makan menambah belaka. Tak caya cuba la masak hehehe

Photo: Kepah berlada 
Cikgu nak buat kering sebenarnya, tapi air kepah tu keluar masa duk masak terus jadi berkuah cenggini huhu. Mungkin masa masak tu kalau cikgu tak tutup kuali dengan penutup, mungkin tak berkuah sangat kot. Walau macam mana pun kesedapannya masih terserlah ewahhhhh........masuk bakul angkat sendiri nampaknya cikgu anis ni hehehehe.... 

KEPAH BERLADA

Bahan-bahan:

1 kg kepah/lala
2 batang serai - diketuk
1 inci halia - resepi asal ketuk, tapi cikgu tumbuk sampai separa lumat.
2 sudu besar cili merah yang dikisar
3-4 tangkai cili padi - cikgu tak bubuh pun
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah dimayang - cikgu tambah, tak letak pun sedap jugak
3-4 helai daun limau purut
daun sup
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato - cikgu letak dua sudu besar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
kiub ayam - cikgu tambah, guna sikit jer tak sampai separuh kiub pun
sedikit air asam jawa - cikgu tambah sebab rasa cam manis

Cara-cara:
- tumis bawang, halia dan serai hingga wangi
- masukkan cili kisar + cili padi, kacau
- masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap, kacau. Kalau kering sangat tambah sikit air. Jangan banyak sangat sebab nanti kepah akan keluarkan air waktu masak. Karang jadi berkuah macam cikgu punya tu. Tapi tetap sedap kikiki.
Kalau rasa manis, tambah air asam jawa cikit.

-masukkan kepah,  daun limau purut, garam dan gula jika perlu. Bila kepah dah terbuka, masukkan daun sup. Gaul dan siappppp. Mmmmm sedapppp !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...